Monday, April 29, 2013

:: Tariq Kena Tumbuk ::

Assalamualaikum..

Hamboi..tajuk tak agak-agak kan..tapi itulah kenyataannya..kesian anak mama..malas nak story panjang..
kejadian petang semalam kat umah abang ipar kat Serendah sana..Tariq tengah eksaited nengok katun gajah biru, berdiri depan tv..pastu kazen dia datang depan dia,  umur 3 tahun (anak adik ipar aku..)..tetiba je tumbuk tariq..memang bunyi bedepek (what the word??) tapi aku nak menggambarkan yang tumbukan tu betul mengenai perut tariq..sampai jatuh terduduk anak bujang aku tu..memang nangis gila-gila..sampai aku pun nangis sekali semalam..terus bawak tariq lari ke dapur..


Aku dah cukup bersabar dan berlembut dah dengan anak buah kesayangan hubby tuh..seminggu kat umah aku memang asik mengusik tariq je..tapi aku memang taknak la marah-marah anak orang..kesian jugak kat dia..kalau anak adik-beradik aku takpe la nak marah kan..makin besar makin menjadi pulak perangainya.. tak boleh nak tegur langsung..kuat memberontak..tantrum tapi terlampau sangat..mak dengan wan pun dia lawan..tapi semalam termarah la juga..tapi aku cuma cakap "tariq tak buat apa-apa pun kat awak"..nak sangat jadi ultraman, tunggu la bila mama tariq ni jadi raksasa baru kau tahu..aku tak tahu la sampai bila aku boleh sabar dengan perangai dia tu..


Ya Allah, aku pun punya anak..tak tahu lagi di masa mendatang macam mana perangainya..tapi aku bermohon sangat, jauhkan la anakku dari sifat buruk..hindari la dia dari perangai yang tak elok..jadikanlah anakku anak yang soleh, mendengar nasihat orang yang lebih tua..aku juga berharap satu masa nanti perangai kazen tariq tu berubah menjadi lebih baik..


Terima kasih sudi baca..

Friday, April 26, 2013

:: Anak Kita Hak Kita ::


Assalamualaikum..




Aku tak tau nak cakap apa..kagum  or bangga dengan mak bapak yang berani bagi anak makan macam-macam..kesian anak aku, umur dah setahun lebih tapi banyak benda tak boleh makan lagi..
aku memang kontrol sikit permakanan dia..no candy, no lollipop,  no vitagen , no calsiyum huh..
no air sirap ke ape yang seangkatannya..kek or coklat ada jugak aku bagi dia rasa sikit..
aku memang tak berani nak kasi dia makan benda-benda macam tu..
bagi aku belum sampai masanya..tunggu la sikit masa lagi..bukan apa, kalau sakit perut ke ape aku jugak yang susah..


Jeles pulak aku tengok anak orang yang dah makan semua tu..aku tak nak la kondem diorang yang bagi anak makan macam-macam..bagi makanan yang tak sesuai dengan umur anak..lain mak bapak lain caranya yer dok..anak diorang hak diorang, anak aku hak aku..kalau anak cirit-birit or muntah pun diorang gak yang jaga kan..cuma kadang aku tak berapa puas hati dengan orang yang main suka-suka je suap anak orang makan..boleh tak sebelum suap tu tanya dulu mak pak dia..jangan main suap je..kalau dah kata tak boleh, tak yah la suap..lain budak lain alahannya..jangan samakan dengan budak lain..


Selalu yang macam ni orang yang bujang, belum ada anak or orang yang tua dari kita (selalunya mak-mak kita kan).dulu sebelum tariq umur setahun pun aku tak bagi makan kek..tapi MIL slamber je nak suap..bila aku cakap tak payah, aku yang di marah balik..adik lelaki aku pun penah tegur napa aku tak bagi tariq makan benda-benda macam tu..nanti kalau anak ko dah keluar tau la macam maknye kontrol makanan anak hahaha..tapi tu aku cuma jawab dalam hati la..tapi aku respek dengan adik ipar aku sebab bila dia nak bagi tariq makan apa-apa, dia mesti tanya dulu boleh ke tak..

okeh la tu je nak bebel..tariq demam, nak tumbuh gigi lagi..asik main lagakan gusi aje..

terima kasih sudi baca..







