Thursday, May 12, 2011


nak tempah cupcake yg comey2 camni tak..
sila la lawat blog ini..fafau de craft


kek di atas adalah hantaran kawen saya pd hubby..
saya cuma bagitau colour ape, and kakak buat kek yg design hee..
pic yg bawah ni pulak hantaran dari hubby..
colour tu kak long yang pilih..



bukan setakat, kek, cupcake aje..macam2 ade..
ade oreo choc, apam comey yg kecik2, apam mekar and banyak lagi la..
kalau nak tempah doorgift ke, bunga telur ke or gubahan hantaran utk majlis kawen or tunang pun boleh kat situ..kakak ni memang kreatif la..

oke..saya cuma suka2 nak promote, xde bayaran pun k..sory ye kak fafaudecraft coz curik pic kat atas tu hee..sebab saya sangat2 berpuashati dgn cupcake merah hitam putih tu..walaupun xdapat makan huu (=_=)

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa Cuaca Panas

2-3 ari ni cuaca teramat2 panaskan sangat2 tak selesa..baru lepas mandi pun berpeluh semula.macam tak mandi je hee..
Tido pun berpeluh2..mula2 tu tahan je dulu..pastu hari kedua, sebelum mandi tu mandi dulu..nak bagi sejuk sikit..pastu hari ketiga time tido pasang 3 kipas..tapi bila fikir balik, ni baru panas kat dunia, belum lagi di padang masyar..Ya Allah tabahkan hambamu menghadapi ujian cuaca panas ini ..

Nah ini jawapan kenapa cuaca sangat panas..

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.
Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.

Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat.

Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa.

"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu.

"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. - BERNAMA

Monday, May 9, 2011

Berhoye2 Di IcE_RooM

cuaca untuk minggu ni sgt2 panas..naik lemau badan jadiknya..
so semalam pergi la mensejukkan diri di ice room..kebetulan plak kiteorg kat Nilai, umah mak teh..
pastu lak dia xajak kiteorg keluar coz kak long ada, so dia bershopping ngan kak long la.
and me & hubby pun berdating la kat ice room..ekcelly dah setahun nak sgt lepak kat ice room.tapi baru ni la tercapai T_T..kesian sungguh huhu..


snow ice peanut utk hubby 
snow ice blueberrry for me


yummy..




chicken bolognese spagetti
tak tau nak makan ape, coz dlm menu semuanya sedap2..blur kejap
last2 order spagetti je..kononnya dah lama xmakan..
padahal spagetti ni leh wat sendiri je kat rumah kan huh..


hubby yang eksaited


hah licin..tinggal brokoli aje..
padahal ni kali ke3 makan..kat rumah makteh dah breakfast mee bandung.
 sebelum keluar sempat lunch lagi sebab makteh masak sedap..
kalau duduk rumah makteh xkan kebulur la..and jgn harap la nak berdiet..
alasan yang tak akan di terima..coz akan dipaksa untuk makan huhu..


dah kenyang, duduk pun menyandar je..



oke..dah nak pulang..bye2 ice_room

Saturday, May 7, 2011

1st Movie 2011


our ticket

baru bangun tido, genyeh2 mata, tengok jam, alamak dah kat kul 12 ar..lewatnya bagun.ni gara2 tido kul 3 pagi la..ok last night g tengok movie..dah masuk bulan mei tp ni baru 1st movie yg kiteorg tengok..selalu nak tengok wayang xkesampaian gara2 hubby terlalu bz huhu T_T..
we watch fast & furious 5 aka fast five..memang gempak gile..rugi ah kalau sape2 x g nonton movie ni..best sgt..tapi yag xbestnya dpt seat depan.coz depan aje yg ade..yg belakang sume dah full huhu...
just tengok kat GSC The Summit je, dekat sket ngan rumah..kiteorg tengok midnight, masuk panggung 11.50.so jalan cari makan..pilihan makanan ialah McD, coz nak dapat gelas purple lak hee.
Dah siap mkn pusing2 kejap, cari cd cite yg xdapat tengok before this.pastu g urut kat mesin yg seringgit tu plak.dah lama xberurut ngan mesin tu hihi..and then, ingat nak karok, tp sume bilik penuh..so just g main game aje..



sebelum masuk panggung, amek mood utk mendriff lu hee..




*ini aksi vandalisme tau..jgn tiru aksi ini hahaha..*



Synopsis Fast Five
Former cop Brian O'Conner partners with ex-con Dom Toretto on the opposite side of the law. Since Brian and Mia Toretto broke Dom out of custody, they've blown across many borders to elude authorities.

Now backed into a corner in Rio de Janeiro, they must pull one last job in order to gain their freedom. As they assemble their elite team of top racers, the unlikely allies know their only shot of getting out for good means confronting the corrupt businessman who wants them dead. But he's not the only one on their tail. Hard-nosed federal agent Luke Hobbs never misses his target.

When he is assigned to track down Dom and Brian, he and his strike team launch an all-out assault to capture them. But as his men tear through Brazil, Hobbs learns he can't separate the good guys from the bad. Now, he must rely on his instincts to corner his prey... before someone else runs them down first

Wednesday, May 4, 2011

Aku Adalah Aku



Lirik Lagu Aku Adalah Aku - Melda Ahmad

(verse 1)
Lafazkanlah kata dari hatiku
Terangilah gelap gulita hati
Fahamilah maksud kata lagu ini

(verse 2)
Tenangkanlah jiwa yang bergelora
Hentikanlah kerunsingan ku ini
Tutupkanlah jendela oh naluri

(verse 3)
Hidup bagiku sesuatu yang indah
Yang tak ternilai kenikmatan dunia padaku

(korus)
Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jua ke dalamnya
Pasti ku pasti yakin pada semua
Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

(ulang verse 2 & 1)

(verse 4)
Lepaskanlah sayap impian
Bawalah ku terbang tinggi

(ulang korus)

Tuesday, May 3, 2011

selasa bukan isnin

hari ni hari selasa, bukan hari isnin..diulangi selasa..tapi mood bekerja ari ni macam hari isnin..
almaklumla, semalam kan cuti..so virus hari isnin di forward la pada hari ni..boleh ek maen forward2..sungguh xde semangat utk bekerja..padahal keje leh tahan gak la, menimbunnya kan..
cuti 3 hari, balik kg xterasa..rasa sekejap je masa berlalu..dengan 'jadual yg padat', hanya ikut org laen pergi ke sana ke sini..peluang nak lepaking bersama click pun terabai..
so sad..miss uolls geng huhu..lagi kesian kat hubby, langsung xdpt nak rehat..

*otak terasa cam disedut camni lak..woot..woot..*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...