Friday, July 26, 2013

:: Salam Nuzul Al-Quran ::

Assalamualaim..

Hari dah 17 ramadhan kan..bersamaan dengan Nuzul al-Quran iaitu hari al-Quran diturunkan..
Bermaksud dah lebig setengah bulan kita berpuasa..dah tak lam nak raya tu.sekarang ni semua orang mesti sibuk dengan persiapan raya..ada menjahit baju raya, buat biskut raya, jahit langsir..tapi bagi yang tiada kepakaran nak buat sendiri atau yang malas kot beli je la senang..tapi duit pun mengalir tanpa sedarkan hee..persiapan raya korang macamana?

Persiapan raya aku tahun ni biasa-biasa aje. setakat ni cuma baju tariq aje yang dah neli..dari sebelum puasa lagi dah beli tapi tak banyak pun, 2-3 helai je..baju melayu pun beli masa balik kg awal puasa ari tu..tu pun tak adala baju melayu sangat, ala-ala indon gitu..tapi lengkap dengan kopiah.Baju aku dengan hubby belum beli pun lagi..kuih raya pun tempah 2-3 jenis je, tak macam tahun-tahun lepas..yang mana tempah kat sini untuk rumah sini.kuih raya untuk umah mak and MIL aku tempah dengan member kat kat kg..senang tak payah nak berangkut banyak-banyak nanti..

Taktau la nape raya tahun ni aku tak berapa nak eksaited sangat..biasa-biasa je aku rasa..maybe sebab tahun ni turn beraya kat belah hubby kot..dia dan keluarganya pun dah merancang awal-awal lagi tentang raya..hmm..

Kla tu je nak bebel..dah nak balik keje ni..al-maklum la, ofis di Putrajaya..jangan harap nak cuti..bagi yang bercuti tu seronok la sopping huuu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...