Thursday, April 25, 2013

:: Pregnant Ke? ::

Assalamualaikum..


Owh rasa nak tergelak pulak hahaha..
Tadi ada sorang officer kat ofis ni tegur..
"zura, awak pregnant ke?" 
aku spontan je jawab "eh tak la puan, tapi mengandungkan lemak aje" hihi..
kalau tengok perut, memang ketara la nampak keboyotan aku wakaka..
aisehh..tak boleh jadi ni..kena rajin wat sit up la lepas ni..


terima kasih sudi baca

Wednesday, April 24, 2013

:: Wordless Wednesday ::

Assalamualaikum..




untuk peringatan diri sendiri juga rakan-rakan..


Tuesday, April 23, 2013

:: Apa-Apa Saje ::

Assalamualaikum..

Hari tu kan aku batuk lama sangat tak baik2..so aku decide nak stop dulu makan rumpai laut tu..mana la tau berkaitan kan..yela kan rumpai laut tu bersifat sejuk ,orang dalam pantang tak boleh makan tapi aku ni ha tak la berpantang sekarang eheh..so aku fikir mungkin ada kaitannya batuk aku tu dengan rumpai laut tu..sekarang ni dah seminggu aku tak makan..and batuk pun dah ok sikit..kalau tak asik merenyam je tekak ni..lepas ni tak tau nak sambung ke tak ..yang simpan dalam peti ais kena buang kot..simpan lama-lama pun tak ok jugak kot coz macam dah berbau sikit even aku masak dengan daun pandan..



Lagi satu aku rasa lately ni badan aku naik macam dipam-pam ahahah..tak tau la sebab rumpai laut ni ke apa..tapi lepas makan rumpai laut tu, perut memang tak rasa lapar..tapi nafsu makan tu membuak-buak puleks haih..agaknya rumpai laut tu mengembang dalam badan aku lalu menjadikan badan aku turut mengembang haha..ok fikiran aku memang selalu tak logik..imaginasi yang merepek. kahkah..



ok la tu je nak merepek hari ni..pasni kena fikir macam mana nak slim balik..perlukah aku ambil pil or minuman kurus bagai..cam membazir pulak kalau tak menjadi nanti hermm..

Terima kasih sudi baca


Friday, April 19, 2013

:: mam cekodok pisang ::

Assalamualaikum..






















Semalam kan abah kita balik lambat..kena ot sebab keja banyak..
lagi pun hari minggu ni abah tak dapat nak ot sebab wan nak datang mah kita hee..
pastu kan mama kita malas masak..
dia bagi kita makan roti..
pastu dia buatkan cekodok pisang untuk kita..
pastu mama kita makan megi je..
APTB la mama ni haa..
tapi kita tak kisah..semua benda pun kita boleh makan..
kita suka makan cekodok yang mama buat..
kalau tak, takkan la kita sampai jilat mangkuk kahkahkah
kita sayang mama kita sangat..

yang ikhlas - TARIQ 

Monday, April 15, 2013

:: Sambal Hitam ::

Assalamualaikum..


Ni Sambal hitam.my pebret..kalau nak tahu ni makanan orang pahang..
sebab kale dia hitam, panggil la la sambal hitam..yang hitam tu sebenarnya belimbing buluh yang dah direbus sampai kecut..nak buat senang sangat hihi..




ikan bilis ditumbuk kasar 

 cili padi, bawang merah & bawang putih ditumbuk juga..kalau boleh tumbuk la sampai lumat..tapi aku malas harhar..nak guna blender pun boleh..tapi masa buat sambal ni aku berdua je kat umah dengan tariq.dia pulak tengah tido, tak boleh kacau..kang tak siap sambal aku..


belimbing buluh yang dah di rebus..aku guna dalam 3 sudu..lenyek2 je dengan lesung..belimbing ni aku amek masa balik kg minggu lepas.


