Friday, November 30, 2012

::yEay..::


Assalamualaikum..


arini malas nak bebel sangat..
layan video ni ek..




Monday, November 26, 2012

:: pasal tariq la ::

Assalamualaikum..


Haish..dah lama tak hapdet blog ni..blog dah la suam-suam kuku, malas hapdet lagi, memang takde la orang nak baca huahuahua..Bukan apa, ke'busy'an + kemalasan = APTB la ngehngeh..citt busy la konon..

Minggu lepas, check up tariq 10 bulan (umur dah 10 setengah pun huhu...)
Berat tak naik banyak..haish sedih mama ko nak..mujur la nurse tak bebel hehe..makan selera, banyak jugak..tapi berat menyedihkan..tu la terlampau aktif sangat..tak reti nak duduk diam huhu..sekarang ni dah boleh menapak 5-6 langkah..lagi la lasak..seronok sangat dapat kaki..sekarang usha-usha nak cari sandal untuk tariq..tapi stress sebab budak ni kakinya lebar depan..susah nak jumpa yang ngam..aduss..

Sikit ari lagi dah boleh berjalan..Ni kalau nenek tariq tengok ni mesti suka..Kitaorang pun dah sebulan tak balik kampung sobsob..abah banyak keje..sabtu ahad pun keje jugak..lagi la haru mama and tariq tak dapat keluar jenjalan..duk umah main-makan-tido..tu jela aktiviti kami berdua huaa...

Sekarang ni pun tariq dah ada perasaan..hah statement cam pelik je bunyi kan..ye la sebelum ni dia bukan tau pape pun..kalau kita buat-buat marah, dia boleh ketawa, gelak-gelak bagai..dia tak tau pun kita marah..tapi sekarang ni kalau buat-buat marahkan dia, terus buat muka sedih and nangis..lucu pulak rasa.. Dia pun dah tau rasa takut..kalau dengar bunyi pelik-pelik, terus datang kat mama dengan muka takut..siap peluk taknak lepas selagi ada bunyi..



*budak si kaki besar mama..*


kla tu je nak membebel ari ni..daa..
thanks for reading..

Thursday, November 8, 2012

:: takde tajuk kot ::

Assalamualaikum..

waduh-waduh...sungguh ralat la..ingatkan bulan ni nk stop kecintaan untuk bershopping online untu..
bila buka blogshop just usha-usha je..nekad taknak beli, walaupun nak sangat..tunggu bulan depan la kononnya kalau nak shopping..bukannya apa, gaji bulan masuk awal la pulak..so kena simpan untuk belanja akan datang..ye la sebab nanti nak tunggu gaji bulan disember agak jauh hohoho..

alih-alih hari ni ada jualan pulan kat depan ofis..kebanyakannya barang baby, blouse, jubah, tudung and macam-macam la..maka bila terlihat barang yang memang dicari-cari and nak beli, melayang la RM pfft..
terbeli la jugak swimming suit untuk tariq harharhar...before thisdah belikan neck float tapi belum sempat nak pegi swimming..so harap-harap lepas ni boleh pegi hihi..

kla tu je nak membebel..bye2..
thanks for reading

Tuesday, November 6, 2012

:: sayang anak mama::

Assalamualaikum...


*tajuk sangat takde kaitan kot harharhar..*

hari ni sangat2 tak selesa nak buat keje..hidung berair..lemas..tekak pun sakit..got fever + flu..
last week tariq yang demam..elok dia dah sihat berjangkit pula dengan mama..
semalam 5 oktober 2012, tariq dah 10 bulan..owh oke, dia demam beralih bulan..tapi mama takkan nak beralih bulan jugak kot hehe..nampak sangat antibodi tak kuat hehe..

dah 10 bulan hmm..elok je dia baik dari demam dah pandai turun katil dengan sendiri..haish anak2..dah tu, turun je katul terus melulu ke almari..tolak pintu almari and "kemas" baju2 kat dalam tu..haishh..rajin nau anak mama huhu.. pun dah pandai berdiri sendiri tanpa bantuan..tak lama lagi boleh berjalan pulak hihi..bila kita cakap 'bye2' dia pun dah pandai nak hayunkan tangan hihi..tapi kadang2 tak buat jugak..jenuh kena cakap ulang2 hihi..


kat pic tu nampak tak betapa kuatnya tariq pegang tudung mama..huhu tiap2 pagi, bila nak hantar ke taska macam tu la dia..dah tak nak pegi kat cikgu..nak ikut mama..pegang dan tarik tudung sekuat yang boleh..nama pun TARIQ kan hehehe..owh by the way cikgu yang jaga tariq dah start cuti, sebab dah nak bersalin..so maybe tariq tak berapa suka dengan cikgu yang lain yang tak berapa nak mesra alam kot..

ok la, almost 5 o'clock..dah tak sabar nak ambil tariq..rindu bangat hehe
bye..bye..
thanks for reading..

Thursday, November 1, 2012

:: bubur tariq via rice cooker ::

Assalamualaikum

semalam,tengah masak boleh pulak gas habis..malam2 kot,memang hubby tak rajin la nak keluar.so pagi ni masak bubur tariq guna rice cooker aje la.first time masak bubur guna rice cooker..tapi rasanya guna rice cooker lagi cepat dari periuk biasa and dapur gas tu..tapi yang lecehnya kena bila bubur dan nak pekat tu kena selalu kacau la supaya tak melekat kan..yela, pakai letrik kan, mana nak ejas api bagi slow cam dapur gas heheh..Tada..ni bubur nasi + puree buncis + ayam + puree kurma + Evoo








:: November Is Coming ::

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk bulan november kan..
masa berlalu dengan pantas meninggalkan kita.. 
Lagi dua bulan nak masuk tahun baru..
Hai..tahun bertambah, umur pun bertambah la..
Keinginan dan keperluan dalam hidup ni masih juga tak lengkap..
Jangan kata hal duniawi, amalan untuk dibawa ke sana nanti pun belum mencukupi..




#apeakumerepekdaa..#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...