Thursday, January 10, 2013

:: Kisah Setahun Lepas ::

Assalamualaikum..

Nak review pasal kejadian tahun lepas..tak aci betul kan, anak dah nak masuk setahun baru nak wat entry hahaha..

:: 01012012 ::

Menghadiri majlis pertunangan cousin hubby..Orang Nilai bertunang dengan orang Semenyih..tak jauh pun hikhik..Selesai majlis pertunangan, balik ke Nilai..rehat-rehat kejap pastu ikut hubby and cousin p karok, adala 2 jam lebih..Wahahaa memang stress kot baby dalam perut time tu..bising dengan suara sumbang hihi..malamnya makan-makan kat umah makcik, celebrate sapa yang besday bulan disember..

:: 02012012 ::

Lepas subuh keluar pegi klinik..semua orang panik ingat iolls yang sakit..okeh sebenarnya hubby yang sakit perut and rasa pedih kat ulu hati..gastrik kot..balik dari klinik, relax-relax..sempat basuh baju dulu, handwash lagi..makcik nak tolong basuh, tapi segan..tak suka la nak bagi orang basuh baju kite huhu..Lepas lunch, bersopin kat Nilai3 wawawa..dapat la beli set cadar and TOTO..toto standby untuk tetamu hehe..petangnya hantar mom in law & kak ipar balik putrajaya and terus balik Shah Alam.

:: 03012012 ::

Sepatutnya keje tapi rasa malas..jadi bermalas-malasan je kat rumah.sebab esoknya ada checkup di KK so kononnya nak rehat je kat rumah..tapi tak rehat juga pun..siap kemas rumah, basuh cadar yang baru beli segala..petang pulak, lepas hubby balik keja pegi klinik amek MC..fine, orang pregnant memang senang nak dapat MC..cakap je penat, tak larat semua, confirm Doctor bagi Mc..tapi kat private la..lepas tu mensoping sket kat Mydin USJ..

:: 04012012 ::

Check perut kat KK Seksyen 19..Bp ada tinngi sikit, so kena jumpa doctor..sebelum tu tanya nurse next appoinment bila..sebab EDD hujung bulan, and nak cuti 2 minngu awal sebelum edd..Pastu nurse bagi date 11/01/2012..nurse siap cakap "tu pun kalau sempat"..bila jumpa doktor, doktor scan sebab nurse cakap perut kecik..okeh sepanjang check up tak penah pun KK ni scan perut iolls,..bila tanya, nurse kata, kalau doktor tak suruh maka tak perlu scan..so iolls pegi scan sendiri je kat private..itu la scan yang pertama & terakhir kat KK huu..

Doctor buat surat untuk refer GH..first doctor minta pegi Hospital Klang sebab duduk area Shah Alam kan. tapi iolls minta hospital Putrajaya dengan alasan ofis kat Putrajaya..Nasib baik doc kasi..tak rela ke Hospital Klang Uolls..Sempat lagi minta Mc dengan Doc..and kena pegi GH hari tu jugak..Tunggu Hubby datang and terus ke Putrajaya..Amek MIL dulu, lepas lunch  baru ke hospital..sampai hospital, daftar bagai baru ke kaunter klinik O&G..tapi kena buat appointment untuk esok sebab hari tu untuk sakit puan..esoknya baru untuk ibu mengandung..lagipun  time tu dah petang..

Balik rumah, tidur kejap..petang sket, siap menyapu dedaun pokok mangga yang gugur depan rumah..malamnya call mak bagitau esok kena pegi hospital lagi..siap minta maaf bagai sebab takut kalau ditakdirkan bersalin esok huhu..

:: 05012012 ::

Pagi-pagi keluar pergiHospital Putrajaya..macam biasa, daftar pastu ambil nombor..tunggu depan kaunter ibu mengandung..walaupun ada surat doktor tapi kena juga timbang berat, urine test..kat sini lain sket..timbang berat sendiri, nurse tak tengok pun berat kita..bagitau je berapa berat kat nurse..urine test pun sama kita sendiri yang kena buat..dah siap tunjuk je kad kecil (tak tau pe nama mende alah tu) kat nurse..tandas ada 1 je, so beratur panjang gile haa..

