Showing posts with label bebel sorang2. Show all posts
Showing posts with label bebel sorang2. Show all posts

Friday, July 26, 2013

:: Salam Nuzul Al-Quran ::

Assalamualaim..

Hari dah 17 ramadhan kan..bersamaan dengan Nuzul al-Quran iaitu hari al-Quran diturunkan..
Bermaksud dah lebig setengah bulan kita berpuasa..dah tak lam nak raya tu.sekarang ni semua orang mesti sibuk dengan persiapan raya..ada menjahit baju raya, buat biskut raya, jahit langsir..tapi bagi yang tiada kepakaran nak buat sendiri atau yang malas kot beli je la senang..tapi duit pun mengalir tanpa sedarkan hee..persiapan raya korang macamana?

Persiapan raya aku tahun ni biasa-biasa aje. setakat ni cuma baju tariq aje yang dah neli..dari sebelum puasa lagi dah beli tapi tak banyak pun, 2-3 helai je..baju melayu pun beli masa balik kg awal puasa ari tu..tu pun tak adala baju melayu sangat, ala-ala indon gitu..tapi lengkap dengan kopiah.Baju aku dengan hubby belum beli pun lagi..kuih raya pun tempah 2-3 jenis je, tak macam tahun-tahun lepas..yang mana tempah kat sini untuk rumah sini.kuih raya untuk umah mak and MIL aku tempah dengan member kat kat kg..senang tak payah nak berangkut banyak-banyak nanti..

Taktau la nape raya tahun ni aku tak berapa nak eksaited sangat..biasa-biasa je aku rasa..maybe sebab tahun ni turn beraya kat belah hubby kot..dia dan keluarganya pun dah merancang awal-awal lagi tentang raya..hmm..

Kla tu je nak bebel..dah nak balik keje ni..al-maklum la, ofis di Putrajaya..jangan harap nak cuti..bagi yang bercuti tu seronok la sopping huuu..


Wednesday, July 10, 2013

:: Bertemu Kembali ::

Assalamualaikum..



hamboi...hamboi  tajuk  kemain..
baru bertemu balik dengan blog ke..
eh tak..kita bertemu kembali dengan Ramadhan al Mubarrak..
Setahun sekali menjelma..
Bulan untuk umat Islam mengganda ibadat..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan tahun ini..
Tapi tidak pasti samada dapat puasa dengan jayanya atau tak..
Tahun ni dapat ke puasa penuh..eh Puasa penuh?hmm..
Tahun lepas dugaan sebab breastfeed tariq..
Cepat sangat dahaga..rasa penat teramat..
Dua tahun lepas lagi la, tengah mabuk-mabuk pregnantkan tariq..
Tahun ni.....?  Wallahualam..

Dengan ini saya ingin Mengucapkan SELAMAT BERPUASA..
Jalani  lah ibadah puasa dengan ikhlas..
Jangan terlalu mengikut nafsu ketika berbuka tu..
Kat BAZAAR semua mende nak beli..
Tapi bila dah berbuka ada yang langsung kita tak jamah..
Jangan membazir ok..bersederhana lah..
Kita berpuasa ni bukan sebab nak berbuka dengan makanan sedap dan banyak.. 
Ingatlah saudara kita yang berada di negara lain tu..
Waktu besahur dan berbuka mereka belum tentu dapat menjamah makanan.
Ingatan untuk diri sendiri jugak..

Bagi yang sedang mendidik anak pulak jangan RASUAH  anak anda..
Ajar la mereka berpuasa dengan ikhlas kerana Allah..
Bukan berpuasa kerana ganjaran wang atau gadget bagai..
Kita dulu pun puasa ada ke mak janji nak bagi seploh hengget sari..
Mungkin sekarang kita lagi mewah dari mak kita dulu ..
Tapi aku rasa tak perlu kot buat macam tu..
Kalau anak tak mampu nak puasa tak payah la paksa sampai lembik..
Kalau anak degil taknak puasa senang aja..
Time berbuka duduk la kau jauh sana jangan makan dengan orang puasa tau..
pengalaman sendirik tau huk...
Harap nanti dapat didik tariq puasa cam cara arwah abah aku..

Ok la, tu je nak bebel..kesian tengok blog dah bersawang..
Dugaan hari pertama puasa, dan-dan malam tadi sakit tekak..
sekarang tekak rasa sangat kering dan perit ya amat..
Sabar la wahai tekak, baru pukul 12 tengah ari nih.. huh.. 


Terima kasih sudi baca..

Wednesday, June 5, 2013

:: Dah Lama Tak Update ::

Assalamualaikum..



Rasa macam dah lama tak update blog..
kesian blog..
busy..banyak kerja..juga malas hewhewhew..
tapi sempat jugak blogwalking..
bila lama tak update, mula la tak tau nak story pasal apa..

