Wednesday, October 10, 2012

Bila baby jatuh

Assalamualaikum..

Setakat ni tariq baru sekali jatuh katil..2 minggu lepas..
rasa elok je dia nenen kat sebelah..bila mama terlelap je dia pun merayap..
sedar2 dah terlentang atas lantai sambil melalak..
Pernah sekali hampir terjatuh, nasib hubby sempat sambut..masa tu umur 5 bulan..
merajuk tak ada orang nak layan dia..dia pun duk sondol2 bantal..nasib bantal jatuh dulu..
dah la waktu pagi..mama & abah tengah bersiap nak pegi keje..
Dah 2 kali tariq terjun dari buaian..sekali kat rumah, mamatengah masak lunch..
dengar bunyi buaian goyang2 je..mama punya la lari laju2 ke depan..
sampai2 dah kat bawah..mujur dah letak tilam siap2..
dia memang senyap je..takde hint dah..tak terjerit pun..terjun je terus..
sekali kat rumah neneknya 2 hari nak raya tu..
mama eksaited membasuh baju raya, nenek pula baru nak masak juadah berbuka..
tinggal dengan aciknya yang tido.baru je tinggal, memang nyenyak je tariq dalam buaian..
tetiba dengar menangis..acik celik mata, dah tertiarap bawah buaian huhuhu..
weekends baru ni nyaris nak terjun lagi...dah hulur kaki sebelah, nasib nampak..
kat taska penah 2-3 kali jatuh..masa tu tengah nak belajar duduk and nak berdiri..


sekarang nak share info kalau anak kita jatuh..untuk panduan bersama..

Bahaya Jatuh Pada Anak Kecil

1. Risiko rendah berlaku kecederaan otak jika:
- Jatuh dari tempat rendah contohnya sofa.
- Jatuh ke atas permaidani atau la
ntai kayu.
- Terhantuk dengan objek lembut.
- Kemalangan pada kelajuan rendah.

2. Risiko tinggi berlaku kecederaan otak jika:
- Jatuh dari tempat tinggi.
- Jatuh atas permukaan keras seperti lantai simen atau marmar.
- Terhantuk atau berlanggar dengan objek keras seperti bola golf.
- Penderaan termasuk menggoncang bayi dan memukul kepala kanak-kanak.

3. Tanda dan gejala akibat kecederaan kepala.
- Kepala anak anda bengkak biasanya pada dahi. Anda perlu lebih bimbang jika bengkak ini berada di tepi atau belakang kepala kerana ada kemungkinan berlaku keretakan tengkorak.
- Anak anda pitam. Pitam dalam jangka masa sangat pendek iaitu kurang daripada satu minit. Walaupun perkara ini sangat jarang berlaku tetapi jika anak anda pitam, segera bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
- Jika anak jatuh dan menangis kuat, itu petanda baik kerana ia hanya membabitkan bahagian luar kepala saja. Tidak mengapa jika dia menangis lama kerana yang penting dia dalam keadaan sedar. Anda perlu risau kalau anak pitam, walaupun hanya untuk beberapa saat kerana itu petanda tidak baik.
- Sakit kepala. Masalah ini biasa berlaku dan membabitkan 20 peratus kanak-kanak. Pada kanak-kanak kecil, mereka akan meragam.
- Muntah. Jika anak anda muntah selepas kepalanya terhantuk, jangan bimbang kerana ia adalah perkara biasa. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan muntah sekurang-kurangnya sekali. Namun anda perlu berasa bimbang sekiranya anak anda muntah berulang kali terutama jika perkara itu berlaku lama selepas kemalangan (lima hingga enam jam). Segera bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
- Sawan. Ia jarang berlaku tetapi jika ada ia mungkin menandakan kecederaan otak.
- Keliru. Ia biasanya disebabkan kecederaan otak. Anak anda mungkin menunjukkan tanda seperti tidak ingat perkara yang baru berlaku, muntah dan berasa pening.
- Biasanya anak yang terjauh akan tidur seketika selepas kemalangan. Jangan bangunkan anak, sebaliknya biarkan dia berehat dan tidur secukupnya. Apabila anak bangun, dia sepatutnya boleh mengecam anda, ahli keluarga lain dan keadaan sekelilingnya.

