Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday

pengalaman pertama

separuh dari barang2 tuk baby dah beli..cuma peralatan mandi penyusuan belum beli..insyaallah nextweek nak pegi cari lagi..tapi untuk breast pump boleh beli masa dalam pantang nantikan..
sekarang ni tengah survey set bersalin apa yang bagus dan yang tak terlalu mahal hihihi..tapi just nak survey je..belum nak beli lg, coz xtau lagi nanti dpt bersalin normal or cesarean kan..

Friday, November 25, 2011

buah delima


Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

  • Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

    Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.

rasa cam penah terbaca tp xingat kat mana..kalau kita makan sebiji buah delima, salah satunya adalah permata delima yang betul..tp mintak maaf kalau tersalah..

Thursday, November 24, 2011

pengalaman pertama

hari ni gaji dah masuk..tak sabar rasanya nak beli barang baby..dah cakap ngan hubby nak cari baby mlm ni..walau pun rasanya dah lewat kot hihi..
ekcelly gender baby xtau lagi. so just beli kale yang boleh di pakai unisex cam kale putih..
baby xpe kalau pakai putih kot..dia bukan banyak bergerak pun, just tido je..so xla cepat kotor kot hihihi..semalam dah survey kat tenet barang ape yg kena beli utk baby..so ni la checklistnya..tak ingat amek kat mane hihi.

Senarai Barangan keperluan Asas bayi
1. Pakaian
-Baju lengan panjang
-Baju lengan pendek
-seluar panjang
-seluar pendek
-set sarung tangan dan kaki
-barut

2. Peralatan mandi
-tuala
-besen
-cecair mandian
-bedak bayi
-minyak bayi

3. Peralatan tidur
-selimut
-kelambu
-alas tilam
-getah
-set tilam
-katil


4. Peralatan penyususan bayi
-botol susu
-berus botol
-Breast pump


5. Peralatan Penukaran lampin bayi
-kain lampin
-lampin pakai buang
-pin
-seluar plastik

tapi untuk barut just beli kain je..nanti nak mintak mak yang jahitkan..kalau boleh nak jahit sendiri..nanti cuti 3 hari balik kg, kalau sempat boleh la jahit barut tu sendiri..utk set tilam pun dah ade..




pengalaman pertama



kali ni nak cerita sal mengidam..alhamdulillah, nasib baik la sepanjang pregnant ni xde la mengidam yg pelik2..kalau tak memang haru biru la kot hubby nak mencari hihi..
masa tgh pregnant dlm 2 or 3 bulan tiba2 terasa nak makan apple yang sangat rangup..yang bila gigit tu akan mengeluarkan bunyi hihi..so pergi la jalan2 kat carrefour..pas tu ternampak apple red delicious yang besar lagi merah menyala kale nya..tapi beli sebijik aje..pastu beli apple kecik2 yang dah siap packing dalam plastik..balik2 terus makan apple yang besar tu dengan rakusnya hihi..tapi basuh la dulu kan..nasib baik la apple tu rangup sangat2..kalau tak kena la beli yang lain..
tapi esok dan hari yang seterusnya, bila makan apple yang lain tu mesti muntah..bila makan je mesti keluar balik apple tu..bila dah tiga kali jadi camtu terus tak makan apple lagi sampai skrg ni huhu..jadi trauma nak makan apple..

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Ungunya Cinta


saya sangat suka nonton drama ni..xbosan walaupun dah lebih 10x kot tengok.. best sgt2
tapi ending yang menyedihkan..
ada org ckp cite ni tiru drama korea, my tutor friend..tapi xde la 100% sama pun..
ada la sket2, xmcm drama MAK OK Je yg 100% tiru filem dari Hongkong lakonan stephen chaw..
suke tengok leez dlm cite ni..

Monday, November 21, 2011

pengalaman pertama


kali ni nak sambung cite pasal alahan..nak cite pasal alahan ni memang banyak la huhu..
bukan setakat alahan dengan makanan..tapi mende lain pun alahan gak..
masa awal2 pregnant dulu xleh nak bau syampu and sabun yang memang selalu digunakan huhuhu..
Selalu memang guna syampu clear yang kaler pink tu and sabun lifeboy kaler hijau..tapi xtau nape sejak2 pregnant langsung xleh bau 2 mende alah tu..kadang sampai termuntah masa bersyampu sebab xtahan bau..bila dah 3 -4 kali muntah time mandi, terpaksa la tukar sabun and syampu yang lain..sampai hubby pun saya xbagi guna sabun lifeboy tu..memang xleh langsung ade bau sabun tu huhu..
ingatkan time awl2 je xleh..baru2 ni try la guna semula syampu tu..tp still xleh bla ngan bau die huhu..so pas ni memang xkan guna lagi syampu n sabun tu hihihi..

