Thursday, December 1, 2011

Air selusuh / Minyak Selusuh

semua orang mesti penah dengar pasal air selusuh or minyak selusuh kan.katanya untuk memudahkan semsa nak bersalin.kadang2 tertanya2 org nak bersalin ni memang perlu ke minum air selusuh ni..kalau xda air selusuh ni macam mana..tapi mak ada ckp, kalau petua org dulu nak mudah bersalin minum air rambut.rambut tu mesti kena bawak dari atas kepala bukan dari tepi..kalau yang berambut panjang tu ok la kan tp kalau rambut pendek camne..cari2 info pasal air selusuh, jumpa info ni..maaf ye kpd tuan punya blog, saya telah copy post anda..

- Selusuh boleh disediakan pada air atau minyak sahaja atau kedua-dua sekali.

- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan mlm Jumat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air2 berkenaan tidak diperolehi.

-Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yng diperbuat khas daripada kelapa dan seelok2nya diperbuat sendiri .Cara nak buat minyak ni anda tanyalah pada org2 tua..mesti mereka lebih tahu.

-Doa yang perlu digunakan untuk selusuh dan ditiup pada air& minyak

  • Al-FAtihah
  • Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

  • Selawat Syifaa

  • DOA (nama isteri bt ibunya)

- Air diminun seminggu sebelum jangkaan kelahiran dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah, dengan membaca selawat 7x

-Minyak diminum satu sudu ketika sakit mula terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah untuk betulkan kedudukan bayi dan kemudian diberi minum air.

-Kaedah lain untuk memudahkan bersalin adalah dengan makan buah tamar seperti biasa dan minum air terutamanya 2 atau 3 hari sebelum bersalin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...