Semua bahan-bahan kat atas aku main agak-agak je..tak reti nak sukat.ikut suka aku je nak letak banyak mana..cili padi tu kalau sape suka pedas boleh la taruk banyak-banyak..

Tumis cili padi, bawang merah & bawang putih dengan minyak..jangan guna air pulak ye hihi
pastu masukkan belimbing rebus dan ikan bilis..tambah air sikit..
goreng sampai agak-agak garing..tapi aku suka tak berapa garing sangat..
aku tak letak garam dalam sambal ni sebab belimbing rebus tu dah masin..
masa rebus belimbing, mak dah letak garam sekali..
ada orang letak kicap dalam sambal ni tapi aku tak letak pun.
sebab aku tengok mak aku buat macam tak letak je..
ke aku yang tak nampak dia letak kicap haha..



Dah siap..aku buat lebih sebab nak bagi kakak ipar sikit & nak bagi member..
mak buyung mengidam, nasib rumah blok sebelah je hihi..
orang johor pun suka makan sambal hitam ni hehe..


Friday, April 12, 2013

:: Teringat Zaman Sekolah ::

Assalamualaikum..



:: Melatih Anak-anak Berfikir Menggunakan Otak Kanan ::

Assalamualaikum..


Otak Kanan – Teknik Jepun, Shichida Methods.
Tahukah anda mengenai kelas Shichida…, iaitu kelas yang diuruskan oleh oraqng-orang Jepun untuk melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi haruslah berlatih menggunanya.

Anda boleh berlatih mengguna kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda. Insya Allah, dengan usaha yang gigih, keberkesanannya dapat dilihat setelah seminggu.

1. Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakapkan padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang padanya, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Ini adalah disebabkan semasa dia tidur-tidur ayam, otak kanannya sedang bekerja, manakala otak kiri sudah tidur. Perbuatan ini hendaklah dilakukan seikhlas hati… Sekiranya anda kalau tengah marah, tidak akan menjadi. Jika anak anda sudah tidur, ramas-ramas atau picit-picit jari atau tangannya, supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur-tidur ayam.

2. Guna kad untuk ajar anak. Umpamanya A, B, C hingga Z. Insya Allah selepas seminggu, ia boleh mengenali semua huruf serta berupaya mengeja perkataan pendek-pendek. Buat kad banyak-banyak dan tunjukkkan padanya cepat-cepat, insya Allah dia akan cepat mempelajarinya kerana otak kanannya die bekerja keras untuk menangkapapaapa jua yang kita tunjukkan. Kia boleh buat kad 1,2,3, gambar-gambar dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Oleh itu, ajar anak anda bermain dengan tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memanglah kita yang kene mengemas, tetapi tidak mengapa. Satu lagi… cuba lukis gambar-gambar, contohnya rama-rama, tetapi sebelah sahaja dan suruh anak anda sambungkan melukis di sebelah lagi mengikut apa yang anda telah lukis. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda menga orang-orang Cina dan Jepoun pandai-pandai? Ini adalah kerana mereka makan menggunakan chopstik. Chopstik mengaktifkan kerja tangan dan juga menggerakkan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau tengking anak, kerana mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya anda termarah padanya, cuba kaedah No. 1 dan mintalah maaf padanya.

5. Galakkan pembangunan imaginasinya dengan bercerita padanya. Kemudian suruh anak anda menyambung cerite tu, walaupun cerita itu walaupun ceritanya tak masuk di akal. Kita pun bukan tak biasa cakap merapu.

6. Main teka-teki dengannya. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apa benda tu. Pada beberapa cubaan pertama, anda bolehlah memberi beberapoa pilihan klu, seperti warna, bunyui, dll. Ini akan dapat membangunkan sixth sence. Dengan memberi tumpuan, anak anda akan dapat meneka benda yang ada di dalam kotak tisu tersebut. Ini semua adalah untuk mengktifkan otak sebelah kanan. Tetapi harus diingatkan bahawa semua permainanan yang anda hendak lakukan dengan anak anda cuma boleh dibuat dalam masa setengah jam sehari… tidak payah lama-lama.

7. Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks… tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb… tidak akan menjadi.. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, tapi kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.

