Wednesday, October 24, 2012

::Selamat Hari Raya Aidil Adha::

Assalamualaikum...

Lagi 2 hari kita umat islam ni nak sambut Hari Raya Aidil Adha..Bagi umat islam yang sedang menunaikan haji tu, semoga mendapat haji yang mabrur hendaknya..
Lagi 2 hari kita umat islam akan sambut hari raya qurban..bagi yang menjalankan ibadah qurban semoga diberkati dan dilimpahi rezeki yang mendatang dari Nya..
Lagi 2 hari nak raya haji kan dan aku yang kat opis ni sah-sah la dah malas dan takde mood nak buat keja haha..lagi pulak esok aku cuti and petang ni dah balik pahang hihi..
Tapi petang raya tu dah balik sini semula coz hari sabtu tu ada majlis sambut menantu sis in law kat putrajaya..
and hari ahad pulak tugasan kami hantar mom in law and sis in law and babies nya balik Johor..sebab bro in law dah amek diorang kan..hmm bukan patut semua ni keje orang yang punya majlis tu ke..oke ni ayat jeles aku sebab terpaksa menggadaikan cuti hari isnin hukhuk..
Gila penat tapi tak kisah lah..Janji raya aji ni kat umah aku lagi macam raya pose baru ni..Ye la mom in law takde kat rumah kan, duduk dengan sis in law sebab jaga cucu..so tiap kali balik pahang, memang balik rumah mak aku je la harharhar..Ye la nak  g jojor tu jauh, minyak and tol je dah berapa kan..So time ada duit lebih boleh la ke sana..Last jumpa mom in law pun time merdeka aritu..
hari ni pulak ada makan2..bos belanja, so jimat duit lunch hari ini hehehe..
k la tu je la nak membebel hari ni..
Sekian..

Thanks For Reading..

Tuesday, October 23, 2012

::deco..deco..::

Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama tak update blog ni hehe..
ye la busy la katakan hekhek..busy sangat la mak jemah ni..
ingat tak pasal entry baby cot
haa..weekend 2 minggu lepas sempat la deco bilik tidur kami hehe..
dah 2 minggu baru sekarang nak update haiyoo...
takla cantik sangat coz tak pandai nak deco2 ni hihi..
tapi lupa pulak nak panggil eric haha..
Ala kadar je janji baby cot kat sebelah katil kami terletaknya hehe..



time nak alih-alihkan barang dalam bilik, tariq bermain2 dalam ni hihi..
sronok kemain, berpampers je kot haha..



baby cot in progress..
  1. bawah skali letak tilam..tilam ni pun cousin hubby gak yang bagi masa tariq baru lahir..akcelly tilam ni 1 set dengan bantal tuk travel..tapi since tariq dah boleh merangkak bagai, dah tak bawak pun kalau pegi mana-mana..
  2. pastu lapik pulak dengan 'toto' baby..yang ni mama dapat lucky draw masa jamuan hari raya anjuran wanita umno bahagian jerantut time raya aritu hehe..
  3. lapisan ketiga pulak, blanket nenek tariq kasi..
  4. & 5 tu, tau nak hias macamana, so letak je soft toy yang tariq ada hihi..toy tariq tak banyak pun coz dia lagi suka main mende lain yang bukan mainan..lagi2 pampers adui..dari membazir baik takyah beli banyak2 toy hihi..



dah siap..tariq pun tido lena hihi..tapi selalunya masa awal2 tido je dia kat baby cot tu..
bila dah bangun nyusu, sampai ke pagi la duk kat katil mama hehe..mama pun dah tak sedar nak angkat tariq masuk baby cot semula..


ok la, tu je nak cerita..byebye..
thanks for reading..

Wednesday, October 17, 2012

::tiada lagi noddy::

Assalamualaikum..

ingat tak sebelum ni penah wat entry pasal noddy..
and hubby tetide decide tak payah beli pulak..
ok setuju tapi dengan perasaan hampa..(owh mama yang hampa sangat ni kenapaa?noody tu untuk awak ke untuk tariq..)owh hampa bagi pihak tariq huhu..
so duit booking tu burn saja la..RM50 je..(ohoii..bole dapat sehelai blouse mama tau..)

Tak apa la tariq..tak ada rezeki kan..
mama dulu blaja english dengan sesama street je eheh..
banyak lagi sumber2 lain nak belanja english kan..
contohnya kat you tube pun ada macam2..
Dora the explorer pun bole heheh..
yang penting, nanti mama usaha kan supaya tariq pandai english..





p/s - berhajat nak hantar tariq skolah cina bila besa eheh..

