Friday, December 28, 2012

:: Love my son ::

Assalamualaikum..





my son. if ever you are lost-- just close your eyes-- you are home; where ever you might be. cause only when the darkest times come-- will you see your mom; and will it set you free. no one remembers their family when they are happy. so allow me to be there when you are sad. cause for whatever reason you might have for not remembering-- you still will have your mom and dad.
(copi paste from IG Fynnjamal)

p/s - bersungguh update blog sampai bagi keyboard minum skyjuice =,=..janganlah dikau cedera ye keyboard huhu..

terima kasih sudi baca


:: Update Entry Untuk Seminggu ::

Assalamualaikum..

Owh  dah seminggu tak hapdet blog ngee..so busy kehkehkeh..biasa la kan hujung tahun..wah konon la busy..tapi boleh tahan jugak busy..nak hantar appraisal lagi..tapi sistem sangat lembab..server down la haish.. FB yang berjuta-juta manusia online boleh pulak laju kan hmm..sekarang nak hapdet cerita untuk seminggu ni hee..


:: 22122012 ::

Holiday ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang..
Alang-alang nak balik kampung, singgah Bukit Tinggi dulu hee..plan nak keluar rumah awal pagi, sebab takut jalan jam and boleh spendtime lama sket kat situ..tapi sibuk mengemas bagai, main-main dengan tariq dulu hmm pukul 10.30 baru keluar rumah..Pastu hubby boleh pulak ikut Seri Kembangan (selalu ikut NKVE).. Ohoi jam teruk la kat sana..setengah jam jugak stuck..stress..nak bercuti tapi stress pulak adoi..Last sampai Bukit Tinggi dekat pukul 1 huu..Bayaran RM12 untuk dewasa, untuk Tariq free yeay..malas nak cerita panjang, mari layan pics ye..



 *tariq muka boring*
*tariq boring lagi penat dan mengantuk*
 *nak pegi taman jepun kena naik tangga yang banyak haa*




 *cobaan melepaskan diri*




 *lepas la abah*
 *lepaskan saya*
*tariq nak bebas*

:: 23122012 - 24122012 ::

Tariq bercuti di rumah nenek.main bersama acu dan sepupunya dengan girang yeay!!..


::25122012 ::

2nd aniversary mama dan abah, Alhamdulillah..
Umur tariq genap setahun mengikut kalendar Islam..
Tariq lahir 5 jan 2012 bersamaan 11 Safar 1433.
25 Dis 2012 bersamaan 11 Safar 1434.
Alhamdulillah anak mama membesar dengan sihat..semoga menjadi anak soleh..dengan cakap mam dan abah. jangan nakal-nakal ye sayang, nanti abah babap hee..

Pergi kenduri kawen sepupu abang ipar di Kuala Lipis..ari ujan, rumah pengantin lecah oo..
siyes dah lama tak g makan kenduri yang letak hidangan atas meja..nostalgia sangat, teringat masa kecik-kecik.Lauk semua letak dalam mangkuk pastu susun dalam dulang..bila ada tetamu duduk nak makan, baru angkat hidangan..(tak amek pic coz hp dlm beg, tinggal kat umah kakak).sekarang ni semuanya bufet..


:: 26122012 ::

Dah balik rumah sendiri (rumah sewaan sebenarnya, belum mampu beli huk..). Jalani rutin harian seperti sediakala..keje, masak, mendobi, bermain dengan tariq..Tariq terus blur sebab kena main sorang-sorang..mula fikir nak tinggal tariq kat kampung sementara, tapi tak sampai hati pulak huk..mak pun tak berapa sihat nak uruskan tariq, dengan miza (cousin tariq) yang suka mendengki bila orang lain peluk nenek..nenek dia sorang katanya hee..nak harapkan acu, apala yang budak form 3 tau hee..abah kata, takut mama tak boleh tidur kalau tariq takde kat sebelah..eleh abah pun sama sebenarnya..tak dapat bayangkan macammana la kalau tariq tinggal kat kampung hmm..sedangkan duduk berdua dengan mama time abah keje hari minggu pun dah mengamuk and tercari-cari abah..inikan pulak kalau langsung tak nampak and tak tido dengan mama and abah seminggu huu..


Hmm sekarang ni tariq macam dah kurang nak makan..asik nak main je tau nya..selalu bila suap nasi bukan main luas lagi mulut terbuka..sekarang dah pandai buka kecik je..nak habiskan semangkuk pun lama..nak buat macammana ye..ke tariq dah tak berminat makan nasi lembik..nak makan yang keras..bila suap mashpotato pun dia taknak, makan biskut ok je hmm..


panjang la pulak ai membebel ngehngeh..kla la tu je nak story..bye2
terima kasih sudi baca..


p/s - malas betul nak edit pic and letak watermark sekarang ni hmm..