Tunggu turn nak jumpa doctor pun lama juga..hubby beli nasi goreng kat cafe..tapi makan sket je..takde selera tau..MIL sampai boring, siap ronda dalam hospital, pastu oleh pulak terserempak dengan jiran dia kat kampung..anak jiran tu pun baru bersalin semalamnya hehe..sampai turn jumpa doktor dah dekat pukul 1 juga..

Doktor scan perut, pastu cam terkejut je..katanya air ketuban dah kurang..baru 2 minggu lepas scan kat private, doktor kata semua ok..doktor tanya ada rasa sakit ke, ada keluar air banyak ke..tapi memang takde rasa semua tu..doktor suspek ada licking..pastu doktor nak check jalan..haa sekali doktor kata dah buku 4cm uolls..memang kena hantar labor room terus ni..hajat nak balik bersalin kat pahang pun tak kesampaian..memang tak boleh ke mana-mana lagi..bila dengar kena pegi labor room, memang ketar lutut..rasa kat muka ni dah takde darah pun huu..

Sempat bisik kat hubby, nak kena minum air selusuh ke..sekali doktor kata "tak payah nak minum air selusuh  ya.awak ingat saya tak dengar.kalau awak minum air tu nanti bertambah sakit."..doktor setelkan urusan untuk ke labor room..pastu nurse hantar ke labor room, siap naik wheelchair lagi..padahal boleh je iolls jalan sendiri hihi..sembang-sembang dengan nurse..dia pun kata jangan minum air selusuh sebab dia pun ada pengalaman minum air selusuh masa lahir anak pertama..nanti air selusuh & ubat akan berlawan..nanti sakit akan bertambah.nak bersalin memang dah sakit ditambah lagi dengan air selusuh tu..so memang tak minum air tu walaupun sepupu hubby ada kasi, MIL dia yang tolong buatkan.

Masuk labor room dalam pukul 2..tukar baju semua..hubby pulak pegi ambil beg dalam kereta..nasib baik semuanya memang dah stanby dalam kereta..baring atas katil, pantau jantung baby..pastu ada doktor datang, cucuk kat tangan, masuk air, masuk ubat semua..doktor ni sekali tengok muka dia macam Saheizy Sam uolls hihi..pastu datang pulak doktor lain, perempuan cek jalan lagi..doktor sarankan ambil epidural untuk kurangkan rasa sakit bersalin..tunggu hubby datang, nak bincang..dalam pukul 3 lebih, doktor datang lagi, doktor yang pecahkan ketuban..memang sakit okeh..

Lepas pada tu rasa nak kencing la, nak berak la..tapi nurse tak bagi turun katil.kalau nak kencing, guna tiub..waa mana boleh camtu..sambil baring, hilang rasa nak kencing huhu..lepas pada tu ada rasa sakit..mula rasa sakit agak jarak..makin lama,makin kerap rasa sakit..nasib baik ada hubby temankan..doktor datang lagi cek jalan..memang agak cepat buka..dari 7cm dah 10cm so memang dah sampai masa tuk bersalin haa..epidural pun tak sempat ambil tau uolls..

Nak bersalin ni bukan senang tau..memang susah untuk keluarkan seorang manusia dari badan kita ni..rasa memang dah lemah, takde tenaga semua..lagi pulak memang tak makan..nasib baik doktor2, nurse2 & hubby banyak membantu..Alhadulillah, tepat jam 5.20 baby pun selamat dilahirkan..hubby kata nampak macam baby melompat keluar dari bawah hihi..saat baby lahir juga la, kami baru tahu gender baby hihi..syukur sangat segalanya dipermudahkan..sakit pun tak lama..staff di hospital ni semua baik2..time nak bersalin pun semua doktor perempuan.

okla, sangat panjang entry ni..nanti boring pulak uolls nak baca kan..

p/s - entry ini di tulis pada 04012013..tapi tak sempat nak publish coz kena balik awal..my baby kena chicken pox..so amek dia kat taska and tunggu hubby datang nak pegi klinik..ari ni baru sempat nak buka blog, menjaga baby yang sakit benar2 memerlukan kesabaran dan komitmen..

terima kasih sudi baca



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...