Hemm..
Sekarang secara officialnya tariq dah stop BF
Fully Fm..
Kalau sebelum ni masih bf bila time malam..
sekarang dia dah tak heran..
kalau tunjuk, buat muka geli pulak uhuk..
Mula taknak bf awal bulan mei ari tu..
lepas dia tumbuh gigi geraham..
last hisap masa demam nak tumbuh gigi tu..
mungkin sebab masa tu cik N melecet sebab terkena gigi dia yang batu nak naik tu..
so bila dah ada kesan lecet tu dia taknak hisap..
Last cik N melect pun masa dia nak masuk 6 bulan.
time tu baru nak tumbuh gigi pertama jugak..
hemm rindu pulak time bf kan tariq dulu..
macam-macam style dia..
meniarap, menonggeng, berdiri..

ok la, tu je nak membebel ari ni..
teima kasih sudi baca..

Monday, May 13, 2013

:: Ada Saje..::

Assalamualaikum..


Aku tak tahu nak cakap la..
kat opis aku ni tiap tahun ada je yang pregnant..
kalau dah pregnant tu, confirm la bersalin kan hehe..
dah macam berlumba-lumba pulak hee..
alhamdulillah, bertambah umat Islam kan..
ada yang pregnant anak sulong..
ada jugak yang sedang menambah anak..
bukan stakat staff pompuan, staff laki pun ada yang bini dah sarat ngee..
ada yang dah selamat, ada juga yang tunggu turn..
tahun ni saje dah berapa orang..
tapi aku rasa rekod tahun 2012 paling ramai staff dapat anak hehe..

hujung bulan ni kan cuti sekolah..
ada yang dah edar kad jemputan..

tahun depan ramai lagi la yang beranak hehe..

Pasal berat badan aku yang naik mendadak ni pun dah jadi isu..
ada yang bertanya aku ni pregnant..
tapi tak pulak tanya kat aku, tanya kat orang lain..
bila pulak turn aku yerk kahkahkah..




Monday, April 29, 2013

:: Tariq Kena Tumbuk ::

Assalamualaikum..

Hamboi..tajuk tak agak-agak kan..tapi itulah kenyataannya..kesian anak mama..malas nak story panjang..
kejadian petang semalam kat umah abang ipar kat Serendah sana..Tariq tengah eksaited nengok katun gajah biru, berdiri depan tv..pastu kazen dia datang depan dia,  umur 3 tahun (anak adik ipar aku..)..tetiba je tumbuk tariq..memang bunyi bedepek (what the word??) tapi aku nak menggambarkan yang tumbukan tu betul mengenai perut tariq..sampai jatuh terduduk anak bujang aku tu..memang nangis gila-gila..sampai aku pun nangis sekali semalam..terus bawak tariq lari ke dapur..


Aku dah cukup bersabar dan berlembut dah dengan anak buah kesayangan hubby tuh..seminggu kat umah aku memang asik mengusik tariq je..tapi aku memang taknak la marah-marah anak orang..kesian jugak kat dia..kalau anak adik-beradik aku takpe la nak marah kan..makin besar makin menjadi pulak perangainya.. tak boleh nak tegur langsung..kuat memberontak..tantrum tapi terlampau sangat..mak dengan wan pun dia lawan..tapi semalam termarah la juga..tapi aku cuma cakap "tariq tak buat apa-apa pun kat awak"..nak sangat jadi ultraman, tunggu la bila mama tariq ni jadi raksasa baru kau tahu..aku tak tahu la sampai bila aku boleh sabar dengan perangai dia tu..


Ya Allah, aku pun punya anak..tak tahu lagi di masa mendatang macam mana perangainya..tapi aku bermohon sangat, jauhkan la anakku dari sifat buruk..hindari la dia dari perangai yang tak elok..jadikanlah anakku anak yang soleh, mendengar nasihat orang yang lebih tua..aku juga berharap satu masa nanti perangai kazen tariq tu berubah menjadi lebih baik..


Terima kasih sudi baca..

Friday, April 26, 2013

:: Anak Kita Hak Kita ::


Assalamualaikum..




Aku tak tau nak cakap apa..kagum  or bangga dengan mak bapak yang berani bagi anak makan macam-macam..kesian anak aku, umur dah setahun lebih tapi banyak benda tak boleh makan lagi..
aku memang kontrol sikit permakanan dia..no candy, no lollipop,  no vitagen , no calsiyum huh..
no air sirap ke ape yang seangkatannya..kek or coklat ada jugak aku bagi dia rasa sikit..
aku memang tak berani nak kasi dia makan benda-benda macam tu..
bagi aku belum sampai masanya..tunggu la sikit masa lagi..bukan apa, kalau sakit perut ke ape aku jugak yang susah..


