Monday, November 26, 2012

:: pasal tariq la ::

Assalamualaikum..


Haish..dah lama tak hapdet blog ni..blog dah la suam-suam kuku, malas hapdet lagi, memang takde la orang nak baca huahuahua..Bukan apa, ke'busy'an + kemalasan = APTB la ngehngeh..citt busy la konon..

Minggu lepas, check up tariq 10 bulan (umur dah 10 setengah pun huhu...)
Berat tak naik banyak..haish sedih mama ko nak..mujur la nurse tak bebel hehe..makan selera, banyak jugak..tapi berat menyedihkan..tu la terlampau aktif sangat..tak reti nak duduk diam huhu..sekarang ni dah boleh menapak 5-6 langkah..lagi la lasak..seronok sangat dapat kaki..sekarang usha-usha nak cari sandal untuk tariq..tapi stress sebab budak ni kakinya lebar depan..susah nak jumpa yang ngam..aduss..

Sikit ari lagi dah boleh berjalan..Ni kalau nenek tariq tengok ni mesti suka..Kitaorang pun dah sebulan tak balik kampung sobsob..abah banyak keje..sabtu ahad pun keje jugak..lagi la haru mama and tariq tak dapat keluar jenjalan..duk umah main-makan-tido..tu jela aktiviti kami berdua huaa...

Sekarang ni pun tariq dah ada perasaan..hah statement cam pelik je bunyi kan..ye la sebelum ni dia bukan tau pape pun..kalau kita buat-buat marah, dia boleh ketawa, gelak-gelak bagai..dia tak tau pun kita marah..tapi sekarang ni kalau buat-buat marahkan dia, terus buat muka sedih and nangis..lucu pulak rasa.. Dia pun dah tau rasa takut..kalau dengar bunyi pelik-pelik, terus datang kat mama dengan muka takut..siap peluk taknak lepas selagi ada bunyi..



*budak si kaki besar mama..*


kla tu je nak membebel ari ni..daa..
thanks for reading..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...