Thursday, January 31, 2013

:: Saya di Mood Bengang GRRRR ::

Assalamualaikum..


Pagi ni mood ceria tetiba jadi spoil pulak..mana taknya..nak keluar duit untuk bayar taska tariq..tetiba duit jadi kurang..bila cek balik, dah tau sebab apa kurang..tapi masalah lah duit untuk bayaran dah tolak pun lastweek..apsal pulak minggu ni ambik lagi..bila call, punya la susah nak dapat..line asik busy je..banyak kali jugak call..bila dapat, diorang macam tak tahu kenapa jadi macam tu..sebab memang dah bayar pun..nak kena semak dulu la..tungu report dari maybank la..tak kisah pape pun janji kau buat keje kau dan .yang penting aku nak duit aku balik..I WANT MY MONEY BACK!!..Tapi proses nak refund duit ni makan masa 7-14 hari..gila kau..menci..tak sempat lagi aku nak bershopping..kau kebas duit aku.. 

Oke yang sebenarnya iolls beli set bilik tidur menggunakan pembayaran melalui AEON CREDIT..tempoh pembayaran setahun..lagi sebulan je lagi nak habis bayar..bulan depan je lagi..tetiba jadi camni pulak..dah la baru pindah rumah..banyak pakai duit..bila jadi macam ni, lari bajet tau tak..Ini adalah kali pertama aku berurusan dengan Aeon credit ni..dan akan menjadi terakhir kalinya..pasni dah taknak beli utang2 ni huhu..sebab time tu cam desperate nak beli katil sangat kan..hambek kau, berutang lagi..

uolls ada tak yang penah guna khidmat Aeon credit ni..penah tak jadi macam ni..dah la auto debit dari akaun kita, dia caj pulak seringgit dari setiap transaksi..kalau lewat bayar pun kena caj juga.berbelas ringgit jugak la kena kalau lewat..tu untuk seminggu, kalau sebulan dah berapa?gila la makan duit orang macam tu..

Oke esok cuti Hari Wilayah..wuhuu berdua-duaan di rumah bersama tariq..abah keje hehe..padan muka.sabtu pulak ada wedding kat Pusat Bandar Damansara, KL..Anak boss kawen..dah lama tak ke PBD since ofis berpindah ke Putrajaya ni..tapi tak tau lagi dapat pergi ke tak..kalau hubby takde kerja urgent, boleh la pegi.tapi kalau hubby kena keje, duk umah je la nampaknya..

Kla tu je nak bebel petang2 ni..duty kaunter petang ni, boleh la rileks..tak ramai pun yang datang kaunter iolls..kesian kat kaunter orang lain..ramai customer menunggu hihi..

Terima kasih sudi baca

:: Rindu ::


Assalamualaikum



People changed but memories dont..rindu dengan member ofis..sekarang ramai yang dah berpindah..
rindu dengan suasana yang dulu..zaman masa mula-mula masuk keje huhu..

Wednesday, January 30, 2013

:: CuaknyA ::

Assalamualaikum..

Sehari dua ni rasa macam takde mood..rasa cuak sangat..setetiba cik P lewat pulak bulan ni..takkan la ish.. 2 3 ari jugak la lewat..patutnya ikut kiraan, 26hb dah muncul dah so bila dah takde tu mula pikir kan jeng2..

tapi nasib la hari ni dia dah muncul..selalunya memang akan awal seminggu dari bulan yang sebelumnya.. risau pulak rasanya...lagi cuak bila baca pasal pembuangan luar daerah yang terkantoi kat blog CikNa ..Bertambah cuak bila baru-baru ni tariq geget jari kaki..kata orang tua, kalau macam tu nak adik haa..tariq nak naik gigi lagi sebenarnya sebab tu asik nak menggigit..mama dan abah pun digegetnya juga hehe..jangan menggigit di taska sudah..

