Thursday, February 28, 2013
:: Pure Marin Colagen ( part 1 ) ::
Tuesday, February 26, 2013
:: Double Happiness ::
Wednesday, February 20, 2013
Friday, February 15, 2013
:: Tariq Demam ::
Assalammualaikum..
Hari ni terpaksa EL..bucuk mama ni demam la pulak..2 3 hari ni memang dah batuk sket2, lagi2 time malam..mana taknya, cuti CNY balik kampung kan..balik rumah wan (mil) kazen tariq demam..balik rumah nenek pun kazen tariq batuk2..berjangkit la, dah musim kot..
Petang semalam dah nampak tanda nak demam,mata berair je tapi badan tak panas lagi..lepas makan, bagi ubat..time tu tariq ok je lagi..tengah malam asik merengek je..mata pejam tapi mulut merengek2.pukul 3 pagi bangun, badan tariq memang panas sangat..suruh abah basahkan tuala..lepas mama lap2 badan tariq panas dah kurang..mama terus tak lena nak tido..pukul 6 pagi merengek lagi, badan pun panas semula.mama terus sumbat ubat..so mama terus decide amek el..
Tak sampai hati pulak nak hantar tariq ke taska..biar la mama jaga sendiri kat rumah..lagipun baru2 ni rasa tak berapa puas hati dengan sesetengah cikgu kat taska tu..cikgu yang mula2 jaga tariq cuti bersalin..cara dia uruskan tariq memang tiptop..layan macam anak sendiri..second cikgu pun ok jugak.tapi sekarang kena cover dekat budak 3 4 tahun sebab sorang cikgu dah berhenti.minggu lepas datang amek tariq time rehat..nak balik kampung awal sket, takut jem..time datang tu tariq dibiarkan menangis sorang2..budak pun tak ramai,sebab mak bapak diorang pun amek awal..dah la dibiarkan menangis,hingus banyak keluar tak lap pun, agaknya tariq telan separuh hingus heh..masa tu ada sorang je cikgu, pegang baby lain.tapi baby tu senyap je, tak nangis pun..tapi mama bersangka baik, maybe baby tu nangis kalau letak bawah,sebab tu tariq dibiarkan..pastu bila cakap nak amek tariq,balik terus dia cakap ok pastu wat dek je..selalu bila kita nak bawak anak balik,cikgu mesti la kemaskan barang2 semua tapi sebaliknya..mama pulak yang kena cari mana letaknya botol susu tariq and kemas barang semua..bila tanya mana blanket tariq boleh pulak jawab taktau..haish..takpe la, untuk kali ini boleh dimaafkan huhu..
Anak mama cepat sembuh ye..ari isnin nanti ada appointment..kalau demam tak kebah nanti tak inject..nanti kena delay lagi..
p/s- inject mmr tu tuk ape ye..kalau skip boleh tak heheh..
terima kasih sudi baca
Wednesday, February 13, 2013
:: Tolong Like Pic Tariq ::
Monday, February 4, 2013
:: Makan Kenduri ::
Dek kerana penat sangat duk kat spital sampai pagi, kami bertiga memang tido pengsan..membuta sampai tengah hari..sedar2 dah dekat kul 1 pm..nasib baik la tariq pun sama layan tido..kalau tak, taktau la sapa nak layan dia main..mama memang dah serender..bangun2 perut lapar, makan roti cicah milo saje..
Mama malas nak masak..so pegi makan kenduri la kat Bukit Damansara.kenduri sambut menantu anak bigboss..konpem lauk pauk semua sedap2 hahaha..so sekeluarga bersiap2..kuar rumah pun dah pukul 2 lebih sah2 la sampai sana pukul 3..tapi standard la majlis kat KL sampai 4.30 pun masih ramai tetamu..kalau kat kampung pukul 2.30 pun dah lengang..
Tapi yang tak bestnya bila sampai ke destinasi, semua kawan2 ofis dah balik..nasib baik la ada family akak kepada bos..memang kami kenal sebab diorang duk pahang..suami makcik tu ada bisnes kat pahang (slumber je kakak pada bigboss aku panggil makcik, kot2 datin ke haha)..makcik tu pun macam tunggu2 kami (perasaannya aku kahkahkah)..yela bila nampak kami sampai je terus tegur "ada pun, ingatkan tak datang"..
Time makan, anak makcik tu datang sembang2 ngan kami.tak la rasa macam kera sumbang sangat haha..anak dia ni bestfren kak ipar aku.sebab tu family makcik ni rapat ngan family hubby..dapat tau makcik ni kakak pada bos aku pun masa kenduri kawen anak bos 2 tahun lepas..memang la bos ada cakap kakak dia duk kat pahang masa aku jemput dia ke wedding aku dulu..tapi aku tak sangka la kenal kakak dia hehe..