4. Bila ibu bapa perlu risau?
Semua ibu bapa risau apabila kepala anak mereka terhantuk kuat. Mereka akan lebih risau apabila mendengar tangisan anak yang kuat dan tidak berhenti.
Seperti disebut di atas, tangisan dalam keadaan sedar itu petanda baik kerana ia tidak membabitkan kecederaan otak.
Kanak-kanak terutama yang masih kecil tidak ingat kesakitan dialami ketika jatuh. Biasanya selepas berhenti menangis, mereka akan bangun dan bermain semula. Bagaimanapun, ibu bapa perlu risau apabila anak menunjukkan tanda seperti:
- Muntah berulang kali atau muntah selepas beberapa jam kemalangan berlaku.
- Mengalami sawan.
- Kemalangan berlaku pada bayi berumur kurang daripada enam bulan.
- Pitam seketika.
- Sakit kepala yang keterlaluan dan semakin teruk.
- Perubahan tingkah laku seperti lesu, sukar untuk terjaga, sangat meragam dan perlakuan tidak normal yang lain.
- Anak sukar berjalan, jadi kelam-kabut atau hilang keseimbangan.
- Keliru dan percakapan menjadi tidak jelas.
- Pening kepala yang tidak hilang atau berulang-ulang.
- Keluar darah atau cecair badan daripada hidung atau telinga.
- Pendarahan yang tidak berhenti walaupun sudah memberi tekanan pada luka selama 10 minit.
- Anak jatuh dari tempat tinggi (yang lebih tinggi dari anda).

Jika anak anda mengalami gejala di atas, bergegaslah ke hospital. Biasanya anak anda akan ditahan di hospital bagi membolehkan doktor membuat pemantauan dalam tempoh 24 jam.

9 comments:

  1. trimakasih info y sgt brguna..

    ReplyDelete
  2. Memg amat mbantu

    ReplyDelete
  3. sangat membantu...baby saya 11 bulan lebih..dh pandai berjalan n agak lasak...dua hari lps kepale terhantuk pada kerusi kayu jati...memang dia nangis kuat..lps bagi mainan terus senyap...skrg sy tgk ok...panjat grill la..panjat sofa...x bg nnt meraung...cume dalam hati ni risau...

    ReplyDelete
  4. sangat membantu...baby saya 11 bulan lebih..dh pandai berjalan n agak lasak...dua hari lps kepale terhantuk pada kerusi kayu jati...memang dia nangis kuat..lps bagi mainan terus senyap...skrg sy tgk ok...panjat grill la..panjat sofa...x bg nnt meraung...cume dalam hati ni risau...

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info.. Anak sy agak aktif dan selalu jatuh.. Tiap kali jatuh atau terhantuk, sy concern samada dia ok atau x.. Huhu.. Rasa sedih pn ade jgk..

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info.. Anak sy agak aktif dan selalu jatuh.. Tiap kali jatuh atau terhantuk, sy concern samada dia ok atau x.. Huhu.. Rasa sedih pn ade jgk..

    ReplyDelete
  7. Anak saya tgh nyusu. Pastu sy pun terlelap jap tetiba dgr dia nangis. Rupanya jtuh katil terlentang.. dah la katil tinggi. X lapik apa kepala kena lantai marmar. Risaunya. Dia nangis kuat ja. Kepala x ada bengkak apa. Lepas tu main dan minum mcm biasa normal ka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya jatuh buai. Besi spring tu patah. Bawah tak lapik apa pun. Tapi lepas tu dia nangis n saya bagi terus susu badan.

      Delete
    2. Anak saye baru usia 12 hari..jatuh katil,mk nya bgy susu bdn terlepas..bby ngis kjp dan dan menyusu seprrti biase..lps tuh xde nagis..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...