:: ikut hati mati..ikut rasa binasa..::

Assalamualaikum

Ecehceh tajuk macam ape tah..
sekarang di tahap boring giler..takde mood nak wat keje..padahal keje melambak giler..
keinginan untuk shopping online membuak2..
semua yang aku tengok..semua aku rasa nak beli..
tapi aku kena tahan perasaan itu..semua tu nafsu semata-mata..
ye lah kalau ikut nafsu ni abes la duit hahaha..

Stress..iye..stress punca aku bernafsu shopping begini harharhar..
tolong2..dah tak terkawal ni..
shopping tu terapi stress kan..tapi kena control sekarang ni..
kalau tak duit ku mengalir umpama air sungai pahang tu haa..
minggu depan nak raya pula hoho..
ingatkan nak tengok2 je..bila dah banyak sangat tengok, banyak pulak yang terberkenan di hati waa..




*apa motif tepek pic beso gedabak?*




kla byebye..
thanks for reading..

Monday, October 15, 2012

:: tariq & gigi ::

Assalamualaikum


*gigi atas tariq yang tak berapa nak nampak*



Before ni ada update pic gigi tariq ..so ari ni nak cite pasal gigi tariq la hee..
Tariq mula tumbuh gigi bawah dulu, 2 batang..masa tu nak masuk 6 bulan..
pastu gigi atas pulak tumbuh masa 8 bulan lebih..2 batang gigi kapak hee..
suke..bubur dah tak payah blend lagi sekarang..
kiri & kanan gigi kapak tu dah nampak putih kat gusi..tak lama lagi kot keluar..
masa nak tumbuh gigi bawah tu demam la jugak, tapi gigi atas ok je, tak demam..
mama pun lega kalau tariq tak demam hee..



*carta pertumbuhan gigi baby*




Thursday, October 11, 2012

Sakit Gigi..

Assalamualaikum

Kemarin kat taska tariq, mak2 budak dok bercerita pasal sakit gigi..
pagi ni mama tariq pulak yang sakit gigi..sakit gigi pun boleh berjangkit ke heh..
kalau demam tu rasa ok lagi, tapi kalau sakit gigi..ya ampun..rasa nak mengamuk je haha..
Tapi maybe sebab tak cukup kalsium kan..sekarang ni dah "berebut kalsium" dengan tariq..
yela, tariq kan breast feeding..gigi and tulang mama pun nak kalsium jugak..kena la berebut2 hehe.. 
tu pun tariq part time minum FM (minum fm pun ade part time ke)..
yela kat taska je tariq minum fm..bila dengan mama of coz la susu mama hehe.
kalau tariq fully bf lagi la banyak kalsium kena amek hihi..
setakat ni mama tariq minum susu je..tapi tak minum pulak anmum lacta tu..minum susu everyday je..
so hari2 la kena minum kan. dah nama pun everyday haha..
suplement pun tak amek setakat ni..tak tau nak amek suplement ape hehe..
tapi sebenarnya kalsium ni penting untuk kita.. lagi kalau pregnant and bf baby..
nanti umur tak sampai 40 dah reput tulang..dah kena pakai gigi palsu bagai hehe
NO..NO..NO..

okey la tu je nak story..byebye..
Thanks for reading..

Wednesday, October 10, 2012

wordless wednesday

gigi tariq

Bila baby jatuh

Assalamualaikum..

Setakat ni tariq baru sekali jatuh katil..2 minggu lepas..
rasa elok je dia nenen kat sebelah..bila mama terlelap je dia pun merayap..
sedar2 dah terlentang atas lantai sambil melalak..
Pernah sekali hampir terjatuh, nasib hubby sempat sambut..masa tu umur 5 bulan..
merajuk tak ada orang nak layan dia..dia pun duk sondol2 bantal..nasib bantal jatuh dulu..
dah la waktu pagi..mama & abah tengah bersiap nak pegi keje..
Dah 2 kali tariq terjun dari buaian..sekali kat rumah, mamatengah masak lunch..
dengar bunyi buaian goyang2 je..mama punya la lari laju2 ke depan..
sampai2 dah kat bawah..mujur dah letak tilam siap2..
dia memang senyap je..takde hint dah..tak terjerit pun..terjun je terus..
sekali kat rumah neneknya 2 hari nak raya tu..
mama eksaited membasuh baju raya, nenek pula baru nak masak juadah berbuka..
tinggal dengan aciknya yang tido.baru je tinggal, memang nyenyak je tariq dalam buaian..
tetiba dengar menangis..acik celik mata, dah tertiarap bawah buaian huhuhu..
weekends baru ni nyaris nak terjun lagi...dah hulur kaki sebelah, nasib nampak..
kat taska penah 2-3 kali jatuh..masa tu tengah nak belajar duduk and nak berdiri..