Jeles pulak aku tengok anak orang yang dah makan semua tu..aku tak nak la kondem diorang yang bagi anak makan macam-macam..bagi makanan yang tak sesuai dengan umur anak..lain mak bapak lain caranya yer dok..anak diorang hak diorang, anak aku hak aku..kalau anak cirit-birit or muntah pun diorang gak yang jaga kan..cuma kadang aku tak berapa puas hati dengan orang yang main suka-suka je suap anak orang makan..boleh tak sebelum suap tu tanya dulu mak pak dia..jangan main suap je..kalau dah kata tak boleh, tak yah la suap..lain budak lain alahannya..jangan samakan dengan budak lain..


Selalu yang macam ni orang yang bujang, belum ada anak or orang yang tua dari kita (selalunya mak-mak kita kan).dulu sebelum tariq umur setahun pun aku tak bagi makan kek..tapi MIL slamber je nak suap..bila aku cakap tak payah, aku yang di marah balik..adik lelaki aku pun penah tegur napa aku tak bagi tariq makan benda-benda macam tu..nanti kalau anak ko dah keluar tau la macam maknye kontrol makanan anak hahaha..tapi tu aku cuma jawab dalam hati la..tapi aku respek dengan adik ipar aku sebab bila dia nak bagi tariq makan apa-apa, dia mesti tanya dulu boleh ke tak..

okeh la tu je nak bebel..tariq demam, nak tumbuh gigi lagi..asik main lagakan gusi aje..

terima kasih sudi baca..







Thursday, April 25, 2013

:: Pregnant Ke? ::

Assalamualaikum..


Owh rasa nak tergelak pulak hahaha..
Tadi ada sorang officer kat ofis ni tegur..
"zura, awak pregnant ke?" 
aku spontan je jawab "eh tak la puan, tapi mengandungkan lemak aje" hihi..
kalau tengok perut, memang ketara la nampak keboyotan aku wakaka..
aisehh..tak boleh jadi ni..kena rajin wat sit up la lepas ni..


terima kasih sudi baca

Tuesday, April 23, 2013

:: Apa-Apa Saje ::

Assalamualaikum..

Hari tu kan aku batuk lama sangat tak baik2..so aku decide nak stop dulu makan rumpai laut tu..mana la tau berkaitan kan..yela kan rumpai laut tu bersifat sejuk ,orang dalam pantang tak boleh makan tapi aku ni ha tak la berpantang sekarang eheh..so aku fikir mungkin ada kaitannya batuk aku tu dengan rumpai laut tu..sekarang ni dah seminggu aku tak makan..and batuk pun dah ok sikit..kalau tak asik merenyam je tekak ni..lepas ni tak tau nak sambung ke tak ..yang simpan dalam peti ais kena buang kot..simpan lama-lama pun tak ok jugak kot coz macam dah berbau sikit even aku masak dengan daun pandan..



Lagi satu aku rasa lately ni badan aku naik macam dipam-pam ahahah..tak tau la sebab rumpai laut ni ke apa..tapi lepas makan rumpai laut tu, perut memang tak rasa lapar..tapi nafsu makan tu membuak-buak puleks haih..agaknya rumpai laut tu mengembang dalam badan aku lalu menjadikan badan aku turut mengembang haha..ok fikiran aku memang selalu tak logik..imaginasi yang merepek. kahkah..



ok la tu je nak merepek hari ni..pasni kena fikir macam mana nak slim balik..perlukah aku ambil pil or minuman kurus bagai..cam membazir pulak kalau tak menjadi nanti hermm..

Terima kasih sudi baca


Thursday, April 11, 2013

:: Biarlah Orang Nak Kata ::

Assalamualaikum..

Masa lahir dulu, Tariq takda putih mana macam anak orang lain..Takda la pulak gelap sangat pun..and aku tak kisah pun apa warna kulit dia, asalkan dia sihat dan selamat..lagipun aku kulit aku tak la cerah mana pun..Masa kecik tariq ada kena jaundis yang agak tinggi la jugak..so kena tahan wad, duduk bawah lampu..3 lampu dia kau, nasib tak 4 haa..tapi yang aku perasan lepas keluar wad kulit dia jadi agak gelap sikit..maybe kesan duduk bawah lampu tu..member aku yang keje kat hospital pun cakap macam tu..

Masa umur tariq 4 bulan, ada member aku boleh cakap "Eh kau ni banyak minum kopi ke masa ngandung.."..Oke dia nak cakap yang tariq ni gelap..tak putih macam anak dia..Eh hello tak kisah la anak aku hitam ke putih..anak aku kan..Tengok jugak la mak bapak dia..kulit aku tak la cerah mana, kulit laki aku lagi la nan adoo..Kulit kau laki bini dah memang putih melepak, harusla anak jugak putih..