8. Untuk berkongsi sesama pembaca:
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada mengatakan perkara yang sama dan dia ada menyebut mengenai perkataan JANGAN untuk anak-anak. Sekiranya kita banyak sangat mengguna perkataan JANGAN pada anak-anak….. itulah yang anak akan buat….. Gunakan perkataan TOLONG. Contohnya….Tolong senyap Abang.. berbanding Jangan bising bang..

Dalam Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap-cakap atau berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses hendak tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

:: Budak Suka Makan ::

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Tariq ni tak susah nak bagi makan..
semua benda pun dia nak makan..tapi kalau nasi tu kena pelbagaikan  la..
kalau nasi putih tu dia kurang sikit, nasi goreng suka la..
pantang nampak orang makan, harus la dia tenung, menunggu suap ke mulut..
kalau tak bagi dia makan boleh mengamuk..
Sukarang ni kalau makan, nak pegang dua-dua tangan..
kalau mood ok dia dia suap la kita.
kalau tak, boleh tahan haji bakhilnya..
Bila tengok makanan dah nak habis cepat-cepat sumbat masuk mulut..
cuma masalahnya Tariq ni kurang nak minum air masak..
kadang-kadang mama taruk madu sikit dalam air dia..
Air berperisa memang tak merasa la tariq nak minum..
tunggu besar sikit ye sayang.


ni pic petang semalam makan pau..tapi intinya mama tak kasi haha..
makan pau kosong aje..







Terima kasih sudi baca..

:: Bibir Pecah & Berdarah ::

Assalamualaikum..


Petang semalam , time ambil tariq kat Taska cikgu dia bagitau tariq jatuh..bibir lebam dan berdarah..katanya jatuh tersembam ke depan masa kejar bola..betul ke tak, taktau la..tapi bukan takat bibir yang lebam, kat dahi pun lebam gak..tapi cikgu dia tak perasan kot..masuk minggu ni dah 2 minggu tariq tukar bilik..dari bilik setahun , sekarang dah masuk bilik budak 1 hingga 2 tahun..

Dari mula kena tukar bilik memang dah risau..Kat bilik tu ramai jugak budak..dah besar-besar dari tariq.. sebelum ni ada jugak kes budak jatuh sampai benjol kepala la..Kes budak menggigit dan digigit la..minggu sebelum tariq tukar bilik anak ofismate kena gigit kat kat pipi..banyak-banyak tempat, kat pipi yang digigitnya..sampai tinggalkan bekas gigi, bukan 1 tapi 2 pulak tu tempat gigitnya..kesnya sebab berebut mainan..nampak sangat kecuaian cikgu di situ..

Tapi nasib baik tariq tak pape..lebam sikit aje..tapi malam tadi badan dia agak panas, nak demam..so cepat-cepat bagi ubat..kesian anak mama..

 lebam tengah dahi tu..




bibir lebam & pecah 



p/s-budak ni sekarang cepat tacing..cepat sangat merajuk hemm..




Thursday, April 11, 2013

:: Biarlah Orang Nak Kata ::

Assalamualaikum..

Masa lahir dulu, Tariq takda putih mana macam anak orang lain..Takda la pulak gelap sangat pun..and aku tak kisah pun apa warna kulit dia, asalkan dia sihat dan selamat..lagipun aku kulit aku tak la cerah mana pun..Masa kecik tariq ada kena jaundis yang agak tinggi la jugak..so kena tahan wad, duduk bawah lampu..3 lampu dia kau, nasib tak 4 haa..tapi yang aku perasan lepas keluar wad kulit dia jadi agak gelap sikit..maybe kesan duduk bawah lampu tu..member aku yang keje kat hospital pun cakap macam tu..

Masa umur tariq 4 bulan, ada member aku boleh cakap "Eh kau ni banyak minum kopi ke masa ngandung.."..Oke dia nak cakap yang tariq ni gelap..tak putih macam anak dia..Eh hello tak kisah la anak aku hitam ke putih..anak aku kan..Tengok jugak la mak bapak dia..kulit aku tak la cerah mana, kulit laki aku lagi la nan adoo..Kulit kau laki bini dah memang putih melepak, harusla anak jugak putih..