Friday, December 21, 2012

:: 20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK! ::



Assalamualaikum..


~ copy paste dari muka buku ~

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


p/s memang betul berlaku pada iolls..and semua mommy pun memang camni kan..


Terima kasih kerana sudi baca

Thursday, December 20, 2012

:: 20122012 ::

Assalamualaikum..

Nice kan date ari ni 20-12-2012..rasa cam lagi nice dari 12-12-2012 heh..thats what takde entry untuk 12/12/12 ngee (padahal time tu lupa nak update blog ngee (=_=)..

Ekcelly date ni memang cantik pun kan..and ada makna disebaliknya..today my hubby besday hee..tapi saja buat tak tau depan hubby..konon-konon lupa la kan ..dalam erti kata sebenar balas dendam haa..

Buat cinta hati saya (opps terambil ayat Shila Amzah pulak) Happy birthday Hubby..semoga panjang umur, murah rezeki, dapat jadi suami soleh, jadi bapa mithali, ceria selalu..dan semua yang dihajati termakbul..(tak tau nak cakap apa ngee..)Luv u so much..mama and tariq sayang abah ketat-ketat huu..Really tak pandai nak wish panjang berjela haa..nak tulis jiwang2 malu pulak rasanya..k la, tu je nak tulis kat blog ni..wish lebey2 face to face la hee..

*happy family*
pic ni tariq umur 58 ari..slimnye mama..tengok body shape sekarang pitam wuu (@_@)


Terima kasih kerana sudi baca..

Wednesday, December 19, 2012

:: Wordless wednesday ::

Assalamualaikum..



Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana dikurniakan cahaya mata yang sempurna..Sesungguhnya anugerah dari Mu ini tidak ternilai harganya..Berkati la kehidupan kami sekeluarga..Semoga Tariq Sulaiman Bin Saiful Irwan akan menjadi anak soleh..Amin..


terima kasih kerana sudi baca..

Tuesday, December 18, 2012

:: Tariq tercekik ::

Assalamualaikum..



Semalam beli biskut heinz ni untuk tariq..bukan 1 atau 2 tapi tiga terus..gara-gara dapat airtight tupperware..huh apakah punya perangai (>,<) ..ada 3 jenis perisa organic, apple and coklat..so decide ambil apple kononnya coklat tak bagus..takut kalau tariq sembelit makan coklat haa..pemikiran apakah itu huu.

Balik rumah eksaited bukak, and mama dulu tolong rasa sebelum bagi tariq makan..hah manis jugak biskut ni..dah kena setepek dengan abah "takde beza pun dengan biskut marie..mama terpedaya sebab nak dapat tupperware free"..huk mama geleng kepala saja la yang mampu..eh lupa pulak nak snap pic taperware tu..pic biskot ni pun cilok kat google..

Bagi juga tariq makan sekeping..tariq makan sambil tawaf satu rumah..ok hobi baru sejak dapat kaki ni..makan tak boleh duduk diam..mama kena ikut bontot dia hee..mula-mula gigit sikit je..bila dah nak habis tariq sumbat semua masuk mula..sekarang memang tabiat dia makan baby bites macam tu..sebab tu kena perhatikan..tapi mungkin biskut ni agak tebal dari baby bites, and baby bites tu mudah cair dalam mulut..

Time  tariq sumbat semua biskut, mama tak perasan pulak..sedar-sedar je tariq dah terbatuk..ok siyes time tu mama dan abah takut gila, neves, gabra semua..abah tepuk-tepuk belakang tariq..tapi biskut tu tak keluar try bagi air tapi tariq taknak minum..tariq dah terbatuk sampai mengalir air mata..memang tak boleh bernafas sangat agaknya time tu..mama dah nak menangis..mama tonggengkan kepala tariq ke bawah and tepuk belakang..alhamdulillah biskut tu keluar..Ya Allah, adalah seinci kot biskut yang lekat tu..

2 kejadian dalam satu hari, mama sangat insaf..paginya dengan jatuh katil.malamnya pula tercekik biskut..mama sayang tariq sangat-sangat..lain kali kena lebih berhati-hati..no more careless..kalau la apa-apa terjadi kat tariq, tak tau la macam mana huhu..

P/s - biskut yang 3 pack tu sapa yang nak habiskan?

Terima kasih kerana sudi baca..

Monday, December 17, 2012

:: Jatuh katil lagi ::

Assamualaikum..


