Wednesday, April 20, 2011

Pelajar Obesiti - Nasi Lemak Disalahkan?

Baru2 ni kerajaan melarang penjualan nasi lemak di sekolah dgn alasan nasi lemak punca Obesiti..Nasi lemak hanya dibenarkan dijual seminggu sekali je..Ada ke patut nasi lemak yang dipersalahkan..kesian sgt dengan nasib si nasi lemak ni, yg menjadi mangsa fitnah..Fitnah?yela budak2 obesiti sebab menda lain, tp nasi lemak yg dipersalahkan..tak ke fitnah tu..

Saya bukan pandai sgt nak mengomen, cuma saya ada pendapat sendiri.Kenapa perlu salahkan nasi lemak or peniaga kantin yg menjual nasi lemak apabila kanak2 sekolah obesiti..Kenapa tak dikaji pemakanan mereka di luar watku persekolahan..kalau pun mereka tak makan nasi lemak kat sekolah, dpt mkn juga nasi lemak kat luar kan..
Lagipun kalau kat luar sekolah bukan nasi lemak aje pun yg masuk perut diorg ni, tp bermcm2 lagi makanan berlemak, yg lagi x menyihatkan iaitu fastfood kan..sekarang ni semua nak cepat je kan..Mak bapak sibuk dgn keje, xde masa nak jaga makan anak2, Bagi duit je, suruh makan kat luar. Restoran fastfood la yg jadi pilihan kan..

Lagi satu budak sekolah sekarang ni mana nak aktif bersukan sgt kan..kalau bersukan pun time kat sekolah je.Balik sekolah je sibuk dengan pemainan video je..Xde la nak g maen bola kat padang ke, bagi keluar peluh tu..Dah makan lemak2 fastfood tu byk2 xde pulak nak bakar balik kan..kalau makan mee ke, nasi ayam ke, nasi itik pun pun boleh obesiti pe..yela karbohidrat yg xgunakan tu bertukar jadi lemak..Pastu tuan nye badan syg nak bakar lemak tu kan..

Ini pendapat saya..terpulang pd anda menilai..zaman saya sekolah dulu pun mkn nasi lemak juga tp x obesiti pun kan..lagi pun bukan hari2 nak melantak nasi lemak tu..dan saya percaya, budak2 sekolah tu pun bukan hari2 melantak nasi lemak..Mak bapak bagi duit belanja sekolah byk..mesti la diorg beli makanan yg lagi enak dari nasi lemak makcik kantin jual kan..yang maybe kandungan lemaknya lagi berganda-ganda dari nasi lemak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...