Lepas balik kenduri, sampai je putrajaya terus bawak tariq jalan2 kat taman..si tariq ni relaks je, macam takde pape yang berlaku..dia taktau yang makbapak dia risau semalaman..entah dia ingat ke tak yang dia bermalam kat spital..makbapak ni gigih melayan si kecik..anak baru kuar spital pun nak jugak pegi makan kenduri..nak juga bawak jalan-jalan kat taman..hover kau..patut bagi anak rileks kat rumah..tapi tariq ni takdenya nak rileks..duk umah kang melasak..tak dapat kuar jenjalan buat perangai mengamuk lagi ada haa..
Oke la tu je nak bebel..pic kat kenduri memang tak amek..lapau kau, mana nak bergambar bila nampak makanan..lain2 memang tak ingat kecuali makan haha..yang sempat snap pun pic doorgift je hehe..pic kat taman pun dalam henpon hubby..tu pun susah nak snap coz tariq tak reti diam..asik berjalan je..taknak kita pegang lak tu..
terima kasih sudi baca..
doorgift - chocolate - untuk tariq tapi masuk mulut mama abah ahaha
Sunday, February 3, 2013
:: Tariq Muntah-muntah 2am ::
Jam 2 pagi tariq bangun, nak nenen maybe..so bagi la dia nenen..lepas nenen dia tido balik..pastu tetiba dia muntah..banyak jugak, keluar balik susu, nasi, ayam n carrot..nasib kena alas tido dia aje..so alihkan alas tido n basuh mulut dia.tak lama lepas tu muntah lagi..habis kena cadar.cabut cadar n tukar baju dia..tak sampai 5minit muntah lagi..time dah rasa tak sedap hati, ajak hubby ke hospital..tukar baju tariq sekali lagi, siap-siap terus pegi hospital..dalam masa setengah jam tu ada la 6 kali dia muntah..dalam kete pun sempat muntah lagi..nasib baik hospital dekat..sampai terus pegi kecemasan..
Sebelum kejadian muntah-muntah
:: 01022013 930 pm ::
Tariq tengah main-main, tawaf satu rumah sambil sepah-sepahkan barang..hati banyak senang sebab perut dah kenyang..mama n abah tengah makan..entah macam mana, tariq tersadung kaki sendiri kot terus jatuh..dahi pulak terhantuk kat sofa (kayu dalam sofa belah bawah tu memang keras)..nangis..mama pujuk2, peluk2, cium2 dah oke, tak nangis lagi..main2 macam biasa..bertambah galak, siap ketawa2 lagi..
Sebelum ni banyak kali juga tariq jatuh..tapi tak penah pulak ada kes muntah2 ni..dokter cek2 tariq.pastu kena ct scan kepala dia..memang ada lebam kat dahi, atas kening kanan..sebelum pegi bilik xray tidokan dia dulu..memang lena selenanya..lagi pulak dokter bagi ubat demam, sebab suhu dia naik..bila dah scan,result normal..lega hati mama..tapi kena tunggu kat situ sampai 8 am untuk pantau samada muntah lagi ke tak..
6 am kejutkan tariq bagi susu..kalau tak kejutkan,memang tak sedar punya..tido dalam ekon kan, harus la syiok hehe..mama juga yang bersengkang mata huhu..dah bangun, mula la aktif, taknak duk diam..tak habis2 nak tengok budak katil depan asik menangis (kesian baby tu athma, kena guna oksigen).bila dokter datang mula la gedik..dukung dengan dokter terus lupa mama..mentang2 la dokter pompuan..
Alhamdulillah tariq dah tak muntah..lepas habiskan susu dia ok je..malam tu maybe ada gegaran sket lepas jatuh..pening kot, tu sebab dia muntah2 kot..lepas 8 am boleh balik..sampai rumah kami bertiga terus tido pengsan berjemaah huhu..
terima kasih sudi baca..
:: Peria Masak Kunyit ::
ni 1st time masak peria..hubby suka makan tapi saya tak makan.apa yang saya tak makan,yang tu la dia suka.peria,terung,bendi,sardin.so saya just masakkan saje..cubaan pertama, not bad la hehe..
bahan-bahan
peria dipotong nipis. (pastu rendam dgn air garam untuk kurangkan rasa pahit)
bawang merah, bawang putih,
cili padi (ikut suka,nak pedas or tak)
ayam potong kecik2 (amek yang tulang aje..isi ayam simpan untuk anak huhu)
minyak, air, garam, serbuk kunyit
tumis bawang merah ,bawang putih..
masukkan ayam..goreng sampai masak..
masuk pulak peria, tambah air sikit..masak sampai empuk, kalau tak nanti pahit..
masukkan cili and serbuk kunyit serta garam..
siap hihi..
terima kasih sudi baca