Wednesday, March 27, 2013

:: Wordless Wednesday ::


Assalamualaikum..



Apa kata anda..
tepuk sebelah tangan takkan berbunyi..

Ya Allah..lindungi lah rumahtangga kami dari kewujudan orang ketiga..

Thursday, March 21, 2013

:: The Best Things In Life Are Free ::

Assalamualaikum..




Hargai menda2 free dalam hidup kita sekarang ni..
jangan nanti nak ketawa pun kena bayar kihkihkih..
senyum itu sedekah..nak senyum tak kena bayar pun..
senyum-senyum selalu...mmmuahhh...

:: Beware ::


Assalamualaikum..





#don'ttrustanybody#

Wednesday, March 20, 2013

:: Wordless Wednesday ::

Assalamualaikum..





#hariniakustress#

Monday, March 18, 2013

:: Budak Kuat ::

Assalamualaikum..

Hari ni Tariq 1 tahun 2 bulan 13 hari..tapi hari ni baru inject MMR..injek yang setahun tu ahahah..nurse kata takpe kalau lewat pun..yela mula-mula tak dapat injek sebab chicken pox..pastu dah amek date appointment  lain tak dapat datang pulak sebab demam..nasib baik hari takde pape hihihi..

Alhamdulillah anak mama ni kuat..kena injek pun tak nangis tapi sebelum injek tu nangis sebab marah tak bagi dia pegang botol susu..yela dah tunggu lama sangat, mata pun dah mengantuk..bila amek botol susu marah la dia..

Anak kena injek rileks je tapi mama pulak yang neves lebih-lebih..dah la abah kena tunggu kat luar..mama takut nak pegang tariq sebenarnya..dalam otak fikir takut dia meronta-ronta masa kena injek..takut jarum patah sebab tariq tak duduk diam masa kena injek tu..adoi la fikiran mama ni..ntah pape ntah..suka sangat fikir yang bukan-bukan..nasib baik takde pape berlaku kihkihkih..




 Rajinnya anak mama..sempat lagi baca buku hihi

tunggu abah..

p/s - harap-harap la anak mama tak demam ye..


Friday, March 15, 2013

:: Y-Mail Diceroboh ::

Assalamualaikum..

oh no..my yahoo mail dicerobohi..tak tau la sape punya keje..
dapat tau masa bangun tido pagi tadi..
nasib la aktifkan mail kat phone..
so terus tukar password huh..



penceroboh sent banyak mail tapi failed..

oke la tu ja nak story petang ni..
tak sabar nak balik..
esok cuti yeay..

Terima kasih sudi baca..

:: Tip Untuk Anak Demam & Sawan ::

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak entry pasal tariq kena tahan wad sebab demam sampai kena sawan tu..
alah entry yang nie .
kali ni nak share apa yang perlu kita buat kalau anak demam..
nak share jugaj pasal apa yang perlu dilakukan kalau anak demam panas sangat sampai tersawan..
eh boleh pulak ter ke hehehe..

Demam

Bila anak demam, suhu terlampau panas sila la mandi jelum anak tu ye..
 petua orang-orang tua pun boleh guna pakai kot..jelum dengan air asam jawa or air bunga raya..tapi kalau ikut my mom in law kata, daun bunga raya putih is better..tapi sekarang ni nak jumpa bunga raya merah tu pun susah, lagi la nak jumpa yang kaler putih tu..tapi kan bunga raya tu bunga kebangsaan, napa susah sangat nak jumpa..ke iolls yang tak nampak huahua..





Sawan





Pamplet ni, pihak hospital yang kasi masa tariq kat wad ari tu..tapi dah renyuk dikerjakan tariq..

oke la tu je nak share..

Terima kasih sudi baca..


Thursday, March 14, 2013

:: Boncit aka Boyot ::

Assalamualaikum..

Anda mengalami masalah perut buncit..
dah makan bermacam-macam ubat kurus..
dah sapu segala jenis krim untuk kurus..
tapi tetap takde perubahan..
cuba la tip di bawah ni..





v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






* saya dah cuba..anda bila lagi harharhar...*

:: Anak dan Bakul ::

Assalamualaikum..