Friday, November 18, 2011

Kembali kepada asal..

alhamdulillah FB dah boleh on semula..so tindakan yg di ambil ialah menukar password dengan kadar segera..supaya xde apa2 yg berlaku..sekarang ni macam2 yang berlaku kat FB..ade org letak pic lucah la, vid lucah la..risau gak ..harap2 xde ape yg berlaku..

Tuah Manuasia Tak nampak Kat Kaki kan..

saya menang kereta hihihi..
kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yg tau kan..
best nye my brother in law dpt kete free.. Ni gara2 lucky draw dr PKNS untuk pembeli rumah apartment Banjaria Court kat Gombak.. best best best..

Thursday, November 17, 2011

15 Ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Wednesday, November 16, 2011

wordless wednesday


between gold and white gold, which is one of your choice. I prefer white gold.
how about you .. up to you..

Tuesday, November 15, 2011

Gian nak Karok


adoiyai..dah lama tak g karok..rasa cam gian lak..
tensen2 ni memang bagus klau dapat karok huhu..
ni pun rasa cam nak nyanyi je time tgh wat keje..
tp kang kena kutuk lak ngan member ofis hehe..dah la suara xsedap ..

28 weeks with cute tummy



skang dah masuk 28 minggu.. rasa cam cumel je perut ni hihi...xlah besar sgt..
baju kurung n kurung pahang pun still leh pakai lg..means xbesar sgt la kan hihi..

Monday, November 14, 2011

Kena hack Ke?



aduhai kenapalah FB xleh buka ari ni..dah banyak kali try, tp still xleh buka..
xkan kena hack kot ..i bukannya artis pun kalau nak hack FB i tu..
tensen2..orang lain ok je on FB huhuhu...bikin emo je pagi2 ni.



bila nak login jd camni


bila view dr page org lain jd cam ni plak..



adakah ini tanda2 Fb kena hack?tapi sape yg nak hack FB saya ni..
ade sape2 boleh tolong x?..

Friday, November 4, 2011

pengalaman pertama

kali ni nak cite pasal alahan..alahan boleh tahan gak la..masa tu Allah saja yang tahu cmne perasaan ni..masa tu baru la terfikir camne masa mak mengandungkan kite dulu..
alahan mula melanda bila kandungan 2 bulan.masa tu tiap2 hari2 muntah, xkira pagi or petang..
selalunya waktu pagi tu muntah bila dah nak keluar rumah gi keja..pastu bila balik keja pulak, sampai rumah je terus masuk tandas muntah..kat ofis pun ade gak muntah. selalunya lepas makan. mungkin masa tu baby xleh terima apa yg kite makan.hari ni minum susu ok, bila minum susu esoknya muntah pulak.pastu tukar minum soya.hari 1st minum ok, 2nd day muntah pulak..minum jus feel fresh pun sama camtu gak..sampai ke tahap dah xtau nak makan n minum ape dah masa tu..berat xyah ckap la masa tu,memang turun terus..
Nak makan nasi lagi la xselera..jgn kata nak makan, tengok nasi pun memang xde selera langsung. nak memasak lagi la xboleh..langsung xleh nak masuk dapur..time tu memang xboleh langsung nak bau minyak ke ape..kesian jugak kat hubby time tu..terpaksa la tapau je nasi..kadang2 hubby yang masak..tapi kalau hubby yang masak, paham2 jela..dia sorang je la yang makan hehe..tapi yang bagusnya, bila balik kg, muntah2 terus hilang.langsung xmuntah bila balik kg..mungkin perubahan cuaca or enviroment kot..
Paling teruk muntah bila nak masuk ke 4 bulan..time tu awal puasa..dah la time tu sibuk dengan pindah ofis..dekat seminggu gak la xdtg keje..muntah memang teruk time tu..langsung xleh makan & minum..minum air masak pun keluar semula..time tu hubby dah risau giler..dah nyaris nak kena admit time tu..badan memang susut giler.tapi bila start pertengahan puasa semuanya dah ok..tak muntah teruk sangat..yang paling best bila time raya memang dah xmuntah..time raya tu memang seronok coz bila makan dah xmuntah.boleh makan ape je n makan banyak2 hehee..

