Tuesday, January 22, 2013

:: Kesian Blog Terabai ::

Assalamualaikum..

Wahh..lama betul tak update blog ni..sibuk sangat menjaga anak yang sakit..sibuk juga dengan macam-macam urusan..dah lebih dua 2 minggu tariq kena chicken pox..dah sihat dah, tak demam lagi, tak merengek..tapi belum boleh hantar taska..minggu lepas dah try hantar, tapi taska tak boleh terima lagi..bimbang menjangkiti budak lain pulak..walau pun dah kering tapi selagi kuping-kuping hitam belum hilang sepenuhnya masih boleh berjangkit..ok fine, tapi masalahnya tariq pun berjangkit dari budak-budak taska kan .bukannya dapat penyakit ni dari luar..sia-sia la bayaran taska untuk sebulan ni..kalau oleh refund takpe jugak..alang-alang dah kena chickenpox, biar la semua budak kat taska tu kena chickenpox, boleh la teacher berpoya2. (mama memang keji harharhar..)

Mama dah banyak sangat cuti ni, tak sanggup nak perabihkan cuti yang tak berapa nak banyak ni.so minggu ni turn abah pulak cuti, duk umah jaga tariq..keje mama pun dah menimbun. minggu lepas try datang ofis bawak tariq..tapi memang tak boleh nak buat keje la..itu budak seronok bergalak..lagi seronok dia sebab ramai auntie2 & uncle yang nak melayan..bila duk umah, mengamuk2 keboringan tak dapat keluar huh..stress kot asik meghadap muka mama huhu..

So minggu ni mama kena la setelkan keje2 yang tertangguh..nasib baik ada member yang tolong buat keja mama time mama cuti tu..kalau tak lagi la banyak keja..touching ngan member ni..tak tau nak balas macammana..dah la time tariq ada kat ofis pun, dia tolong jagakan jugak..oke dia ada baby gurl, bole wat menantu hek.. ingatkan nak cuti hari jumaat sebab alang alang khamis & isnin publik holiday..boleh balik kampung lama sikit tak pun nak pegi johor..tapi terpaksala cancel plan tu, sayang cuti oii..tunggu CNY je la baru balik kampung huhu..lama lagi tu..rindu nak makan masakan mak..lama sangat tak balik, nanti tariq menyombong pulak dengan orang kampung hihi..

okey dah malas nak bebel panjang-panjang..
terima kasih sudi baca..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...