Anakku dan bakul...tak dapat dipisahkan..
tak kira la apa jenis bakul sekali pun..janji yang bernama bakul..
balik school bakul yang diterpanya dulu..
bangun tido, bukak mata, turun katil, bakul yang di carinya..
tak percaya tengok pic-pic ni..
bak kata fynn jamal "kita semua pernah obses dengan bakul baju mak kita. mengakulah."

























Wednesday, March 13, 2013

:: Wordless Wednesday ::

Assalamualaikum..




v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



versi kami kahkahkah...



Thursday, March 7, 2013

:: Sebak ::

Assalamualaikum..

Tiba-tiba hati jadi sebak..air mata bergenang, terasa nak nangis..
seorang sahabat yang berkhidmat dalam PDRM di Miri, Sarawak telah ditugaskan ke Lahad Datu.
teman sekampung, teman sepermainan di zaman kanak-kanak, teman mengaji, teman persekolahan..

Ya Allah, kau lindungi la sahabatku juga perwira Malaysia yang sedang berjuang di Lahad Datu.
tabahkan la hati keluarga menghadapi ujian ini..semoga mereka para pejuang selamat di sana..

terima kasih sudi baca

p/s- ari ni chery bery..ingat nak masuk opis tgh ari sket tapi perut masih tak oke lagi ni.

Tuesday, March 5, 2013

:: Cerita Pasal Chicken pox ::

Assalamualaikum..

Tak Tau nak hapdet apa kat blog..tetiba teringat time tariq kena chicken pox dulu..macam-macam petua dan macam -macam pantang larangnya..orang ni bagitau macamni, orang tu bagitau macam tu pulak..antara pantang larang chicken pox ialah :

Jangan Terkena Hujan 
Yang ni memang tau sangat la..dari kecik lagi selalu dengar, jalau kena chicken pox, jangan bagi kena hujan.nanti biji-biji tak hilang..akan kekal timbul selamanya..Mak ada pesan jugak, jangan bagi tariq kena hujan..hai takut nanti cucunya dah tak encem..kawan kat  opis pun bagitau jugak

Jangan Makan Kicap
Kicap harus dielakkan sebabnya takut parut jadi hitam..oke tariq memang tak makan kicap.tak kira la time kena chicken pox atau tak..mama tak ajar makan kicap..kecuali bila balik kampung, kalau orang lain yamg suap tariq makan, maka telan kicap la anak mama..makan ramai-ramai dengan sepupu kaa, redha saja la..

Tak Boleh Menggoreng
Hah ini serius tak penah dengar..yang ni kakak kat opis yag bagitau..katanya tak boleh masak goreng-goreng..nanti biji chicken pox tu meletop..tapi mak tak kata apa-apa pasal ni..so iolls selamber saja menggoreng kat rumah..Alhamdulillah takde apa-apa terjadi kat tariq..cerita kat hubby, gelak besar la yang dapat hehe..

Elakkan Makanan Yang Gatal
Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan mestidielakkan..macam ayam ke, telur, udang..mujur la budak kecik tak reti makan sedap-sedap..makan bubur kosong pun boleh hihi..

Tak Boleh Mandi
Erk ni kakak ipar yang cakap..tapi mama tetap mandikan tariq..kalau tak mengamuk sakan la dia..sepatutnya boleh je mandi, itu lagi bagus..boleh mengurangkan rasa miang chicken pox tu.

Hah tu je la kot pantang larangnya kot.kalau ada yang lain-lain tak penah dengar..ini je yang iolls penah dengar..tapi yang paling iolls ambil berat harus la jangan terkena hujan tu..risau kau..kena setitis pun jangan huhu..

Antara petua untuk chicken pox ialah alas tempat tidur dengan daun semambu..ianya untuk kurangkan rasa miang dan menyejuk badan yang terkena chicken pox..Mak kata daun ni juga boleh ditumbuk dengan beras untuk buat bedak sejuk..boleh juga dicampur dalm air mandian.tapi oleh kerana tak tahu mana nak cari daun ni, iolls cuma sapukan calamine lotion yang klinik kasi tu aje..

