Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Friday, December 28, 2012

:: Update Entry Untuk Seminggu ::

Assalamualaikum..

Owh  dah seminggu tak hapdet blog ngee..so busy kehkehkeh..biasa la kan hujung tahun..wah konon la busy..tapi boleh tahan jugak busy..nak hantar appraisal lagi..tapi sistem sangat lembab..server down la haish.. FB yang berjuta-juta manusia online boleh pulak laju kan hmm..sekarang nak hapdet cerita untuk seminggu ni hee..


:: 22122012 ::

Holiday ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang..
Alang-alang nak balik kampung, singgah Bukit Tinggi dulu hee..plan nak keluar rumah awal pagi, sebab takut jalan jam and boleh spendtime lama sket kat situ..tapi sibuk mengemas bagai, main-main dengan tariq dulu hmm pukul 10.30 baru keluar rumah..Pastu hubby boleh pulak ikut Seri Kembangan (selalu ikut NKVE).. Ohoi jam teruk la kat sana..setengah jam jugak stuck..stress..nak bercuti tapi stress pulak adoi..Last sampai Bukit Tinggi dekat pukul 1 huu..Bayaran RM12 untuk dewasa, untuk Tariq free yeay..malas nak cerita panjang, mari layan pics ye..



 *tariq muka boring*
*tariq boring lagi penat dan mengantuk*
 *nak pegi taman jepun kena naik tangga yang banyak haa*




 *cobaan melepaskan diri*




 *lepas la abah*
 *lepaskan saya*
*tariq nak bebas*

:: 23122012 - 24122012 ::

Tariq bercuti di rumah nenek.main bersama acu dan sepupunya dengan girang yeay!!..


::25122012 ::

2nd aniversary mama dan abah, Alhamdulillah..
Umur tariq genap setahun mengikut kalendar Islam..
Tariq lahir 5 jan 2012 bersamaan 11 Safar 1433.
25 Dis 2012 bersamaan 11 Safar 1434.
Alhamdulillah anak mama membesar dengan sihat..semoga menjadi anak soleh..dengan cakap mam dan abah. jangan nakal-nakal ye sayang, nanti abah babap hee..

Pergi kenduri kawen sepupu abang ipar di Kuala Lipis..ari ujan, rumah pengantin lecah oo..
siyes dah lama tak g makan kenduri yang letak hidangan atas meja..nostalgia sangat, teringat masa kecik-kecik.Lauk semua letak dalam mangkuk pastu susun dalam dulang..bila ada tetamu duduk nak makan, baru angkat hidangan..(tak amek pic coz hp dlm beg, tinggal kat umah kakak).sekarang ni semuanya bufet..


:: 26122012 ::

Dah balik rumah sendiri (rumah sewaan sebenarnya, belum mampu beli huk..). Jalani rutin harian seperti sediakala..keje, masak, mendobi, bermain dengan tariq..Tariq terus blur sebab kena main sorang-sorang..mula fikir nak tinggal tariq kat kampung sementara, tapi tak sampai hati pulak huk..mak pun tak berapa sihat nak uruskan tariq, dengan miza (cousin tariq) yang suka mendengki bila orang lain peluk nenek..nenek dia sorang katanya hee..nak harapkan acu, apala yang budak form 3 tau hee..abah kata, takut mama tak boleh tidur kalau tariq takde kat sebelah..eleh abah pun sama sebenarnya..tak dapat bayangkan macammana la kalau tariq tinggal kat kampung hmm..sedangkan duduk berdua dengan mama time abah keje hari minggu pun dah mengamuk and tercari-cari abah..inikan pulak kalau langsung tak nampak and tak tido dengan mama and abah seminggu huu..


Hmm sekarang ni tariq macam dah kurang nak makan..asik nak main je tau nya..selalu bila suap nasi bukan main luas lagi mulut terbuka..sekarang dah pandai buka kecik je..nak habiskan semangkuk pun lama..nak buat macammana ye..ke tariq dah tak berminat makan nasi lembik..nak makan yang keras..bila suap mashpotato pun dia taknak, makan biskut ok je hmm..


panjang la pulak ai membebel ngehngeh..kla la tu je nak story..bye2
terima kasih sudi baca..


p/s - malas betul nak edit pic and letak watermark sekarang ni hmm..