Tapi tak kisah la..sekarang makin besar, makin cerah jugak kulit tariq..kalau kulit kale cokelat baru lelaki sejati..kalau putih nanti nampak jambu sangat pulak..Tariq sayang, mama pun tak suka lelaki yang putih sebab tu mama pilih abah kamu harhar..tak kisah la apa warna kulit kamu tariq..mama harap kamu membesar dengan sihat dan mendengar kat..


 newborn

sebulan lebih 

 dua bulan

 4 bulan lebih

 14 bulan







Terima kasih sudi baca

Wednesday, April 3, 2013

:: Batuk oo Batuk :

Assalamualaikum..

Koh..koh..koh..
Dah 3 minggu batuk..
Ubat batuk Cap Ibu dan Anak dah sebotol habis..
Tapi batuk tak jugak baik..
Koh..koh..koh
Kadang-kadang tekak ni terasa gatal sesangat..
Gatal bagai mintak digaru..
Kalau tangan ni boleh masuk dalam tekak..
Memang sudah lama ku garu..
Koh..koh..koh
Dah tak tau nak buat macam mana lagi..
Air asam jawa pun dah minum..
Lega sekejap je, pastu batuk lagi..
Harap-harap cepat batuk ni hilang..
Tapi batuk-batuk pun ais tetap jugak nak minum huk..


Terima kasih sudi baca


p/s - dekat 2 bulan dah tak balik kg..batuk rindu kg kot hukhuk..

Thursday, March 21, 2013

:: The Best Things In Life Are Free ::

Assalamualaikum..




Hargai menda2 free dalam hidup kita sekarang ni..
jangan nanti nak ketawa pun kena bayar kihkihkih..
senyum itu sedekah..nak senyum tak kena bayar pun..
senyum-senyum selalu...mmmuahhh...

Monday, March 18, 2013

:: Budak Kuat ::

Assalamualaikum..

Hari ni Tariq 1 tahun 2 bulan 13 hari..tapi hari ni baru inject MMR..injek yang setahun tu ahahah..nurse kata takpe kalau lewat pun..yela mula-mula tak dapat injek sebab chicken pox..pastu dah amek date appointment  lain tak dapat datang pulak sebab demam..nasib baik hari takde pape hihihi..

Alhamdulillah anak mama ni kuat..kena injek pun tak nangis tapi sebelum injek tu nangis sebab marah tak bagi dia pegang botol susu..yela dah tunggu lama sangat, mata pun dah mengantuk..bila amek botol susu marah la dia..

Anak kena injek rileks je tapi mama pulak yang neves lebih-lebih..dah la abah kena tunggu kat luar..mama takut nak pegang tariq sebenarnya..dalam otak fikir takut dia meronta-ronta masa kena injek..takut jarum patah sebab tariq tak duduk diam masa kena injek tu..adoi la fikiran mama ni..ntah pape ntah..suka sangat fikir yang bukan-bukan..nasib baik takde pape berlaku kihkihkih..




 Rajinnya anak mama..sempat lagi baca buku hihi

tunggu abah..

p/s - harap-harap la anak mama tak demam ye..


Tuesday, March 5, 2013

:: Cerita Pasal Chicken pox ::

Assalamualaikum..

Tak Tau nak hapdet apa kat blog..tetiba teringat time tariq kena chicken pox dulu..macam-macam petua dan macam -macam pantang larangnya..orang ni bagitau macamni, orang tu bagitau macam tu pulak..antara pantang larang chicken pox ialah :

Jangan Terkena Hujan 
Yang ni memang tau sangat la..dari kecik lagi selalu dengar, jalau kena chicken pox, jangan bagi kena hujan.nanti biji-biji tak hilang..akan kekal timbul selamanya..Mak ada pesan jugak, jangan bagi tariq kena hujan..hai takut nanti cucunya dah tak encem..kawan kat  opis pun bagitau jugak

Jangan Makan Kicap
Kicap harus dielakkan sebabnya takut parut jadi hitam..oke tariq memang tak makan kicap.tak kira la time kena chicken pox atau tak..mama tak ajar makan kicap..kecuali bila balik kampung, kalau orang lain yamg suap tariq makan, maka telan kicap la anak mama..makan ramai-ramai dengan sepupu kaa, redha saja la..

Tak Boleh Menggoreng
Hah ini serius tak penah dengar..yang ni kakak kat opis yag bagitau..katanya tak boleh masak goreng-goreng..nanti biji chicken pox tu meletop..tapi mak tak kata apa-apa pasal ni..so iolls selamber saja menggoreng kat rumah..Alhamdulillah takde apa-apa terjadi kat tariq..cerita kat hubby, gelak besar la yang dapat hehe..

Elakkan Makanan Yang Gatal
Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan mestidielakkan..macam ayam ke, telur, udang..mujur la budak kecik tak reti makan sedap-sedap..makan bubur kosong pun boleh hihi..