 Pastu mak pesan sapu bedak sejuk..tapi mak iolls suggestkan pakai bedak sejuk bio calamine essence dari jamu ratu..tiap kali call mesti tanya dah beli ke belum bedak sejuk tu, katanya bagus..iolls hanya bertindak mengikut arahan, maka mesti beli.bukan setakat tariq yang pakai bedak ni, iolls pun pakai sama kat jerawat hee..


 kotak bedak sejuk dah tukar kaler hijau tau..kang konpius pulak


ni la rupa daun semambu tu..juga dikenali sebagai neem..ehsan google tau

kena chicken pox pun masih tersenyum..abaikan hantu lilin kat belakang tu

ok la tu je nak bebel hari ni

Terima kasih sudi baca..

Friday, March 1, 2013

:: Pure Marin Colagen ( part 3 )

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sebenarnya dah sebulan saya makan pure marin colagen ni..mula-mula takut juga nak makan pmc ni..takut berbau la, tak boleh telan la..Semua ni atas saranan member kat opis ni la..diam memang makan and jual pmc ni..memang gadis sabahan..orangnya pun cantik hehe..tapi nasib baik la tekak ni boleh terima benda alah ni kan..tapi kena campur dalam jus oren or blackcurrant la hehe..selalu makan waktu pagi dan sebelum tido..juga boleh mengenyangkan perut..serius tak rasa lapar walaupun makan lewat sikit..Harga pmc ni tak mahal, masih mampu beli la..


 *yang bekas kecik tu untuk buat masker*


Memang rasa teruja sebab parut-parut hitam jerawat dah semakin pudar..walaupun tak hilang sepenuhnya tapi dah tak teruk macam dulu..kalau naik jerawat pun cepat kecut..jerawat memang suka singgah di muka saya kerana jenis muka berminyak kan..tapi since makan pmc ni, kulit dah kurang sikit minyaknya..kalau tak rasa macam boleh goreng telur kat muka ni. huhuhu..lagi pulak kalau berjemur di tengah panas..Liang pori-pori pun dah mengecil so minyak pun kurang la kot.tapi jerawat tetap tak dapat dielakkan, suke benor dia dengan saya ni.heh..

 *sebelum  makam pmc*


 *kulit dalam proses baikpulih*


 *after 2 minggu lebih*


*pic terkini*


Sekarang tengah mencari-cari skincare yang sesuai..buat masa ni cuma pakai pencuci muka eversoft & pelembab garnier aje..sebelum ni pun dah banyak tular-tukar produk..nak sebut kang banyak sangat pulak hihi..nak cari yang set punya, untuk kulit jerawat & berminyak..yang tak mengelupaskan dan menyakitkan kulit..yang tak menipiskan kulit muka ni..Yang mana harganya adalah berbaloi dan masuk akal..Tabita?? erk tak mampu kot hehe..ok la tu je nak cerita..

p/s - tak kisah kalau kulit gelap pun janji bebas jerawat & minyak..bukan nak cari skincare untuk putihkan kulit tapi licinkan kulit hewhewhew..


Terima Kasih Sudi Baca..





:: Tariq Warded 16022013-18022013 ::

Assalamualaikum..

Minggu lepaskan ada post pic tariq kat hospital kan..pic yang nie
ari ni nak story sket pasal apa ari warded..

Jumaat, 15022013 kan tariq demam..tapi suhu masih ok la..walaupun demam, still juga tariq aktif macam biasa.memang tak pegi klinik, tapi makan ubat yang ada kat rumah je..hari sabtu still panas lagi..tapi masih juga dia aktif bermain, bergelak bagai..tapi memang sentiasa kena basahkan kepala dia untuk kurangkan panas..makin petang, makin panas la pulak..nasib baik la hubby tak keja hari tu..bila cek suhu, dah cecah 39..so decice nak bawak pegi klinik.. time tu dah pukul 7, tapi pegi la juga walaupun dah senja kan.(orang tua-tua kata tak baik keluar rumah senja-senja eh..)

Bila sampai klinik doktor cek, suhu dah turun katanya, 37..maybe sebab on the way ke klinik tu dah dah lap-lap kan badan tariq..so doktor just bagi ubat..doktor bagi juga la ubat yang masuk kat montot tu..tapi dia surus masukkan sendiri kat rumah kalau badan panas lagi..dia taknak masukkan sebab suhu dah turun katanya..ok la, tunggu amik ubat, bayar bil smua, balik..tapi time tunggu ubat tu, tariq dah start merengek-rengek..

