Friday, July 26, 2013

:: Takut Cicak ::

Assalamualaikum..


Pic ni dah lama..
masa balik kg minggu pertama puasa ari tu..
tapi busy sangat sampai takde masa nak update blog ngee..

Budak ni takut cicak sampai tertido..
mata memang dah ngantuk sebenarnya,..
tapi kental jugak tahan mata sebab nak main kann..
memula ok je tengok kekatu berterbangan..
seronok sangat dia..
time tu kat kg ujan selebatnya, banyak la kekatu yang keluar kan..
(korang tau tak kekatu tu apa?..nama lain dia aku taktau, kekatu je aku tau ye..kalau korang tak tau sila gugel ngee..)

Tetiba keluar cicak kat siling..
dah kekatu banyak, harusla cicak tu nak makan..
budak ni terus takut lari kat mama..
pastu nampak pulak cicak kat dinding ..
peluk mama sekuat-kuatnya..
taknak lepas sampai  tertido..
takyah nak bagi susu bagai dah tido..
takut sangat agaknya..

hai kesian anak mama takut cicak..
nak kate tak penah tengok  macam penah je..
rumah sekarang ni memang takde cicak..
kalau ada pun kat luar, tempat membasuh baju..
memang tariq tak jumpa la cicak2 tu..
tapi masa kat rumah sewa lama, rasanya bersepah cicak..
mungkin dah lama tak tengok cicak, dia dah lupa..







tengokla tu sampai tertonggeng tido sebab takut cicak..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...