Tak Boleh Mandi
Erk ni kakak ipar yang cakap..tapi mama tetap mandikan tariq..kalau tak mengamuk sakan la dia..sepatutnya boleh je mandi, itu lagi bagus..boleh mengurangkan rasa miang chicken pox tu.

Hah tu je la kot pantang larangnya kot.kalau ada yang lain-lain tak penah dengar..ini je yang iolls penah dengar..tapi yang paling iolls ambil berat harus la jangan terkena hujan tu..risau kau..kena setitis pun jangan huhu..

Antara petua untuk chicken pox ialah alas tempat tidur dengan daun semambu..ianya untuk kurangkan rasa miang dan menyejuk badan yang terkena chicken pox..Mak kata daun ni juga boleh ditumbuk dengan beras untuk buat bedak sejuk..boleh juga dicampur dalm air mandian.tapi oleh kerana tak tahu mana nak cari daun ni, iolls cuma sapukan calamine lotion yang klinik kasi tu aje..

 Pastu mak pesan sapu bedak sejuk..tapi mak iolls suggestkan pakai bedak sejuk bio calamine essence dari jamu ratu..tiap kali call mesti tanya dah beli ke belum bedak sejuk tu, katanya bagus..iolls hanya bertindak mengikut arahan, maka mesti beli.bukan setakat tariq yang pakai bedak ni, iolls pun pakai sama kat jerawat hee..


 kotak bedak sejuk dah tukar kaler hijau tau..kang konpius pulak


ni la rupa daun semambu tu..juga dikenali sebagai neem..ehsan google tau

kena chicken pox pun masih tersenyum..abaikan hantu lilin kat belakang tu

ok la tu je nak bebel hari ni

Terima kasih sudi baca..

Friday, March 1, 2013

:: Pure Marin Colagen ( part 3 )

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sebenarnya dah sebulan saya makan pure marin colagen ni..mula-mula takut juga nak makan pmc ni..takut berbau la, tak boleh telan la..Semua ni atas saranan member kat opis ni la..diam memang makan and jual pmc ni..memang gadis sabahan..orangnya pun cantik hehe..tapi nasib baik la tekak ni boleh terima benda alah ni kan..tapi kena campur dalam jus oren or blackcurrant la hehe..selalu makan waktu pagi dan sebelum tido..juga boleh mengenyangkan perut..serius tak rasa lapar walaupun makan lewat sikit..Harga pmc ni tak mahal, masih mampu beli la..


 *yang bekas kecik tu untuk buat masker*


Memang rasa teruja sebab parut-parut hitam jerawat dah semakin pudar..walaupun tak hilang sepenuhnya tapi dah tak teruk macam dulu..kalau naik jerawat pun cepat kecut..jerawat memang suka singgah di muka saya kerana jenis muka berminyak kan..tapi since makan pmc ni, kulit dah kurang sikit minyaknya..kalau tak rasa macam boleh goreng telur kat muka ni. huhuhu..lagi pulak kalau berjemur di tengah panas..Liang pori-pori pun dah mengecil so minyak pun kurang la kot.tapi jerawat tetap tak dapat dielakkan, suke benor dia dengan saya ni.heh..

 *sebelum  makam pmc*


 *kulit dalam proses baikpulih*


 *after 2 minggu lebih*


*pic terkini*


Sekarang tengah mencari-cari skincare yang sesuai..buat masa ni cuma pakai pencuci muka eversoft & pelembab garnier aje..sebelum ni pun dah banyak tular-tukar produk..nak sebut kang banyak sangat pulak hihi..nak cari yang set punya, untuk kulit jerawat & berminyak..yang tak mengelupaskan dan menyakitkan kulit..yang tak menipiskan kulit muka ni..Yang mana harganya adalah berbaloi dan masuk akal..Tabita?? erk tak mampu kot hehe..ok la tu je nak cerita..

p/s - tak kisah kalau kulit gelap pun janji bebas jerawat & minyak..bukan nak cari skincare untuk putihkan kulit tapi licinkan kulit hewhewhew..


Terima Kasih Sudi Baca..





:: Tariq Warded 16022013-18022013 ::

Assalamualaikum..

Minggu lepaskan ada post pic tariq kat hospital kan..pic yang nie
ari ni nak story sket pasal apa ari warded..

Jumaat, 15022013 kan tariq demam..tapi suhu masih ok la..walaupun demam, still juga tariq aktif macam biasa.memang tak pegi klinik, tapi makan ubat yang ada kat rumah je..hari sabtu still panas lagi..tapi masih juga dia aktif bermain, bergelak bagai..tapi memang sentiasa kena basahkan kepala dia untuk kurangkan panas..makin petang, makin panas la pulak..nasib baik la hubby tak keja hari tu..bila cek suhu, dah cecah 39..so decice nak bawak pegi klinik.. time tu dah pukul 7, tapi pegi la juga walaupun dah senja kan.(orang tua-tua kata tak baik keluar rumah senja-senja eh..)