Thursday, November 3, 2011

pengalaman pertama

ini bukan pic perut saya okeh.. =_=


Hari ni nak cerita masa mula2 pregnant..masa tu dah dekat seminggu la xperiod..dah rasa lain macam je..tp xmengharap sgt la..pastu bagitau dgn hubby..die pulak yg xcited..tapi masa tu belum wat urine test lg..
Nextweek pun miss P belum dtg lg, so terus beli pregnancy test..malam balik keje terus test..jeng3..double line..pastu tunjuk kat habby..tak sangka masa tu hubby leh mengalirkan air mata..touching bangat time tu..
Esoknya, hubby xcited belikan kurma n kismis..kawan hubby ckp mkn kurma supaya janin lekat kuat sket,yela awl2 pregnant kan..tapi makan kurma ni pun mmg bagus..banyak khasiat..so kpd kekawan yg baru pregnant boleh la amalkan makan kurma..sebiji sehari pun xpe..
sebulan pastu baru la g wat check up kat klinik n wat buku pink..


Menghargailah dari Dihargai


Semasa zaman kanak-kanak,

Menghargai ibu dan ayah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik, memberikan pakaian, makan-minum, tempat tinggal, sekolah, duit belanja, permainan, dan banyak lagi.

Menghargai adik-beradik yang sama-sama di ajak bermain, along, angah, uda, alang, ateh, tam, acik, anjang, busu, yang teman menonton tv, yang teman keluar berjalan.

Menghargai saudara-mara yang ibarat mengganti keluarga di mana-mana sahaja kita berada.

Menghargai cikgu-cikgu yang telah mengajar, yang marah didalam kelas, yang senyum selalu ketika mengajar, yang memberi hadiah bila berjaya, yang menanda buku sekolah, dan macam-macam lagi yang cikgu buat.

Menghargai kawan-kawan sekolah yang baik atau nakal, yang duduk disebelah kiri kanan depan belakang, yang berjalan bersama-sama, yang makan di kantin bersama-sama, yang mengusik, yang belajar, dan banyak lagi kerenah.

Semasa zaman remaja,

Menghargai sahabat-sahabat yang mula bersama-sama mengorak langkah, membuat sesuatu yang baru, yang mengajak ke masjid, yang mengejutkan ketika tidur dalam kuliah, yang menasihati dan menegur, dan segala-galanya yang mereka lakukan.

Menghargai orang sekeliling yang banyak membantu dalam kehidupan seharian, yang memberikan senyuman sedekah, yang menguruskan urusan-urusan penting dan lain-lain lagi.

Semasa zaman dewasa,

Menghargai keluarga sendiri, suami, isteri, anak-anak, yang menjadi penawar suka dan duka, yang menceriakan kehidupan, yang mendorong bersama-sama membina keluarga bahagia, dan semuanya.

Menghargai jiran-jiran yang sedia ketika susah atau senang, walau tidak semuanya peramah dan mesra, yang menziarahi ketika sakit dan lain-lain lagi.

Dari semasa ke semasa hingga ke akhir hayat,

Menghargai cinta yang telah Allah SWT limpahkan,
Menghargai kasih-sayang yang telah Nabi Muhammad SAW curahkan,

Kesimpulan,

Adakah kita telah dan selalu menghargai daripada rasa ingin dihargai? Kenapa kali ini saya mempersoalkan tentang perkataan "menghargai" ini? Sahabat pembaca, nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.

Orang akan menghargai kita yang telah berbuat baik kepadanya. Orang akan menghargai kita yang telah membantunya. Orang akan menghargai kita yang telah menegurnya. Dan macam-macam lagi contoh apabila kita dihargai.

Namun sejauh manakah kita memanjatkan rasa syukur apabila kita dihargai? Berbeza apabila kita cuba menghargai sesuatu. Orang baik kita hargai. Orang nakal kita hargai. Nakal tidak bermakna kita perlu banggakan sikapnya, tetapi kita menegur dan menasihati dengan sikap berlembut dan bersopan.

Kadang-kadang kita tidak sedar akan orang-orang yang dikurniakan Allah untuk berada dekat dengan kita, tetapi kita menjauhinya atau menghinanya apabila kita menemui kelemahan dan kekurangannya. Mungkin ini adalah sebahagian ujian dari Allah untuk kita dalam menghargai setiap pemberianNya.

Dan yang paling besar dan tidak ternilai apabila kita menghargai Allah SWT. Menghargai dengan mengenalinya dengan lebih dekat, mencintaiNya setiap saat bernafas, mengingatiNya ketika susah dan senang, mencarinya tanpa tempat dan masa, dan mengabdikanNya erat dan utuh didalam jiwa.

Dan menghargai insan bernama Nabi Muhammad SAW yang berakhlak Al-Quran kalam Allah. Yang sentiasa mendahulukan umatnya walaupun pada saat akhir nafasnya menghembus kedunia. Sahabat pembaca, masih jelaskah kamu dengan erti menghargai ini? Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai. Dan Allah Maha Mengetahui.


Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday




tetiba terasa nak belajar mengait ahaks..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...