Tuesday, March 5, 2013

:: Cerita Pasal Chicken pox ::

Assalamualaikum..

Tak Tau nak hapdet apa kat blog..tetiba teringat time tariq kena chicken pox dulu..macam-macam petua dan macam -macam pantang larangnya..orang ni bagitau macamni, orang tu bagitau macam tu pulak..antara pantang larang chicken pox ialah :

Jangan Terkena Hujan 
Yang ni memang tau sangat la..dari kecik lagi selalu dengar, jalau kena chicken pox, jangan bagi kena hujan.nanti biji-biji tak hilang..akan kekal timbul selamanya..Mak ada pesan jugak, jangan bagi tariq kena hujan..hai takut nanti cucunya dah tak encem..kawan kat  opis pun bagitau jugak

Jangan Makan Kicap
Kicap harus dielakkan sebabnya takut parut jadi hitam..oke tariq memang tak makan kicap.tak kira la time kena chicken pox atau tak..mama tak ajar makan kicap..kecuali bila balik kampung, kalau orang lain yamg suap tariq makan, maka telan kicap la anak mama..makan ramai-ramai dengan sepupu kaa, redha saja la..

Tak Boleh Menggoreng
Hah ini serius tak penah dengar..yang ni kakak kat opis yag bagitau..katanya tak boleh masak goreng-goreng..nanti biji chicken pox tu meletop..tapi mak tak kata apa-apa pasal ni..so iolls selamber saja menggoreng kat rumah..Alhamdulillah takde apa-apa terjadi kat tariq..cerita kat hubby, gelak besar la yang dapat hehe..

Elakkan Makanan Yang Gatal
Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan mestidielakkan..macam ayam ke, telur, udang..mujur la budak kecik tak reti makan sedap-sedap..makan bubur kosong pun boleh hihi..

Tak Boleh Mandi
Erk ni kakak ipar yang cakap..tapi mama tetap mandikan tariq..kalau tak mengamuk sakan la dia..sepatutnya boleh je mandi, itu lagi bagus..boleh mengurangkan rasa miang chicken pox tu.

Hah tu je la kot pantang larangnya kot.kalau ada yang lain-lain tak penah dengar..ini je yang iolls penah dengar..tapi yang paling iolls ambil berat harus la jangan terkena hujan tu..risau kau..kena setitis pun jangan huhu..

Antara petua untuk chicken pox ialah alas tempat tidur dengan daun semambu..ianya untuk kurangkan rasa miang dan menyejuk badan yang terkena chicken pox..Mak kata daun ni juga boleh ditumbuk dengan beras untuk buat bedak sejuk..boleh juga dicampur dalm air mandian.tapi oleh kerana tak tahu mana nak cari daun ni, iolls cuma sapukan calamine lotion yang klinik kasi tu aje..

 Pastu mak pesan sapu bedak sejuk..tapi mak iolls suggestkan pakai bedak sejuk bio calamine essence dari jamu ratu..tiap kali call mesti tanya dah beli ke belum bedak sejuk tu, katanya bagus..iolls hanya bertindak mengikut arahan, maka mesti beli.bukan setakat tariq yang pakai bedak ni, iolls pun pakai sama kat jerawat hee..


 kotak bedak sejuk dah tukar kaler hijau tau..kang konpius pulak


ni la rupa daun semambu tu..juga dikenali sebagai neem..ehsan google tau

kena chicken pox pun masih tersenyum..abaikan hantu lilin kat belakang tu

ok la tu je nak bebel hari ni

Terima kasih sudi baca..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...