Tuesday, December 27, 2011

1st aniberseri hehe..25/12/2011

perancangan awal nak ke Bukit Tinggi..tapi dalam keaadaan camni risau lak nak travel jauh2..pastu plan nak g petik strawberry kat genting sebenarnya..so ari sabtu 2 pergi la tumpang tido kat umah abg ipar kat Serendah..sebab nak g genting ikut batang kali, so dekat la sket..sblm 2 amek mom in law an sis in law kat putrajaya..alih2 planning bertukar last minit ke Bukit Fraser..ni idea abg ipar la..katanya 45 je dr umah dia ..tp oleh kerana jalan yg berbelit cam ular & naik bukit lagi, makan masa sejam setengah gak la ke atas tu..lgpun xleh drive laju2 sgt kan..

tapi serius cakap ni 1st n last time kot pegi sana..cam dah xsanggup nak ke sana lagi..naik 2x muntah, nak turun pun 2x muntah..lagipun xde yg menarik sgt kat sana..xcam cameron highland..kecuali enviroment kat sana yg nyaman dan sejuk hihihi..bila bercakap pun keluar asap dr mulut haha..cam kat oversea gitu..




muka penat, baru sampai n muntah haha..



nak naik bot ni kena bayar RM6 for 15 minit..masa beli tiket tu siyes xtau pun pregnant woman xleh naik..lagipun yg beli kakak ipar..dia pun memang xperasan kat notice board..bila kena tegur ngan staff kat situ rasa down, dah xnak naik.tp cian lak kat hubby naik sorg2..so wat xtau je la.. tp staff tu ckap ape2 jadi tanggung sendiri..tu pun dgn nada yg agak marah huhu..tp alhamdulillah selamat.. masa kat sini jumpa pelakon Abu Bakar Omar..tp xlak snap pic dia..i xheran pun jumpa retis hihi..lain la Faizal Tahir kot hihi..Lagipun dia pun ngah bercuti gak ngan anak cucu dia hihihi..

xlama lagi nak masuk tahun baru..org baru pun dah nak keluar tahun depan..semoga perhubungan ini kekal ke akhir hayat kami..amin..




Monday, March 7, 2011

Panggilan Pulau





Wah..bestnya kalau dpt g cuti2 malaysia kat pulau kat atas tuu..
pulau apakah itu..adala..
teringinnya nak g pulau tu..insyaallah, klau jadi, klau panjang umo, klau ade rezeki pertengahan tahun nanti dpt la g sana huhu....
(pics di atas just search kat google aje huhu..)

Tuesday, October 19, 2010

Camer0n Trip..

entry ni ekcelly dah lame, tp saje je baru nak update..ni mase cuti hari wesak aritu..aku n hubby join family day ofis cousin hubby g cameron highlands..sonok sgt dpt jln2 kat sane hee.. yg paling best dpt kwn2 baru..wlaupun at the 1st time rase cam blur2 coz xknal sape2..tp dah lame2 aku boleh masuk la ngan diorang ni huhu..yg paling seronok kiteorg just bayar RM100 aje..ni 1st time aku g cameron sebenarnya.lain kali kalau jln2 ajak kiteorg ag tau hee..pic banyak sgt..tp xsemua aku upload kat sini..enjoy da pic k..

kat ladang teh BOH




yum..yum..
luv lollipop
kumpulan gagak hitam haha
ni pas g pasar malam, lapar n cari makan hee
bergambar beramai sebelum pulang
bersama mereka yg sporting habes
bergambar dpn equatorial..konon2 stay kat situ la hik..
shira, yaya, dayah, me and shu..
mereka yg paling ngam hee..
depan apartment kiteorg stay n kat kete shira hee..
ni kat ladang teh BHARAT


budak2 ni cam cumel je..s0 snap je la..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...