Monday, December 17, 2012

:: Jatuh katil lagi ::

Assamualaikum..


Pagi ni tariq jatuh katil lagi..tu la taknak tidur dalam babycot..nak jugak tidur sekali ngan mama..
Tak silap time tu kat pukul 6 kot..mama ni kat luar bilik, baru lepas masak letak bubur tariq atas dapur..ingat nak gosok baju..selalunya bila masuk depan, mesti buka pintu bilik sikit, tengok tariq dah bangun ke belum..tapi pagi tak huhu..sebabnya tak dengar suara tariq merengek..lagipun sangat yakin tariq tidur lena, sebab masa tinggalkan tu nyenyak sungguh sebelah abahnya..

Baru nak buka plug seterika, dengar bunyi dumm..pastu dengar suara tariq menangis..haa berlari la mama sambil menangis juga huaa..masuk bilik, abah dah peluk tariq..terus ambil, gosok-gosok kepala and peluk tariq..tariq nangis cam taknak berhenti pulak..terus sua nenen kat mulut dia..tak sampai 10 minit nenen dia stop..pandang cermin terus tersengih-sengih..haish budak bertuah ni..

Belek-belek kepala tariq, macam takde apa-apa kecederaan yang serius..hantar taska tadi pun dah pesan kat teacher dia, kalau tariq muntah ke, apa ke terus telefon..mudah-mudahan tariq tak apa-apa..Ya Allah kau lindungi la permata hati ku yang satu itu..


*selepas kejadian itu*


*pagi ni g school tak sempat mandi..sorry teacher*



Terima kasih kerana sudi baca

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...