Bila sampai klinik doktor cek, suhu dah turun katanya, 37..maybe sebab on the way ke klinik tu dah dah lap-lap kan badan tariq..so doktor just bagi ubat..doktor bagi juga la ubat yang masuk kat montot tu..tapi dia surus masukkan sendiri kat rumah kalau badan panas lagi..dia taknak masukkan sebab suhu dah turun katanya..ok la, tunggu amik ubat, bayar bil smua, balik..tapi time tunggu ubat tu, tariq dah start merengek-rengek..

On the way bailik tu, perkara yang tak diingini terjadi..perkara yang paling ditakuti mama jadi jugak..dah cuba elakkan dari terjadi..tapi terkena jugak kat tariq..Tariq tetiba kena 'tarik' (sawan)..dalam dia merengek-rengek tu tetiba je mata dia padang ke atas, tangan dah gigil-gigil..ok  mama panik..so abah terus patah balik pegi klinik..sampai klinik, doktor bagi ubat apa ntah..pastu suruh terus pegi hospital.

Bila dah ke hospital memang kena tahan wad la..nak kena pantau suhu demam dia..pantau takut kalau kena sawan lagi..so check in la wad untuk 3 hari 2 malam huahuahua..kat wad memang tariq asik wat perangai..asik nak mengamuk..lagi-lagi kalau tengok abah takde..susu botol memang tak layan la..asik nak bergayut dengan mama je..sampai mama rasa tariq macam sedut angin je.maybe tariq bosan duk kat wad..bila pakaikan kasut merata tempat dia nak pegi..main-main dengan misi la..

Kepada mommies semua kalau anak demam panas sangat cepat-cepat la pegi hospital..selalu lap badan supaya suhu turun..kalau family history memang ada kena sawan lagi la kena berhati-hati..boleh jadi penyakit keturunan..macam tariq, abah dia serta adik-beradiknya memang ada kena sawan masa kecik..sebab tu mama risau bila tariq demam, dah pantau suhu tapi tu la nak terkena juga huhuhu..tapi jangan risau, selalunya sawan ni sampai umur 6 tahun je..lagi satu kalau tetiba anak sawan, jangan panik macam mama ye..next time  mama share macammana nak handle bila anak kena sawan..

Ok la tu je nak story..jap lagi ada jamuan kat opis ni..save bajet lunch hari ni hihi..mama sukee..

Terima Kasih Sudi Baca..


Thursday, February 28, 2013

:: Pure Marin Colagen ( part 1 ) ::

Assalamualaikum..



Sekarang ni kat mana-mana pun semua orang cakap pasal pure marin colagen ni kan..
erk tapi betul ke statement kat atas ni hehe..
untungla makan pure marin colagen ni, tak payah beli produk mahal-mahal hihihi..
patutla gadis sabah semua comel-comel hihi
ada 3 kaler kan.kuning, ungu  & hijau..tapi semuanya untuk kecantikan dan kesihatan..

Okey la tu je nak taip..tetiba stress pulak..telefon ofis ni asik berdering, bila angkat takde orang cakap..dah banyak kali kot untuk pagi ni saje..petang semalam pun ada jugak..sapa la yang main2 ni heh..takkan la ada secret admirer kahkahkah..

p/s - sempat makan produk felinna untuk sebulan..tapi stop sebab macam tak sesuai dengan saya..tak nampak apa-apa kesan pun..

Tuesday, February 26, 2013

:: Double Happiness ::

Assalammualaikum..

Dah lama tak hapdet blog..banyak nak story tapi sekarang ni sibuk sikit..so terpaksa la peram dulu..
Tapi hari ni nak story sikit je..fisrtly rasa happy untuk my biras (hubby punya sister in law aka wife abang hubby)..dah 4 tahun lebih kawen baru boleh pregnant..dapat berita ni selasa lepas..abang ipar baru balik umrah minggu lepas, tumpang rehat kat rumah. lagipun kereta dia memang tinggal kat kami and hubby yang jemput dia kat KLIA.kebetulan pulak iolls cuti hari tu sebab tariq baru keluar wad..(pasal tariq masuk wad tu nnt iolls story ye..)

Abang ipar dapat berita yang wife dia pregnant pun selepas seminggu dia pegi umrah, masa tu dia kat Mekah la..Alhamdulillah..Yeay Tariq nak dapat sepupu baru..Sometimes rasa kesian jugak kat diorang.dah lama kawen tapi belum ada rezeki kan..Sampai iolls boleh perasan yang kak L tu macam tak berapa nak join family gathering..sebabnya selalu jugak kena usik dengan makcik2 hubby..walaupun diorang gurau2 tapi ayat agak laser..memang boleh sentap la..iolls pun kadang tersentap jugak dengan diorang huu..selalu abg ipar je yang datang sorang bila ada pape..katenya kak L kena keje, ada kursus..tapi memang betul kot dia sibuk time tu.bersangka baik pliss..