Tapi bila dah muncul lega rasanya..oke, iolls macam belum ready lagi nak bagi adik kat tariq..rasa tak puas lagi nak manja-manjakan  tariq..memang la kadang-kadang tu terasa rindu time peknen dulu, rindu nak peluk-peluk baby..macam tariq sekarang dah buas, dah taknak dipeluk cium sangat..lagi satu belum lengkap 2 tahun setengah penyusuan susu ibu untuk tariq..walaupun dah campur FM tapi tariq tetap pilih susu mama juga hihi..lagipun masa bersalin dulu ada darah tinggi, so doktor suruh jarakkan kehamilan kurang2 2 tahun..

Diakui memang tak ambil pil perancang..kena makan hari-hari nanti mesti lupa makan..lagipun memang jenis yang susah nak telan ubat-ubatan ni..lepas berpantang dulu, masa kat klinik desa kat kampung ada la ambil injection untuk merancang ni.tapi sekali tu je, sebab doktor tu asik push suruh inject huh..lepas balik keje kat sini, dah tak sambung inject dah..malas..sakit tau cucuk di montot..sebab memang fikir nak planning sendiri je..Nurse kat klinik tu pun macam tak galakkan amek injection..sebab katanya muda lagi..nanti bila dah 2 tahun, lepas stop inject tu lambat juga nak lekat katanya..takde la bila stop je terus lekat..Kat bawah ni antara sebab-sebab cik P lewat..

Tekanan.
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

Masalah kesihatan:
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan:
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat. (sumber Portal Alam Hamil)

Lepas ni kena cari jalan lain la pulak..sekurang-kurangnya tariq jadi abang umur dah 2 tahun..dah besar sikit, dah pandai berdikari sikit huhu..trauma bersalin pun tak hilang lagi uolls huhu..oke la tu je nak bebel..

terima kasih sudi baca..

Sunday, January 27, 2013

:: Rice Bucket ::

Assalamualaikum

Baru2 ni pergi beli barang dapur..pastu nak cari bekas simpan beras yang baru..terjumpa rice bucket ni.comel jugak..boleh muat 10kg beras.harga pun murah, RM8.80 aje.ada 2 jenis,transparen & tak transparen..kalau berkenan boleh la dapatkan di tesco berhampiran rumah anda hehe..

oke la, tu je nak story..sekarang sibuk nak kemas rumah.happy holiday..

terima kasih sudi baca..


Friday, January 25, 2013

:: Rezeki 2013 ::

Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 9 januari 2013 dapat call dari BPH yang permohonan kuarters dah lulus..so boleh datang ambil surat tawaran..kebetulan pula time tu kan cuti, jaga tariq chicken pox..Dapat call pagi tapi pegi pun dah petang sikit..sebelum tu singgah opis dulu ambil dokumen yang diperlukan..sebenarnya BPH dah call 8hb tapi call phone opis..so member bagi no hp.tapi time diorang call tu tak dapat pulak, dah petang  jugak pun call..so  repeat call esoknya..member pun ada mesej bagi tau, tapi mesej tu sampai lambat..dah pukul 5 lebih baru sampai.ntah kenapa maxis sengal hari tu huk

Setel ambil surat tawaran..tunggu hubby cuti, nextweek nya baru la setelkan segala bayaran..deposit rumah, TNB, SYABAS..beratus jugak la habis..dah la duit di hujung2..nak tunggu gaji, nanti lambat pulak..dah siap buat semua bayaran, submit borang barula boleh ambil kunci..

Sekarang ni dalam proses memasukkan barang dalam rumah..barang yang boleh masuk kereta, angkut dengan kereta aje..fuhh banyak trip jugak nak punggah barang guna kereta..tinggal yang besar macam almari, katil, tilam, peti ais naik lori hujung minggi ni, Insya Allah..

