Tuesday, December 27, 2011

1st aniberseri hehe..25/12/2011

perancangan awal nak ke Bukit Tinggi..tapi dalam keaadaan camni risau lak nak travel jauh2..pastu plan nak g petik strawberry kat genting sebenarnya..so ari sabtu 2 pergi la tumpang tido kat umah abg ipar kat Serendah..sebab nak g genting ikut batang kali, so dekat la sket..sblm 2 amek mom in law an sis in law kat putrajaya..alih2 planning bertukar last minit ke Bukit Fraser..ni idea abg ipar la..katanya 45 je dr umah dia ..tp oleh kerana jalan yg berbelit cam ular & naik bukit lagi, makan masa sejam setengah gak la ke atas tu..lgpun xleh drive laju2 sgt kan..

tapi serius cakap ni 1st n last time kot pegi sana..cam dah xsanggup nak ke sana lagi..naik 2x muntah, nak turun pun 2x muntah..lagipun xde yg menarik sgt kat sana..xcam cameron highland..kecuali enviroment kat sana yg nyaman dan sejuk hihihi..bila bercakap pun keluar asap dr mulut haha..cam kat oversea gitu..




muka penat, baru sampai n muntah haha..



nak naik bot ni kena bayar RM6 for 15 minit..masa beli tiket tu siyes xtau pun pregnant woman xleh naik..lagipun yg beli kakak ipar..dia pun memang xperasan kat notice board..bila kena tegur ngan staff kat situ rasa down, dah xnak naik.tp cian lak kat hubby naik sorg2..so wat xtau je la.. tp staff tu ckap ape2 jadi tanggung sendiri..tu pun dgn nada yg agak marah huhu..tp alhamdulillah selamat.. masa kat sini jumpa pelakon Abu Bakar Omar..tp xlak snap pic dia..i xheran pun jumpa retis hihi..lain la Faizal Tahir kot hihi..Lagipun dia pun ngah bercuti gak ngan anak cucu dia hihihi..

xlama lagi nak masuk tahun baru..org baru pun dah nak keluar tahun depan..semoga perhubungan ini kekal ke akhir hayat kami..amin..




Wednesday, December 21, 2011

wordless wednesday

tekanan darah tinggi naik..
pegi check up pagi tadi tekanan darah naik..maybe xcukup rehat sebab baru balik dr kg..bz dgn majlis perkahwinan adik.mood down.. >,<









Monday, December 12, 2011

12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.

1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan

2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.

3. Buah Tin - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

5. Madu - dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".

7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.

11. Cuka - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".

***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)

Friday, December 9, 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api






dah lama teringin nak makan daging salai masak lemak cili api..dari bulan puasa ari tu lg.. tp baru semalam la dpt mkn..lagi sedap kalau campur dgn belimbing buluh or mangga muda..tapi disebabkan xde campur kentang pun ok..nak masaknya pun xsusah..tapi hubby yang mkn banyak..katanya sedap sgt..mcm dia lak mengidam hihihi..

Thursday, December 8, 2011

b0y vs girL

vs




gender baby belum tahu lagi ni..tak tahu boy ke girl..rasa cam dah malas nak wat ultrasound skali lg..
biarla suprise..tapi kadang2 tertanya2 gak boy ke girl..hurmm..perlu ke nak scan lagi..kalau org dulu2 tak scan pun..baby dah lahir baru la tahu boy ke girl.tapi kalau ikut keinginan hati memang la nak baby girl hihi..kalau giri baju ada byk jenis..sume comel..boleh pakai mcm aksesori cam klip rambut, headband bunga2 and mcm2 la..tapi kalau ikut hubby lak, dia nak baby boy..kalau dapat baby twin sepasang kan senang hihi..terus dapat boy and girl..

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday


sedih dan kecewa bila keinginan tak dipenuhi..

Thursday, December 1, 2011

pengalaman pertama



bila baby bergerak..
dulu selalu tertanya, macam mana rasa baby bergerak..langsung xtahu..
masa check up untuk 12 weeks, nurse ada tanya, baby dah gerak ke belum..so cakap la belum, memang time tu xde rasa ape2 pun kat perut ni..kadang confius gak, betul ke ade baby dlm perut ni..risau pun ade gak, nape xrasa baby bergerak, baby ok ke x.pastu bila check up 16 weeks nurse tanya lagi soalan yg sama & jawapan pun tetap sama..pastu tanya nurse tu.selalu bulan ke berapa baby akan mula bergerak..nurse tu cakap kalau 1st baby bila 18-20 weeks baru bergerak..
pastu bila checkup utk 20 weeks nurse tanya baby dah bergerak ke..dgn selamba je cakap kat nurse tu saya xtau pun baby bergerak ke x sbb saya xtau bila baby bergerak rasa camne..so nurse tu ckp bila baby bergerak kita akan rasa seperti berdenyut2..itu utk permulaan. makin lama rasa gerakan tu makin kuat..oo..baru la tau cmne baby gerak..
sekarang ni baby dah memang aktif bergerak..makin hari makin kuat..kadang tu boleh nampak kat perut ni bergerak2..sekarang pun dah kena kira gerakan baby..dlm sehari tu gerakan baby tu kena cukup 10x..bermula dari 9 am hingga 9 pm..kalau sampai 9pm xcukup 10x kali kena cepat2 pegi spital..
seronok sangat bila dapat rasa baby bergerak..slalu tertanya2 apala yg baby tengah buat kat dlm tu hihihi.kadang2 bila baring mengiring, akan rasa baby cam menendang..maybe dia xbagi baring mengiring kot hihi..

Air selusuh / Minyak Selusuh

semua orang mesti penah dengar pasal air selusuh or minyak selusuh kan.katanya untuk memudahkan semsa nak bersalin.kadang2 tertanya2 org nak bersalin ni memang perlu ke minum air selusuh ni..kalau xda air selusuh ni macam mana..tapi mak ada ckp, kalau petua org dulu nak mudah bersalin minum air rambut.rambut tu mesti kena bawak dari atas kepala bukan dari tepi..kalau yang berambut panjang tu ok la kan tp kalau rambut pendek camne..cari2 info pasal air selusuh, jumpa info ni..maaf ye kpd tuan punya blog, saya telah copy post anda..

- Selusuh boleh disediakan pada air atau minyak sahaja atau kedua-dua sekali.

- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan mlm Jumat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air2 berkenaan tidak diperolehi.

-Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yng diperbuat khas daripada kelapa dan seelok2nya diperbuat sendiri .Cara nak buat minyak ni anda tanyalah pada org2 tua..mesti mereka lebih tahu.

-Doa yang perlu digunakan untuk selusuh dan ditiup pada air& minyak

  • Al-FAtihah
  • Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

  • Selawat Syifaa

  • DOA (nama isteri bt ibunya)

- Air diminun seminggu sebelum jangkaan kelahiran dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah, dengan membaca selawat 7x

-Minyak diminum satu sudu ketika sakit mula terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah untuk betulkan kedudukan bayi dan kemudian diberi minum air.

-Kaedah lain untuk memudahkan bersalin adalah dengan makan buah tamar seperti biasa dan minum air terutamanya 2 atau 3 hari sebelum bersalin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...