Tuesday, September 13, 2011

Diam tak Diam

diam tak diam, ari ni 15 syawal..bermakna dah separuh bulan kita beraya..tapi sekarang ni masih ramai yang mengadakan open house kan hee..

diam tak diam, sekarang dah masuk 20 minggu..sekejap je masa berlalu..alhamdulillah, selera makan pun semakin bertambah..tak mcm dulu, asik muntah sampai tak selera nak makan..berat pun menurun...tapi arini berat dah naik semula..sepanjang beraya ni semua mknan yg masuk dah boleh diterima..tak mcm dulu, semua yg masuk nak dikeluarkan semula..

k la, tak tau nak tulis ape.sekurang2nya ter up date la jugak blog ni hehehe..bubye..

Wednesday, August 24, 2011

Syawal hampir tiba..

Dah lama tak menjenguk kat blog..kesiannya blog dianaktirikan huhu..
Sebenarnya byk cerita yg nak di update, cuma tak berkesempatan je..

Sekarang kita pun dah masuk minggu akhir ramadhan..tak lama lagi syawal pun menjelma..
Tak sabar nak sambut raya, maklum la tahun ni dah beraya sebagai isteri org hehe..
cuma agak sedih la, coz raya pertama tu tak dapat raya ngan family sendiri..

Persiapan raya tahun ni pun agak sederhana..tak mcm tahun2 lepas..tahun ni kena berjimat sikit..
Baju raya utk anak buah pun tak beli cam selalu..tahun ni cuma bagi wet raya je la..tapi biskut raya utk mak beli cam tahun2 lepas..cuma kena tambah tuk mak mentua..

huh..camne la agaknya bila kena beraya kat umah mentua ek..
tapi xsabar nak cium tangan hubby di pagi raya ahaks..

Tuesday, June 14, 2011

Hari Ni Ade Gempa la..

dah lame gila x update blog ni kan..malas menguasai diri..tiba-tiba arini rasa nak update lak..

pagi2 tadi sampai ofis, rileks2 kejap sambil letak tangan atas meja, tiba2 rasa bergegar.. terkejut jugak..pastu member cakap apa yg gegar ni..oo rupanya arini ada berlaku gempa bumi di Sumatera Utara, Indonesia..

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 8.08 pagi ini.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa ialah 330km ke barat daya Klang, Selangor.

Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung terutama di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Shah Alam ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya menerima satu aduan gegaran berlaku di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor pada pukul 8.29 pagi.Keadaan adalah terkawal.

Di Klang, seorang penduduk di Kampung Meru Suziela Che Mat yang menghubungi Bernama memaklumkan rumahnya mengalami gegaran.

"Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu.

Dia, bagaimanapun, tidak keluar dari rumahnya kerana gegaran itu sebentar sahaja.Namun, Suziela, 25, berkata dia berasa pening kepala selepas gegaran itu.

*sumber - iluvislam.com*

Wednesday, June 1, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...