Proses pindah kali penat jugak..tak macam sebelum ni..kita sibuk nak mengemas, si tariq pun sibuk juga hadoi..masa nak pindah nilai tariq kecik lagi..nak kemas pun senang, tinggal je dia berbaring hihi..lagipun sebelum ni barang tak banyak..sekarang nak pindah pening pulak kepala..banyak pulak perabot..set bilik tidur baru beli masa duk Nilai..Di tambah pulak sofa yang makcik hubby kasi sebab dia beli sofa baru..owh really tak suka ada sofa dalam rumah. sebab kononnya nak buat living room yang bertemakan jepun..duk atas lantai je..tapi orang dah kasi kan, terima aje la..

Harap-harap segalanya berjalan lancar..tapi kesian kat hubby kena angkat barang sorang-sorang..mama kena jaga tariq sebab tak da orang jaga tariq..ingat nak tumpang tariq kat kakak ipar time angkat barang tapi dia ada hal la pulak..

okey la tu je nak story..pasni dah tak jauh nak pegi keje..tak payah keluar awal lagi..5minit je nak g ofis hihi..

terma kasih sudi baca.

Tuesday, January 22, 2013

:: Kesian Blog Terabai ::

Assalamualaikum..

Wahh..lama betul tak update blog ni..sibuk sangat menjaga anak yang sakit..sibuk juga dengan macam-macam urusan..dah lebih dua 2 minggu tariq kena chicken pox..dah sihat dah, tak demam lagi, tak merengek..tapi belum boleh hantar taska..minggu lepas dah try hantar, tapi taska tak boleh terima lagi..bimbang menjangkiti budak lain pulak..walau pun dah kering tapi selagi kuping-kuping hitam belum hilang sepenuhnya masih boleh berjangkit..ok fine, tapi masalahnya tariq pun berjangkit dari budak-budak taska kan .bukannya dapat penyakit ni dari luar..sia-sia la bayaran taska untuk sebulan ni..kalau oleh refund takpe jugak..alang-alang dah kena chickenpox, biar la semua budak kat taska tu kena chickenpox, boleh la teacher berpoya2. (mama memang keji harharhar..)

Mama dah banyak sangat cuti ni, tak sanggup nak perabihkan cuti yang tak berapa nak banyak ni.so minggu ni turn abah pulak cuti, duk umah jaga tariq..keje mama pun dah menimbun. minggu lepas try datang ofis bawak tariq..tapi memang tak boleh nak buat keje la..itu budak seronok bergalak..lagi seronok dia sebab ramai auntie2 & uncle yang nak melayan..bila duk umah, mengamuk2 keboringan tak dapat keluar huh..stress kot asik meghadap muka mama huhu..

So minggu ni mama kena la setelkan keje2 yang tertangguh..nasib baik ada member yang tolong buat keja mama time mama cuti tu..kalau tak lagi la banyak keja..touching ngan member ni..tak tau nak balas macammana..dah la time tariq ada kat ofis pun, dia tolong jagakan jugak..oke dia ada baby gurl, bole wat menantu hek.. ingatkan nak cuti hari jumaat sebab alang alang khamis & isnin publik holiday..boleh balik kampung lama sikit tak pun nak pegi johor..tapi terpaksala cancel plan tu, sayang cuti oii..tunggu CNY je la baru balik kampung huhu..lama lagi tu..rindu nak makan masakan mak..lama sangat tak balik, nanti tariq menyombong pulak dengan orang kampung hihi..

okey dah malas nak bebel panjang-panjang..
terima kasih sudi baca..

Thursday, January 10, 2013

:: cenkering a.k.a chicken pox ::

Assalamualaikum..

Hari ni umur Tariq dah setahun 5 ari..tak sempat nak buat entry masa birthday tariq, 05012023..sebabnya Tariq demam cenkering time tu huhu..tak sangka sekejap je anak mama ni dah setahun..rasa macam baru semalam je bersalin..dah besar anak bujang ni..dah dapat kaki ni lagi la, dah tak nak berdukung sangat..

pagi jumaat lepas dah perasan ada biji-biji merah kat badan dia..tapi hantar jugak la pergi taska..tapi dah pesan kat cikgu, kalau nampak makin teruk, terus call..dalam pukul 10 am cikgu tariq call bagitau biji merah tu dah berair..so time rehat pegi la amek tariq..nak pgi klinik tapi kena tunggu hubby, lepas solat jumaat baru datang.so tariq lepak2 dulu kat ofis mama.memang ada kes 2 3 orang budak dah kena..so mende alah ni jangkit berjangkit la kat budak-budak taska..kesian kot, kecik-kecik dah kena chicken pox.

