Monday, February 4, 2013

:: Makan Kenduri ::

Assalammualaikum..


:: 02022013 ::

Dek kerana penat sangat duk kat spital sampai pagi, kami bertiga memang tido pengsan..membuta sampai tengah hari..sedar2 dah dekat kul 1 pm..nasib baik la tariq pun sama layan tido..kalau tak, taktau la sapa nak layan dia main..mama memang dah serender..bangun2 perut lapar, makan roti cicah milo saje..

Mama malas nak masak..so pegi makan kenduri la kat Bukit Damansara.kenduri sambut menantu anak bigboss..konpem lauk pauk semua sedap2 hahaha..so sekeluarga bersiap2..kuar rumah pun dah pukul 2 lebih sah2 la sampai sana pukul 3..tapi standard la majlis kat KL sampai 4.30 pun masih ramai tetamu..kalau kat kampung pukul 2.30 pun dah lengang.. 

Tapi yang tak bestnya bila sampai ke destinasi, semua kawan2 ofis dah balik..nasib baik la ada family akak kepada bos..memang kami kenal sebab diorang duk pahang..suami makcik tu ada bisnes kat pahang (slumber je kakak pada bigboss aku panggil makcik, kot2 datin ke haha)..makcik tu pun macam tunggu2 kami (perasaannya aku kahkahkah)..yela bila nampak kami sampai je terus tegur "ada pun, ingatkan tak datang"..

Time makan, anak makcik tu datang sembang2 ngan kami.tak la rasa macam kera sumbang sangat haha..anak dia ni bestfren kak ipar aku.sebab tu family makcik ni rapat ngan family hubby..dapat tau makcik ni kakak pada bos aku pun masa kenduri kawen anak bos 2 tahun lepas..memang la bos ada cakap kakak dia duk kat pahang masa aku jemput dia ke wedding aku dulu..tapi aku tak sangka la kenal kakak dia hehe..

Lepas balik kenduri, sampai je putrajaya terus bawak tariq jalan2 kat taman..si tariq ni relaks je, macam takde pape yang berlaku..dia taktau yang makbapak dia risau semalaman..entah dia ingat ke tak yang dia bermalam kat spital..makbapak ni gigih melayan si kecik..anak baru kuar spital pun nak jugak pegi makan kenduri..nak juga bawak jalan-jalan kat taman..hover kau..patut bagi anak rileks kat rumah..tapi tariq ni takdenya nak rileks..duk umah kang melasak..tak dapat kuar jenjalan buat perangai mengamuk lagi ada haa..

Oke la tu je nak bebel..pic kat kenduri memang tak amek..lapau kau, mana nak bergambar bila nampak makanan..lain2 memang tak ingat kecuali makan haha..yang sempat snap pun pic doorgift je hehe..pic kat taman pun dalam henpon hubby..tu pun susah nak snap coz tariq tak reti diam..asik berjalan je..taknak kita pegang lak tu..


terima kasih sudi baca..


doorgift - chocolate - untuk tariq tapi masuk mulut mama abah ahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...