Pagi ni tariq jatuh katil lagi..tu la taknak tidur dalam babycot..nak jugak tidur sekali ngan mama..
Tak silap time tu kat pukul 6 kot..mama ni kat luar bilik, baru lepas masak letak bubur tariq atas dapur..ingat nak gosok baju..selalunya bila masuk depan, mesti buka pintu bilik sikit, tengok tariq dah bangun ke belum..tapi pagi tak huhu..sebabnya tak dengar suara tariq merengek..lagipun sangat yakin tariq tidur lena, sebab masa tinggalkan tu nyenyak sungguh sebelah abahnya..

Baru nak buka plug seterika, dengar bunyi dumm..pastu dengar suara tariq menangis..haa berlari la mama sambil menangis juga huaa..masuk bilik, abah dah peluk tariq..terus ambil, gosok-gosok kepala and peluk tariq..tariq nangis cam taknak berhenti pulak..terus sua nenen kat mulut dia..tak sampai 10 minit nenen dia stop..pandang cermin terus tersengih-sengih..haish budak bertuah ni..

Belek-belek kepala tariq, macam takde apa-apa kecederaan yang serius..hantar taska tadi pun dah pesan kat teacher dia, kalau tariq muntah ke, apa ke terus telefon..mudah-mudahan tariq tak apa-apa..Ya Allah kau lindungi la permata hati ku yang satu itu..


*selepas kejadian itu*


*pagi ni g school tak sempat mandi..sorry teacher*



Terima kasih kerana sudi baca

:: Gedik Santai Tariq ::

Assalamualiakum..

Weekend baru ni, exhousemate ada buat doa selamat, masuk rumah baru..tapi dah dekat setahun jugak kot dah duk umah tu hihi..tapi baru ada masa nak buat makan2.. Rumah member tu kat Presint 8, so alang-alang dah dekat, bawak la tariq main air kat presint 9 tu haa..seronok habis la itu budak..ni entry bergambar..jadi jangan mabok dengan pic tariq ye hehe..

 Cuak!!.

























 taknak balik
























thanks..

Friday, December 14, 2012

:: Kuliah Jumaat ::

Assalamualaikum..

salam jumaat yang indah tapi yang rasa tak indah coz arini ada fire drill kat ofis..
turun tangga dari tingkat 30..ketar lutut haish..
tapi bukan nak story pasal fire drill tu tapi pasal benda lain..

Malam tadi dapat wassup dari member :-

"sorry kene sebarkan jgk and baca smpai habis tau..  Assalamualaikum . Tolong jangan delete. Mesej ini dari Ibnu Said (Juru Kunci Mekah), beliau bermimpi bertemu dgn Rasulullah s.a.w dalam mimpi itu baginda berpesan kuatkan akidah dalam ibadah krn dunia sudah goyah dan tua. Jangan tinggalkan solat. Tolong sebarkan mesej ini kpd 20 Muslim. In shaa Allah, dalam masa 10 hari, anda akan mendapat rezeki yang besar dan bila tidak disebarkan, maka anda akan menemukan kesulitan yang tiada hentinya. Demi Allah ia akan terbukti. Maaf, yg tidak bca mendapat ACCIDENT besok,, aminn ...........dan tolong baca dgn sangat teliti.seorang anak dari aceh barat, di tubuh anak itu trdpt tulisan nama Allah dan anak itupun bisa bicara dgn hewan2 apapun. Ini tanda kiamat, saya bersumpah saya akan menyebarkan ini ke 19 teman saya dlm 1 jam.. apabila saya melanggar, saya akn trkena musibah, sya akn slalu gagal dlm usaha saya, dan cita2 saya tdk akn tergapai, anda sudah bernazar...maaf ya,, saya jg korban#Sebarkan segera."

Ya perkara macam ni dah lama kan..dari sekolah rendah pun dah pernah dapat menda-menda macam ni kan..dari zaman surat menyurat..zaman emel pun ada..berjangkit pula kat SMS. and now wassup, BBM viber bagai pun ada.. Tapi yang tak bagusnya dalam pesanan di atas mengapa perlu mendoakan orang lain di landa musibah..yela dengan ayat "Maaf, yg tidak bca mendapat ACCIDENT besok,, aminn"..kan mendoakan tu..

Andainya ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas kita membaca pesanan ini, bukan la sebab keengganan kita sebarkan pesanan ini.Setiap perkara yang berlaku tu kan ketentuan dari Allah s.w.t..perkara macam ni adakalanya boleh memesongkan akidah kita kan..yela sebab takutkan musibah melanda, kita pun forward la pada kawan-kawan..Sedang segalanya takdir Allah..dah jadi macam kita tak percayakan qada' & qadar..

Nak cakap lebih-lebih, saya bukan la ustazah hihi..Tapi cuma mampu beristighfar dan mohon pada Allah s.w.t agar dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk..Nauzubillah.. 


Terima kasih kerana sudi baca..