Dalam pukul 2 lebih hubby sampai..dah cakap kat hubby, pegi KK presint 9 je, tapi hubby gatai pegi hospital putrajaya..alih-alih diorang kat sana suruh pegi KK presint 9 jugak..(okeh last year pun datang hospital putrajaya 4 jan jugak hehe..).sampai KK P9 daftar, amek nombor and jumpa doktor..so doktor nanti akan keluar lagi banyak..memang takde ubat, doktor just bagi calamine lotion untuk hilangkan rasa gatal and ubat demam je..cuma doktor pesan cepat bawa pergi hospital kalau baby sesak nafas.kena pantang makan yang gatal2..

sabtu, 5 jan, tak dapat nak celebrate birthday..takde potong kek bagai okeh..tariq tak boleh makan telur sebab telur tu gatal..dalam kek ada telur kan hewhew..mama lagi suka kalau tak bagi tariq makan kek..manis ok, no good, nanti sugar rush pulak..time ni tak demam lagi..masih melasak, sepah-sepahkan rumah..petang tu jugak maklong tariq (my SIL) datang..saja nak jumpa tariq, bagi jersi Harimau Malaya..dah malam baru la badan tariq panas..punya la susah nak bagi makan ubat..okeh ikut perangai mama tak suka makan ubat huu..

wajah di hari jadi

Chicken pox ni makan masa nak baik..selagi biji2 air kat badan tak kering, selagi tu la tariq tak bole pegi sekolah..maka dengan terpaksa la mama amek cuti seminngu..demi menjaga anak yang sakit.kesian sangat kat tariq, asyik menangis aje..nak tidur pun susah..ye la dengan badan gatal merenyam, mana nak tido lena..sampaikan terpaksa berbuai..padahal dah 2 bulan buai tu tak berusik.kejap-kejap menangis..sampai mama pun nangis sama sebab tak tahan tengok tariq macam tu..sampai mama pun dah tak tau nak buat apa bila tariq nangis..nasib baik abah ada..kadang-kadang terpaksa la gosok2 badan tariq supaya rasa gatal tu lega sikit..

3 hari tariq tak nak minum susu botol, dari pagi isnin sampai la petang rabu..maybe mulut and lidah dia sakit..chicken pox sampai dalam mulut okeh..selama 3 ari tu tariq cuma DF susu mama.minum air masak and susu FM mama suap guna sudu..nak makan pun kurang..selalunya nasi semangkuk tu boleh habis, ni separuh pun susah nak habis..sepatutnya hari selasa tariq ada check up and MMR injection..tapi terpaksa postpone sampai sihat..nasib baik abah sorang je pegi KK inform tariq kena chicken pox..kalau angkut tariq sekali, mesti kena bebel dengan nurse, takut berjangkit kat orang lain huhu..

Tapi hari ni dah ok si tariq ni..dah tak menangis, tak merengek lagi..susu botol pun dah banyak dia minum, tidur pun lama jugak..nak cover balik kot hari yang tak minum botol and hari yang tak cukup tidur tu..cuma chicken pox belum kering betul lagi..nextweek la baru pegi sekolah..tu pun cikgu dah mesej mama, tanya keadaan tariq..rindu tariq la tu hihi..dah kembali melasak, sepah-sepahkan rumah, panjat sana sini hadoi..paling tak tahan bila mama baring sibuk nak naik atas perut..bila mama lapik bantal, siap alihkan.kalau tak bagi, pura-pura menangis..anak oh anak..Alhamdulillah, lega hati mama, sayang mama ni dah ceria kembali.maybe dapat keluar petang semalam, so tariq dah tak mogok botol susu kot hehe..

time sakit

ok la tu je nak bebel petang-petang ni..

terima kasih sudi..

p/s - ada satu lagi kisah nak story..tunggu lain kali..satu permulaan yang baik untuk kami di tahun ini, alhamdulillah..