sekarang nak share info kalau anak kita jatuh..untuk panduan bersama..

Bahaya Jatuh Pada Anak Kecil

1. Risiko rendah berlaku kecederaan otak jika:
- Jatuh dari tempat rendah contohnya sofa.
- Jatuh ke atas permaidani atau la
ntai kayu.
- Terhantuk dengan objek lembut.
- Kemalangan pada kelajuan rendah.

2. Risiko tinggi berlaku kecederaan otak jika:
- Jatuh dari tempat tinggi.
- Jatuh atas permukaan keras seperti lantai simen atau marmar.
- Terhantuk atau berlanggar dengan objek keras seperti bola golf.
- Penderaan termasuk menggoncang bayi dan memukul kepala kanak-kanak.

3. Tanda dan gejala akibat kecederaan kepala.
- Kepala anak anda bengkak biasanya pada dahi. Anda perlu lebih bimbang jika bengkak ini berada di tepi atau belakang kepala kerana ada kemungkinan berlaku keretakan tengkorak.
- Anak anda pitam. Pitam dalam jangka masa sangat pendek iaitu kurang daripada satu minit. Walaupun perkara ini sangat jarang berlaku tetapi jika anak anda pitam, segera bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
- Jika anak jatuh dan menangis kuat, itu petanda baik kerana ia hanya membabitkan bahagian luar kepala saja. Tidak mengapa jika dia menangis lama kerana yang penting dia dalam keadaan sedar. Anda perlu risau kalau anak pitam, walaupun hanya untuk beberapa saat kerana itu petanda tidak baik.
- Sakit kepala. Masalah ini biasa berlaku dan membabitkan 20 peratus kanak-kanak. Pada kanak-kanak kecil, mereka akan meragam.
- Muntah. Jika anak anda muntah selepas kepalanya terhantuk, jangan bimbang kerana ia adalah perkara biasa. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan muntah sekurang-kurangnya sekali. Namun anda perlu berasa bimbang sekiranya anak anda muntah berulang kali terutama jika perkara itu berlaku lama selepas kemalangan (lima hingga enam jam). Segera bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
- Sawan. Ia jarang berlaku tetapi jika ada ia mungkin menandakan kecederaan otak.
- Keliru. Ia biasanya disebabkan kecederaan otak. Anak anda mungkin menunjukkan tanda seperti tidak ingat perkara yang baru berlaku, muntah dan berasa pening.
- Biasanya anak yang terjauh akan tidur seketika selepas kemalangan. Jangan bangunkan anak, sebaliknya biarkan dia berehat dan tidur secukupnya. Apabila anak bangun, dia sepatutnya boleh mengecam anda, ahli keluarga lain dan keadaan sekelilingnya.

4. Bila ibu bapa perlu risau?
Semua ibu bapa risau apabila kepala anak mereka terhantuk kuat. Mereka akan lebih risau apabila mendengar tangisan anak yang kuat dan tidak berhenti.
Seperti disebut di atas, tangisan dalam keadaan sedar itu petanda baik kerana ia tidak membabitkan kecederaan otak.
Kanak-kanak terutama yang masih kecil tidak ingat kesakitan dialami ketika jatuh. Biasanya selepas berhenti menangis, mereka akan bangun dan bermain semula. Bagaimanapun, ibu bapa perlu risau apabila anak menunjukkan tanda seperti:
- Muntah berulang kali atau muntah selepas beberapa jam kemalangan berlaku.
- Mengalami sawan.
- Kemalangan berlaku pada bayi berumur kurang daripada enam bulan.
- Pitam seketika.
- Sakit kepala yang keterlaluan dan semakin teruk.
- Perubahan tingkah laku seperti lesu, sukar untuk terjaga, sangat meragam dan perlakuan tidak normal yang lain.
- Anak sukar berjalan, jadi kelam-kabut atau hilang keseimbangan.
- Keliru dan percakapan menjadi tidak jelas.
- Pening kepala yang tidak hilang atau berulang-ulang.
- Keluar darah atau cecair badan daripada hidung atau telinga.
- Pendarahan yang tidak berhenti walaupun sudah memberi tekanan pada luka selama 10 minit.
- Anak jatuh dari tempat tinggi (yang lebih tinggi dari anda).