On the way bailik tu, perkara yang tak diingini terjadi..perkara yang paling ditakuti mama jadi jugak..dah cuba elakkan dari terjadi..tapi terkena jugak kat tariq..Tariq tetiba kena 'tarik' (sawan)..dalam dia merengek-rengek tu tetiba je mata dia padang ke atas, tangan dah gigil-gigil..ok  mama panik..so abah terus patah balik pegi klinik..sampai klinik, doktor bagi ubat apa ntah..pastu suruh terus pegi hospital.

Bila dah ke hospital memang kena tahan wad la..nak kena pantau suhu demam dia..pantau takut kalau kena sawan lagi..so check in la wad untuk 3 hari 2 malam huahuahua..kat wad memang tariq asik wat perangai..asik nak mengamuk..lagi-lagi kalau tengok abah takde..susu botol memang tak layan la..asik nak bergayut dengan mama je..sampai mama rasa tariq macam sedut angin je.maybe tariq bosan duk kat wad..bila pakaikan kasut merata tempat dia nak pegi..main-main dengan misi la..

Kepada mommies semua kalau anak demam panas sangat cepat-cepat la pegi hospital..selalu lap badan supaya suhu turun..kalau family history memang ada kena sawan lagi la kena berhati-hati..boleh jadi penyakit keturunan..macam tariq, abah dia serta adik-beradiknya memang ada kena sawan masa kecik..sebab tu mama risau bila tariq demam, dah pantau suhu tapi tu la nak terkena juga huhuhu..tapi jangan risau, selalunya sawan ni sampai umur 6 tahun je..lagi satu kalau tetiba anak sawan, jangan panik macam mama ye..next time  mama share macammana nak handle bila anak kena sawan..

Ok la tu je nak story..jap lagi ada jamuan kat opis ni..save bajet lunch hari ni hihi..mama sukee..

Terima Kasih Sudi Baca..


:: Pure Marin Colagen ( part 2 ) ::

Assalamualaikum..

100% PURE MARIN COLLAGEN

Ini kolagen mentah 100% asli dan belum diproses.. memang tiada campuran bahan2 lain.Ia bukan dalam bentuk serbuk, ni tumbuhan marin yang telah dikeringkan kaya dengan kolagen, tiada bahan kimia langsung..

Tiada side effect yang buruk melainkan kulit makin licin, cerah, tegang dan cantik..
... 
Alami kehebatan 100% KOLAGEN ASLI* Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)* 

Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)* 

24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2* 
Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan* 
PH bernilai 7.6Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin.. 

jadikan ia sebagai masker pun boleh. Yang paling best, sesuai untuk preggy women utk dapatkan kulit baby yang putih dan kulit cantik.

Bagi wanita yang sedang berpantang & menyusukan bayi, boleh ambil pure collagen ini dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi**

Perbezaan ungu dan putih drp aspek fungsi

UNGU LEBIH KEPADA MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,STROK,GOUT,ASMA DAN SBGNYA... MANAKALA KUNING BERPERANAN LEBIH UNTUK KECANTIKAN LUARAN**** SILA AMBIL NOTE!

KANDUNGAN ZAT GALIAN DIDALAM RUMPAI UNGU SANGAT BERMANFAAT UNTUK MEMBASMI BAKTERI, MASALAH SISTEM SARAF DAN KEGAGALAN FUNGSI ORGAN

BAGI KUNING PULA...KANDUNGAN KOLAGEN MENTAHNYA SANGAT BAIK UNTUK MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA NILAI KECANTIKAN ANDA......

KAEDAH PENYEDIAAN

1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter @ 1.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker

~~UNTUK UNGU= BASUH 6X DGN AIR PUTIH, PASTU BASUH 2X DGN AIR ASAM JAWA..BASUH LAGI SEKALI DGN AIR PUTIH..MASA RENDAM..GUNA DAUN PANDAN SEKALI..MASA REBUS..GUNA DAUN PANDAN GAK UNTUK HILANGKAN BAU HANYIR

Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah (lebih elok dimakan begitu saja)
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)

Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci

PERHATIAN :* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..* Ambil bersama Vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat...banyakkan minum air kosong..


Terima Kasih sudi baca




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...