:: Kisah Setahun Lepas ::

Assalamualaikum..

Nak review pasal kejadian tahun lepas..tak aci betul kan, anak dah nak masuk setahun baru nak wat entry hahaha..

:: 01012012 ::

Menghadiri majlis pertunangan cousin hubby..Orang Nilai bertunang dengan orang Semenyih..tak jauh pun hikhik..Selesai majlis pertunangan, balik ke Nilai..rehat-rehat kejap pastu ikut hubby and cousin p karok, adala 2 jam lebih..Wahahaa memang stress kot baby dalam perut time tu..bising dengan suara sumbang hihi..malamnya makan-makan kat umah makcik, celebrate sapa yang besday bulan disember..

:: 02012012 ::

Lepas subuh keluar pegi klinik..semua orang panik ingat iolls yang sakit..okeh sebenarnya hubby yang sakit perut and rasa pedih kat ulu hati..gastrik kot..balik dari klinik, relax-relax..sempat basuh baju dulu, handwash lagi..makcik nak tolong basuh, tapi segan..tak suka la nak bagi orang basuh baju kite huhu..Lepas lunch, bersopin kat Nilai3 wawawa..dapat la beli set cadar and TOTO..toto standby untuk tetamu hehe..petangnya hantar mom in law & kak ipar balik putrajaya and terus balik Shah Alam.

:: 03012012 ::

Sepatutnya keje tapi rasa malas..jadi bermalas-malasan je kat rumah.sebab esoknya ada checkup di KK so kononnya nak rehat je kat rumah..tapi tak rehat juga pun..siap kemas rumah, basuh cadar yang baru beli segala..petang pulak, lepas hubby balik keja pegi klinik amek MC..fine, orang pregnant memang senang nak dapat MC..cakap je penat, tak larat semua, confirm Doctor bagi Mc..tapi kat private la..lepas tu mensoping sket kat Mydin USJ..

:: 04012012 ::

Check perut kat KK Seksyen 19..Bp ada tinngi sikit, so kena jumpa doctor..sebelum tu tanya nurse next appoinment bila..sebab EDD hujung bulan, and nak cuti 2 minngu awal sebelum edd..Pastu nurse bagi date 11/01/2012..nurse siap cakap "tu pun kalau sempat"..bila jumpa doktor, doktor scan sebab nurse cakap perut kecik..okeh sepanjang check up tak penah pun KK ni scan perut iolls,..bila tanya, nurse kata, kalau doktor tak suruh maka tak perlu scan..so iolls pegi scan sendiri je kat private..itu la scan yang pertama & terakhir kat KK huu..

Doctor buat surat untuk refer GH..first doctor minta pegi Hospital Klang sebab duduk area Shah Alam kan. tapi iolls minta hospital Putrajaya dengan alasan ofis kat Putrajaya..Nasib baik doc kasi..tak rela ke Hospital Klang Uolls..Sempat lagi minta Mc dengan Doc..and kena pegi GH hari tu jugak..Tunggu Hubby datang and terus ke Putrajaya..Amek MIL dulu, lepas lunch  baru ke hospital..sampai hospital, daftar bagai baru ke kaunter klinik O&G..tapi kena buat appointment untuk esok sebab hari tu untuk sakit puan..esoknya baru untuk ibu mengandung..lagipun  time tu dah petang..

Balik rumah, tidur kejap..petang sket, siap menyapu dedaun pokok mangga yang gugur depan rumah..malamnya call mak bagitau esok kena pegi hospital lagi..siap minta maaf bagai sebab takut kalau ditakdirkan bersalin esok huhu..