Monday, December 10, 2012

:: Bagaimana bayi belajar bercakap? ::


Assalamualaikum..

Seperti yang anda tahu, cara pertama bayi bercakap adalah dengan menangis. Apabila dia menangis, dia sebenarnya berharap anda akan memujuk dan memberi keselesaan pada dia. Cara anda menenangkan bayi anda a
kan mempengaruhi cara bayi anda bercakap.
Ini kerana apabila dia menangis,dia sebenarnya berkomunikasi dengan anda. Cara anda memberi respon pada tangisan dia akan di jadikan asas untuk dia belajar cara berkomunikasi dengan manusia yang lain.
Pada umur bayi anda dua bulan, dia biasanya sudah pandai memberi respon pada percakapan anda. Caranya adalah dengan merenung mata anda , senyum atau gelak setiap kali anda bercakap pada dia.
Apabila umurnya meningkat pada enam bulan, bayi anda akan mula menggerakkan mulutnya untuk bercakap. Dia akan keluarkan suara tetapi tidak jelas kedengaran butir – butir percakapannya. Selepas itu, sedikit demi sedikit apa yang dia perkatakan akan jelas kedengaran. Akhirnya dia akan berjaya bercakap perkataan penuh pertamanya.

::::Tip mengajar bayi anda bercakap::::

1. Ajar anak anda nama benda. Contohnya, anda tunjukkan kereta dan ajar anak anda untuk menyebut kereta. ajar anak anda nama benda yang mudah seperti pinggan, garfu dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda kenalkan dia cara untuk menyebut dengan betul.

2. Sentiasa bermain dengan bayi anda. Ketika bermain, bayi anda akan berlajar cara untuk bercakap, dengar dan memberi tindak balas.

3. Ajar bayi anda membaca . Pada awalnya, dia tidak akan beri perhatian. Namun, lama kelamaan dia mula rasa berminat untuk membaca.

4. Balas percakapan bayi anda. Jika dia bersuara, anda ajuk suara dia sambil buat muka pelik. Biar dia ketawa. Apabila dia ketawa, dia akan bersuara lebih. Secara tidak langsung, proses belajar dia akan jadi lebih cepat.
Sebolehnya, anda jangan sesekali gunakan nada yangkeras dan kasar pada bayi anda kerana hati mereka sangat takut pada kemarahan dan kekerasan. Proses mereka belajar bercakap mungkin akan terganggu jika mereka di marahi atau di layan secara kasar.

Thursday, December 6, 2012

:: Virgin Coconut Oil Tropika ::


Assalamualaikum..




Hari ni nak share barang baik dengan semua orang..Minyak kelapa dara Tropika..
Ramai yang tau kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara kan..and ramai juga yang amalkan makan minyak kelapa dara.VCO ni khas untuk baby..siap ada bau lavender lagi..wangi..

Kalau sesiapa yang anaknya ada masalah kulit, boleh la try..ada minyak and ada sabun..Vco ni sangat sesuai untuk anak anda yang ada masalah ekzema.. Sebelum ni Tariq penah naik ruam kat muka, tapi tak la teruk sangat..try guna vco ni, 2-3 ari dah hilang ruam..memang berkesan la..bebas steroid..

Boleh juga buat minyak rambut..and sabun tu juga, kita boleh wat cuci muka heheh..bukan setakat baby boleh guna, sekeluarga pun boleh..sekarang pun dah ada bau rose pulak..Sebenarnya produk VCO tropika ni ada banyak..Bukan untuk baby je, untuk yang dewasa pun ada..So cuba dulu baru tahu..

Okey la, tu je nak share..

terima kasih kerana sudi baca..


:: ‎10 Cara Mengajar Anak Dari Peringkat Bayi ::

Assalamualaikum..

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Wednesday, December 5, 2012

:: Wordless Wednesday ::

Assalamualaikum..


Owh tariq dah 11 bulan hari ni..alhamdulillah..dah boleh berjalan ..pandai sepak bola lagi hikhik..

*kepuasan bila tepek pic beso2 haa..*


Terima kasih Kerana sudi baca..

:: jerawat ::

Assalamualikum..


Sekarang rasa stess gila coz jerawat naik kat muka bagai cendawan selepas hujan haa..
Lagi-lagi kat area dagu and bawah pipi..
adoi stress..mood pun down..hilang keyakinan diri huk..



Dan sekarang dalam otak sedang berfikir untuk makan Felinna beauty..
Nak try Sne tapi Sne tu mahal sangat kot..harga sekotak BE tu dah nak sama dengan stok  susu and pampers tariq oo..
Oh gebu sungguh kulit muka pengasas felinna ni kan..





Terima Kasih kerana sudi baca..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...