Jika anak anda mengalami gejala di atas, bergegaslah ke hospital. Biasanya anak anda akan ditahan di hospital bagi membolehkan doktor membuat pemantauan dalam tempoh 24 jam.

wordless wednesday

 * tariq umur 19 hari *


dah buat entry panjang berjela baru pasan hari ni hari rabu..~wordless wednesday kan..
ai suka snap pic diorang tido hehe..

Baby bullet ~ blender biasa

Assalamualaikum..


Tahu tak?..mesti tak tahu kan..ni nak bagitahu..sebenarnya teruja sangat tengok menda alah ni..hati sangat2 la berkenan..yela nak buat  puree and solid food untuk tariq kan , mesti kena ada..tengok macam best je..harga pun mampu lagi, dalam RM100 lebih..Tak la semahal food processor brand Avent or Little Bean..Pastu siap dapat storage cup, spatula bagai..kira complete set la..dah tak payah beli lain..Dah la comel semacam, mesti senang nak bawak travel..balik kampung ke, bercuti ke kan..

Tapi dek kerana ini barang adalah pre-order, maka terpaksa melupakan hasrat memilikinya.. Sebab ai ni tak suka la nak beli barang yang pre-order ni..nanti jenuh tunggu bila barang nak dapat..tapi 2-3 kali fikir juga nak beli ke tak, sebab dah jatuh cinta sangat..nasib tak beli sebab, ada orang yang beli tapi komplen dah 2 bulan, barang tak sampai2 lagi..

So untuk blend puree tariq guna aje barang yang sedia ada kat rumah..tak payah membazir beli baru..lagipun  nanti bila dah banyak gigi, tariq pun dah tak lalu kot nak makan puree2 ni kan hehe..mesti nak mengunyah pulak kan..


Ai guna blender brand pensonic ni aje tuk buat puree..tapi guna yang kecik tu, coz yang yang besar tu dah guna untuk blend cili, bawang bagai kan..kang pedas pulak puree tariq hehe..buat stok agak2 untuk seminggu..pastu simpan dalam storage cube ni..

* beli online  sini


Tapi teringin nak cari blender multifunction macam ni pulak la..senang, nak buat jus pun boleh..

k la tu je nak cerita..Bye2..




p/s : next time story pasal solid food tariq pulak yer..

Tuesday, October 9, 2012

Lesen

Selingan time buat keje hehe..

sebenar saya nak bikin lesen memandu..tapi takut hoho..ayoo..dah tua bangka pun tak punya lesen memandu lagi..apa punya olang oo..

Penah belajar drive kete auto 5 years ago ok..last drive auto pun lebih 2 tahun lepas, sebelum kawen..tu pun senyap2 dengan adik..hubby tak tahu pun huhu..sekarang kalau nak belajar manual, memang duk keras la hehe..nak belajar dengan hubby, takut kena maki kehkehkeh..
auto pun xberapa nak pass, lagi la manual..rasa sedih sebab belum dapat lesen sobsob (T,T)

Kalau ada lesen senang nak pegi keje..tak payah hubby hantar..bila2 hubby bz, boleh dating berdua dengan tariq je kahkahkah..bilakah punya keberanian itu..hadoii..


Monday, October 8, 2012

Nak..Nak..


Teringin nak beli menda alah ni tuk tariq..Dah lama idamkan.tapi sampai sekarang pun tak terbeli lagi..
Rasa cam safety sket tariq main-main dalam ni kan..tunggu ye sayang...nanti mama beli..

ishh..geramnya...

Assalamualaikum..

Weekend baru ni telah pulang ke pangkal jalan  kampung..sekali sekala kan..(padaha sebulan 2 kali kot balik kampung haha..)bagi Tariq happy2 kat kampung..dapat jumpa nenek and cousin dia kan..time abah tak keje and duit ada, boleh la balik kampung..kalau tak berdua dengan mama la kamu kat rumah nak huhu..Hari sabtu pegi la jalan2 pasar malam..pusing-pusing, mama ni tergoda nak beli brooch..so tugas kendong tariq serah kata abah dia ye..