:: 05012012 ::

Pagi-pagi keluar pergiHospital Putrajaya..macam biasa, daftar pastu ambil nombor..tunggu depan kaunter ibu mengandung..walaupun ada surat doktor tapi kena juga timbang berat, urine test..kat sini lain sket..timbang berat sendiri, nurse tak tengok pun berat kita..bagitau je berapa berat kat nurse..urine test pun sama kita sendiri yang kena buat..dah siap tunjuk je kad kecil (tak tau pe nama mende alah tu) kat nurse..tandas ada 1 je, so beratur panjang gile haa..

Tunggu turn nak jumpa doctor pun lama juga..hubby beli nasi goreng kat cafe..tapi makan sket je..takde selera tau..MIL sampai boring, siap ronda dalam hospital, pastu oleh pulak terserempak dengan jiran dia kat kampung..anak jiran tu pun baru bersalin semalamnya hehe..sampai turn jumpa doktor dah dekat pukul 1 juga..

Doktor scan perut, pastu cam terkejut je..katanya air ketuban dah kurang..baru 2 minggu lepas scan kat private, doktor kata semua ok..doktor tanya ada rasa sakit ke, ada keluar air banyak ke..tapi memang takde rasa semua tu..doktor suspek ada licking..pastu doktor nak check jalan..haa sekali doktor kata dah buku 4cm uolls..memang kena hantar labor room terus ni..hajat nak balik bersalin kat pahang pun tak kesampaian..memang tak boleh ke mana-mana lagi..bila dengar kena pegi labor room, memang ketar lutut..rasa kat muka ni dah takde darah pun huu..

Sempat bisik kat hubby, nak kena minum air selusuh ke..sekali doktor kata "tak payah nak minum air selusuh  ya.awak ingat saya tak dengar.kalau awak minum air tu nanti bertambah sakit."..doktor setelkan urusan untuk ke labor room..pastu nurse hantar ke labor room, siap naik wheelchair lagi..padahal boleh je iolls jalan sendiri hihi..sembang-sembang dengan nurse..dia pun kata jangan minum air selusuh sebab dia pun ada pengalaman minum air selusuh masa lahir anak pertama..nanti air selusuh & ubat akan berlawan..nanti sakit akan bertambah.nak bersalin memang dah sakit ditambah lagi dengan air selusuh tu..so memang tak minum air tu walaupun sepupu hubby ada kasi, MIL dia yang tolong buatkan.

Masuk labor room dalam pukul 2..tukar baju semua..hubby pulak pegi ambil beg dalam kereta..nasib baik semuanya memang dah stanby dalam kereta..baring atas katil, pantau jantung baby..pastu ada doktor datang, cucuk kat tangan, masuk air, masuk ubat semua..doktor ni sekali tengok muka dia macam Saheizy Sam uolls hihi..pastu datang pulak doktor lain, perempuan cek jalan lagi..doktor sarankan ambil epidural untuk kurangkan rasa sakit bersalin..tunggu hubby datang, nak bincang..dalam pukul 3 lebih, doktor datang lagi, doktor yang pecahkan ketuban..memang sakit okeh..

Lepas pada tu rasa nak kencing la, nak berak la..tapi nurse tak bagi turun katil.kalau nak kencing, guna tiub..waa mana boleh camtu..sambil baring, hilang rasa nak kencing huhu..lepas pada tu ada rasa sakit..mula rasa sakit agak jarak..makin lama,makin kerap rasa sakit..nasib baik ada hubby temankan..doktor datang lagi cek jalan..memang agak cepat buka..dari 7cm dah 10cm so memang dah sampai masa tuk bersalin haa..epidural pun tak sempat ambil tau uolls..