Tapi tak kisah la..sekarang makin besar, makin cerah jugak kulit tariq..kalau kulit kale cokelat baru lelaki sejati..kalau putih nanti nampak jambu sangat pulak..Tariq sayang, mama pun tak suka lelaki yang putih sebab tu mama pilih abah kamu harhar..tak kisah la apa warna kulit kamu tariq..mama harap kamu membesar dengan sihat dan mendengar kat..


 newborn

sebulan lebih 

 dua bulan

 4 bulan lebih

 14 bulan







Terima kasih sudi baca

:: Aksi Spontan Tariq ::

Assalamualaikum..



Pagi ni Tariq boleh buat aksi menakutkan mama..
Dia nak panjat kabinet dapur..
Sebab nampak balang biskut..
Mama lambat nak bagi dia, terus dia panjat sendiri..
Haish anak kalau jatuh macamana..
Kalau dia lepaskan tangan nak capai balang biskut tu konpem terjatuh..
Masa tu mama tengah nak buat susu dia..
Tangan dia berpaut atas kabinet, kaki pulak menolak kat pintu kabinet..
Lebih kurang video budak panjat peti sejuk kat youtube tu..
Kalau hp kat tangan mama time tu, leh la snap pic..
Makin besar, makin banyak pulak akal dia..

Wednesday, April 10, 2013

:: No Title ::

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni..kesian..tak tau nak update pasal apa..keje pun banyak..jadi tak sempat nak menaip..owh hari ni layan pic terbaru Tariq je la hihi..








 budak ngengade..dah beso nak duduk dalam walker lagi..masa kecik taknak pula duduk dalam tu





pinjam beskal kazen..


ni pic masa balik kg baru ni..semua pic kat atas kat umah 'wan' Tariq.
pic kat umah nenek tariq tak amek la pulok..tapi mainan utama kat umah nenek mesti la tangga hah..
kalau bagi biskut kat tariq, dia pun duduk makan atas tangga..haish mengikut perangai sapa la tu..


Thursday, April 4, 2013

:: Penawar Anak Lambat Bercakap ::

Assalamualaikum..




"Wahai Tuhanku!, lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagi urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (supaya) mereka memahami perkataanku."


Surah Taha ayat 25-28 Untuk penawar anak lambat bercakap

Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak

Boleh juga diamalkan dengan cara baca sebanyak 21 kali selepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna dan menguatkan daya ingatan

Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapa sendiri
In Shaa Allah





Wednesday, April 3, 2013

:: Batuk oo Batuk :

Assalamualaikum..

Koh..koh..koh..
Dah 3 minggu batuk..
Ubat batuk Cap Ibu dan Anak dah sebotol habis..
Tapi batuk tak jugak baik..
Koh..koh..koh
Kadang-kadang tekak ni terasa gatal sesangat..
Gatal bagai mintak digaru..
Kalau tangan ni boleh masuk dalam tekak..
Memang sudah lama ku garu..
Koh..koh..koh
Dah tak tau nak buat macam mana lagi..
Air asam jawa pun dah minum..
Lega sekejap je, pastu batuk lagi..
Harap-harap cepat batuk ni hilang..
Tapi batuk-batuk pun ais tetap jugak nak minum huk..


Terima kasih sudi baca


p/s - dekat 2 bulan dah tak balik kg..batuk rindu kg kot hukhuk..

:: Wordless Wednesday ::

Assalamualaikum




Dah lama tak minum coke..dari start pregnant sampai sekarang..
kalau dulu hari-hari mau minum coke..sanggup tak makan nasi sebab minum coke..
Alhamdulillah sekarang dah tak addict dengan coke lagi..
harap-harap boleh kekalkan..tak nak minum coke lagi..
bukan setakat coke, air berkabonat lain pun dah kurang minum since bf tariq hehe..


Terima kasih sudi baca

Monday, April 1, 2013

:: Buat Suami..Hargai Isteri Anda ::


Assalamualaikum..





Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat...


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….



SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….



Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….



Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….



Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….



Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..



Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..



Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….



SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..



Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...