Tengah memilih brooch, makcik penjual ni tegur la Tariq.."eh..jernih nya mata dia"..haa tariq senyum malu2 pulak haha..pastu tariq pun menegur makcik tu pulak (dengan bahasa baby yg mama tak paham okeh)..Ni dah sifat si tariq mudah sangat nak senyum and tegur orang dia dia baru jumpa..tapi tu pun kalau mood ok la..kalau mood tak ok, tak senyum jugak hihi.."ee peramahnya dia..dah la mata jernih, peramah pulak..geram tengok".. Makcik tu main-main dengan tariq.. Memang terserlah kegeraman makcik tu kat tariq hihi..

Bila dah siap pilih, bayar bagai kami pun nak chow..pastu makcik tu suruh tunggu kejap.."Nak cium sikit la".. Makcik tu pun meluru ke depan stall dia and cium tariq..hehe tariq..tariq..kalau orang lain pun geram dengan kamu, mama and abah ni lagi la geram..hari-hari rasa nak gigit-gigit je hihi..actually dah banyak kali juga kejadian macam ni berlaku..ramai yang geram dengan tariq..next time story lagi yer..




dengan mata yang bolat jernih and senyuman manis ni, cair mama..kalau tariq buat perangai, nak marah pun tak jadi hehe..mmuahh..mama sayang tariq..




ok la chow dulu..bye..
thanks for reading

p/s: dagu cam mama kan..tapi selalu dinafikan abah..menci..(>,<)

Friday, October 5, 2012

Rezeki Tariq

Assalamualaikum
Salam jumaat yang indah..

*ehsan gugel*

Alhamdulillah..baru-baru ni, cousin hubby bagi baby cot utk tariq..Walaupun yang secondhand but still in good condition..White color, sama cam set bilik tidur kami hehe..sgt suke!!tapi tak sempat nak pasang lagi..tapi lebih kurang macam dalam pic tu..

Sebelum ni memang terfikir nak beli playpan..tapi rasa macam tak sampai nak biar tariq tidur sorang.. sebab tu sampai sekarang kami masih co-sleepang.tidur bertiga atas katil..lagipun tariq still bf kan..so malam-malam kalau dia nak susu senang..ingatkan tunggu dia besar sikit baru nak beli.. Tapi memang dah rezeki tariq..


*ehsan gugel*

Sekarang ni tengah planning macamana nak deco bilik..Dalam otak ni nak buat macam pic kat atas tu hehe..cuma masa je tak mengizinkan..Sekarang hubby banyak keje, sabtu ahad kena OT..Tunggu hubby free la baru leh start renovate bilik..yehhaa..tak sabarnya..Lepas ni tak la tidur tunggang langgang lagi hehe..

K la..baibai..

Thanks for reading..muahhaaha..

Thursday, October 4, 2012

Drapolene Cream

Assalamualaikum..


Haa...mari-mari semua, nak cerita sket ni..kalau baby puan2 semua ada nappy rash..cream ini memang sangat berkesan ..Tariq guna 2 3 kali pun dah hilang rash..Mula2 memang tak ada pun nappy rash.tapi lepas pakai lampin pakai buang brand Fitti terus naik rash..maybe Tariq xsesuai pakai brand tu..merah-merah kat batu dia..kesian sgt..So bila guna cream ni and tukar lampin lain dah tak ada rashes..Sampai sekarang, memang ok je kulit dia..

Sebelum tu penah guna cream elomet kot, beli kat farmasi..memang berkesan tp bila pakai cream tu kulit tariq jadi cam terbakar gitu..tempat yang merah-merah kadi kesan putih..cam pelik je..so bila search kat gugel, rupanya cream tu ade steroid..tak sesuaiii tuk baby okeh..

Tapi drapolene cream ni, ai juz guna kat pampers area je tau..Tak penah guna kat muka..Kalau rashes kat muka, nanti next time ai share lagi ye..ada lagi barang yang terbaik nak share dengan korang...

ok La ta..ta..ta..

Thanks for reading..


Wednesday, October 3, 2012

wordless wednesday



pagi2 lagi ada orang letak cupcake kat pantry..
sedap..alhamdulillah, rezeki hari rabu..
terima kasih daun keladi..
lain kali bawa lagi hihihi..

wordless wednesday


when he's sleeping..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...