Yang keduanya ialah iolls pregnant..owh tidak belum masanya lagi ye..ekonomi belum kukuh lagi eheh..My friend pun pregnant jugak ..member serumah & sebilik zaman bujang dulu.keje sama kementerian, sama jabatan cuma lain department aje...dah 2 tahun kawen baru ada rezeki hihi..kita orang kawen beza 2 minggu je..dia pertengahan dis 2010, iolls hujung dis 2010..nasib la tak naik pelamin same date hihi..

Both of you jaga diri and baby baik-baik tau..makan makanan berkhasiat..banyakkan makan kurma tau..ok la, tu je nak nak bebel ari ni..

Terima kasih sudi baca



P/s - dah sebulan pindah baru sedar sijil nikah hilang..kedua-duanya pulak tu, sijil suami & isteri..lepas fotostat untuk amek kunci kuarters, terus lupa letak mana..

Monday, February 4, 2013

:: Makan Kenduri ::

Assalammualaikum..


:: 02022013 ::

Dek kerana penat sangat duk kat spital sampai pagi, kami bertiga memang tido pengsan..membuta sampai tengah hari..sedar2 dah dekat kul 1 pm..nasib baik la tariq pun sama layan tido..kalau tak, taktau la sapa nak layan dia main..mama memang dah serender..bangun2 perut lapar, makan roti cicah milo saje..

Mama malas nak masak..so pegi makan kenduri la kat Bukit Damansara.kenduri sambut menantu anak bigboss..konpem lauk pauk semua sedap2 hahaha..so sekeluarga bersiap2..kuar rumah pun dah pukul 2 lebih sah2 la sampai sana pukul 3..tapi standard la majlis kat KL sampai 4.30 pun masih ramai tetamu..kalau kat kampung pukul 2.30 pun dah lengang.. 

Tapi yang tak bestnya bila sampai ke destinasi, semua kawan2 ofis dah balik..nasib baik la ada family akak kepada bos..memang kami kenal sebab diorang duk pahang..suami makcik tu ada bisnes kat pahang (slumber je kakak pada bigboss aku panggil makcik, kot2 datin ke haha)..makcik tu pun macam tunggu2 kami (perasaannya aku kahkahkah)..yela bila nampak kami sampai je terus tegur "ada pun, ingatkan tak datang"..

Time makan, anak makcik tu datang sembang2 ngan kami.tak la rasa macam kera sumbang sangat haha..anak dia ni bestfren kak ipar aku.sebab tu family makcik ni rapat ngan family hubby..dapat tau makcik ni kakak pada bos aku pun masa kenduri kawen anak bos 2 tahun lepas..memang la bos ada cakap kakak dia duk kat pahang masa aku jemput dia ke wedding aku dulu..tapi aku tak sangka la kenal kakak dia hehe..

Lepas balik kenduri, sampai je putrajaya terus bawak tariq jalan2 kat taman..si tariq ni relaks je, macam takde pape yang berlaku..dia taktau yang makbapak dia risau semalaman..entah dia ingat ke tak yang dia bermalam kat spital..makbapak ni gigih melayan si kecik..anak baru kuar spital pun nak jugak pegi makan kenduri..nak juga bawak jalan-jalan kat taman..hover kau..patut bagi anak rileks kat rumah..tapi tariq ni takdenya nak rileks..duk umah kang melasak..tak dapat kuar jenjalan buat perangai mengamuk lagi ada haa..

Oke la tu je nak bebel..pic kat kenduri memang tak amek..lapau kau, mana nak bergambar bila nampak makanan..lain2 memang tak ingat kecuali makan haha..yang sempat snap pun pic doorgift je hehe..pic kat taman pun dalam henpon hubby..tu pun susah nak snap coz tariq tak reti diam..asik berjalan je..taknak kita pegang lak tu..


terima kasih sudi baca..


doorgift - chocolate - untuk tariq tapi masuk mulut mama abah ahaha

Thursday, January 31, 2013

:: Saya di Mood Bengang GRRRR ::

Assalamualaikum..


Pagi ni mood ceria tetiba jadi spoil pulak..mana taknya..nak keluar duit untuk bayar taska tariq..tetiba duit jadi kurang..bila cek balik, dah tau sebab apa kurang..tapi masalah lah duit untuk bayaran dah tolak pun lastweek..apsal pulak minggu ni ambik lagi..bila call, punya la susah nak dapat..line asik busy je..banyak kali jugak call..bila dapat, diorang macam tak tahu kenapa jadi macam tu..sebab memang dah bayar pun..nak kena semak dulu la..tungu report dari maybank la..tak kisah pape pun janji kau buat keje kau dan .yang penting aku nak duit aku balik..I WANT MY MONEY BACK!!..Tapi proses nak refund duit ni makan masa 7-14 hari..gila kau..menci..tak sempat lagi aku nak bershopping..kau kebas duit aku.. 