Nak bersalin ni bukan senang tau..memang susah untuk keluarkan seorang manusia dari badan kita ni..rasa memang dah lemah, takde tenaga semua..lagi pulak memang tak makan..nasib baik doktor2, nurse2 & hubby banyak membantu..Alhadulillah, tepat jam 5.20 baby pun selamat dilahirkan..hubby kata nampak macam baby melompat keluar dari bawah hihi..saat baby lahir juga la, kami baru tahu gender baby hihi..syukur sangat segalanya dipermudahkan..sakit pun tak lama..staff di hospital ni semua baik2..time nak bersalin pun semua doktor perempuan.

okla, sangat panjang entry ni..nanti boring pulak uolls nak baca kan..

p/s - entry ini di tulis pada 04012013..tapi tak sempat nak publish coz kena balik awal..my baby kena chicken pox..so amek dia kat taska and tunggu hubby datang nak pegi klinik..ari ni baru sempat nak buka blog, menjaga baby yang sakit benar2 memerlukan kesabaran dan komitmen..

terima kasih sudi baca



Wednesday, January 2, 2013

:: Terbaik 2012 ::

Assalamualaikum..


Hari ni dah masuk 2 januari 2013..nak imbas balik apa yang terbaik berlaku 2012..

:: Cahaya Mata ::

First thing of course la kelahiran Puteraku Tariq Sulaiman Bin Saiful Irwan.
Tepat jam 1720 pm di Hospital Putrajaya..kelahiran yang tak dijangka, sebab due date jauh sangat lagi..apapun bersyukur sangat kerana baby selamat melihat dunia..beberapa hari lagi dah masuk setahun baby ku..hmm dah besar, macam-macam ragam yang mencuit hati hihi..rasa nak lempang laju-laju kerana kecomelannya..tapi mana sanggupkan nak lempang..

:: Berpindah ::

Lepas habis pantang (di kampung), balik Shah Alam, kemas-kemas nak pindah rumah..before ni duduk Shah Alam and sekarang menetap kat Nilai Pulak..Motif utama pindah Nilai sebab makcik hubby beersungguh-sungguh kata nak mengasuh Tariq..masa tu risau tak dapat pengasuh..rumah sewa pun memang dekatdengan rumah dia.tapi bila dah pindah, tiba-tiba kata tak jadi nak mengasuh pulak..bengang jugak la..nasib baik ada yang sudi mengasuh walaupun untuk sementara..dan Alhamdulillah Tariq terpilih untuk di tempatkan di Taska Ofis..Terima kasih pada ofismate yang tolong hantar permohonan Taska, sebab masa permohonan dibuka iolls tengah berpantang..Sewa rumah sekarang half price dari sebelum ni.pagi balik keje pun tak lalu tol..tapi hubby berulang jauh la ke tempat keje..Harap-harap cepat la dapat kuarters di Putrajaya ni..

:: APC ::

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..Yang ni memang sangat tak disangka.Belum masuk kerja pun..di minggu terakhir cuti dapat call dari ofis..suruh datang afis sebab terpilih untuk APC..Memang tak sangka, rezeki baby kan..Alhamdulillah penat bekerja terasa berbaloi..Terima kasih kepada PPP & PPK yang menilai saya.tanpa mereka, tak dapat la iolls merasa naik stage amek APC..

:: Smartphone ::

Bertukar kepada smartphone..walaupun bukan iphone5 , Galaxy S3, Galaxy Note2 cukup la sekadar Galaxy Ace Plus..bukan penggila gadget so tak kisah la, mana-mana smartphone sama je..janji boleh call, sms, fb, wassap, stegrem hihihi..

Tu je kot nak bebel..azam untuk 2013 ni nak buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.Semoga Allah mempermudahkan urusanku dan memberkati kehidupan kami..Tahun ni jugak nak start diet..Agak-agak dapat balik tak body shape masa zaman anak dar dulu ngeheheh..


Terima Kasih sudi baca..

P/s - sekarang sedang menggila layan drama Setia Hujung Nyawa (tetiba hee..)rasa macam perlu dapatkan novel tu kot hee..(bukan penggila novel tapi terasa nak dapatkan)

Tuesday, January 1, 2013

:: welcome 2013 ::

happy new year..
gudbye 2012, welcome 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...