Oke yang sebenarnya iolls beli set bilik tidur menggunakan pembayaran melalui AEON CREDIT..tempoh pembayaran setahun..lagi sebulan je lagi nak habis bayar..bulan depan je lagi..tetiba jadi camni pulak..dah la baru pindah rumah..banyak pakai duit..bila jadi macam ni, lari bajet tau tak..Ini adalah kali pertama aku berurusan dengan Aeon credit ni..dan akan menjadi terakhir kalinya..pasni dah taknak beli utang2 ni huhu..sebab time tu cam desperate nak beli katil sangat kan..hambek kau, berutang lagi..

uolls ada tak yang penah guna khidmat Aeon credit ni..penah tak jadi macam ni..dah la auto debit dari akaun kita, dia caj pulak seringgit dari setiap transaksi..kalau lewat bayar pun kena caj juga.berbelas ringgit jugak la kena kalau lewat..tu untuk seminggu, kalau sebulan dah berapa?gila la makan duit orang macam tu..

Oke esok cuti Hari Wilayah..wuhuu berdua-duaan di rumah bersama tariq..abah keje hehe..padan muka.sabtu pulak ada wedding kat Pusat Bandar Damansara, KL..Anak boss kawen..dah lama tak ke PBD since ofis berpindah ke Putrajaya ni..tapi tak tau lagi dapat pergi ke tak..kalau hubby takde kerja urgent, boleh la pegi.tapi kalau hubby kena keje, duk umah je la nampaknya..

Kla tu je nak bebel petang2 ni..duty kaunter petang ni, boleh la rileks..tak ramai pun yang datang kaunter iolls..kesian kat kaunter orang lain..ramai customer menunggu hihi..

Terima kasih sudi baca

Wednesday, January 30, 2013

:: CuaknyA ::

Assalamualaikum..

Sehari dua ni rasa macam takde mood..rasa cuak sangat..setetiba cik P lewat pulak bulan ni..takkan la ish.. 2 3 ari jugak la lewat..patutnya ikut kiraan, 26hb dah muncul dah so bila dah takde tu mula pikir kan jeng2..

tapi nasib la hari ni dia dah muncul..selalunya memang akan awal seminggu dari bulan yang sebelumnya.. risau pulak rasanya...lagi cuak bila baca pasal pembuangan luar daerah yang terkantoi kat blog CikNa ..Bertambah cuak bila baru-baru ni tariq geget jari kaki..kata orang tua, kalau macam tu nak adik haa..tariq nak naik gigi lagi sebenarnya sebab tu asik nak menggigit..mama dan abah pun digegetnya juga hehe..jangan menggigit di taska sudah..

Tapi bila dah muncul lega rasanya..oke, iolls macam belum ready lagi nak bagi adik kat tariq..rasa tak puas lagi nak manja-manjakan  tariq..memang la kadang-kadang tu terasa rindu time peknen dulu, rindu nak peluk-peluk baby..macam tariq sekarang dah buas, dah taknak dipeluk cium sangat..lagi satu belum lengkap 2 tahun setengah penyusuan susu ibu untuk tariq..walaupun dah campur FM tapi tariq tetap pilih susu mama juga hihi..lagipun masa bersalin dulu ada darah tinggi, so doktor suruh jarakkan kehamilan kurang2 2 tahun..

Diakui memang tak ambil pil perancang..kena makan hari-hari nanti mesti lupa makan..lagipun memang jenis yang susah nak telan ubat-ubatan ni..lepas berpantang dulu, masa kat klinik desa kat kampung ada la ambil injection untuk merancang ni.tapi sekali tu je, sebab doktor tu asik push suruh inject huh..lepas balik keje kat sini, dah tak sambung inject dah..malas..sakit tau cucuk di montot..sebab memang fikir nak planning sendiri je..Nurse kat klinik tu pun macam tak galakkan amek injection..sebab katanya muda lagi..nanti bila dah 2 tahun, lepas stop inject tu lambat juga nak lekat katanya..takde la bila stop je terus lekat..Kat bawah ni antara sebab-sebab cik P lewat..

Tekanan.
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

Masalah kesihatan:
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan:
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat. (sumber Portal Alam Hamil)

Lepas ni kena cari jalan lain la pulak..sekurang-kurangnya tariq jadi abang umur dah 2 tahun..dah besar sikit, dah pandai berdikari sikit huhu..trauma bersalin pun tak hilang lagi uolls huhu..oke la tu je nak bebel..

terima kasih sudi baca..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...