Friday, July 26, 2013

:: Salam Nuzul Al-Quran ::

Assalamualaim..

Hari dah 17 ramadhan kan..bersamaan dengan Nuzul al-Quran iaitu hari al-Quran diturunkan..
Bermaksud dah lebig setengah bulan kita berpuasa..dah tak lam nak raya tu.sekarang ni semua orang mesti sibuk dengan persiapan raya..ada menjahit baju raya, buat biskut raya, jahit langsir..tapi bagi yang tiada kepakaran nak buat sendiri atau yang malas kot beli je la senang..tapi duit pun mengalir tanpa sedarkan hee..persiapan raya korang macamana?

Persiapan raya aku tahun ni biasa-biasa aje. setakat ni cuma baju tariq aje yang dah neli..dari sebelum puasa lagi dah beli tapi tak banyak pun, 2-3 helai je..baju melayu pun beli masa balik kg awal puasa ari tu..tu pun tak adala baju melayu sangat, ala-ala indon gitu..tapi lengkap dengan kopiah.Baju aku dengan hubby belum beli pun lagi..kuih raya pun tempah 2-3 jenis je, tak macam tahun-tahun lepas..yang mana tempah kat sini untuk rumah sini.kuih raya untuk umah mak and MIL aku tempah dengan member kat kat kg..senang tak payah nak berangkut banyak-banyak nanti..

Taktau la nape raya tahun ni aku tak berapa nak eksaited sangat..biasa-biasa je aku rasa..maybe sebab tahun ni turn beraya kat belah hubby kot..dia dan keluarganya pun dah merancang awal-awal lagi tentang raya..hmm..

Kla tu je nak bebel..dah nak balik keje ni..al-maklum la, ofis di Putrajaya..jangan harap nak cuti..bagi yang bercuti tu seronok la sopping huuu..


:: Takut Cicak ::

Assalamualaikum..


Pic ni dah lama..
masa balik kg minggu pertama puasa ari tu..
tapi busy sangat sampai takde masa nak update blog ngee..

Budak ni takut cicak sampai tertido..
mata memang dah ngantuk sebenarnya,..
tapi kental jugak tahan mata sebab nak main kann..
memula ok je tengok kekatu berterbangan..
seronok sangat dia..
time tu kat kg ujan selebatnya, banyak la kekatu yang keluar kan..
(korang tau tak kekatu tu apa?..nama lain dia aku taktau, kekatu je aku tau ye..kalau korang tak tau sila gugel ngee..)

Tetiba keluar cicak kat siling..
dah kekatu banyak, harusla cicak tu nak makan..
budak ni terus takut lari kat mama..
pastu nampak pulak cicak kat dinding ..
peluk mama sekuat-kuatnya..
taknak lepas sampai  tertido..
takyah nak bagi susu bagai dah tido..
takut sangat agaknya..

hai kesian anak mama takut cicak..
nak kate tak penah tengok  macam penah je..
rumah sekarang ni memang takde cicak..
kalau ada pun kat luar, tempat membasuh baju..
memang tariq tak jumpa la cicak2 tu..
tapi masa kat rumah sewa lama, rasanya bersepah cicak..
mungkin dah lama tak tengok cicak, dia dah lupa..







tengokla tu sampai tertonggeng tido sebab takut cicak..


Wednesday, July 10, 2013

:: Bertemu Kembali ::

Assalamualaikum..



hamboi...hamboi  tajuk  kemain..
baru bertemu balik dengan blog ke..
eh tak..kita bertemu kembali dengan Ramadhan al Mubarrak..
Setahun sekali menjelma..
Bulan untuk umat Islam mengganda ibadat..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan tahun ini..
Tapi tidak pasti samada dapat puasa dengan jayanya atau tak..
Tahun ni dapat ke puasa penuh..eh Puasa penuh?hmm..
Tahun lepas dugaan sebab breastfeed tariq..
Cepat sangat dahaga..rasa penat teramat..
Dua tahun lepas lagi la, tengah mabuk-mabuk pregnantkan tariq..
Tahun ni.....?  Wallahualam..

Dengan ini saya ingin Mengucapkan SELAMAT BERPUASA..
Jalani  lah ibadah puasa dengan ikhlas..
Jangan terlalu mengikut nafsu ketika berbuka tu..
Kat BAZAAR semua mende nak beli..
Tapi bila dah berbuka ada yang langsung kita tak jamah..
Jangan membazir ok..bersederhana lah..
Kita berpuasa ni bukan sebab nak berbuka dengan makanan sedap dan banyak.. 
Ingatlah saudara kita yang berada di negara lain tu..
Waktu besahur dan berbuka mereka belum tentu dapat menjamah makanan.
Ingatan untuk diri sendiri jugak..

Bagi yang sedang mendidik anak pulak jangan RASUAH  anak anda..
Ajar la mereka berpuasa dengan ikhlas kerana Allah..
Bukan berpuasa kerana ganjaran wang atau gadget bagai..
Kita dulu pun puasa ada ke mak janji nak bagi seploh hengget sari..
Mungkin sekarang kita lagi mewah dari mak kita dulu ..
Tapi aku rasa tak perlu kot buat macam tu..
Kalau anak tak mampu nak puasa tak payah la paksa sampai lembik..
Kalau anak degil taknak puasa senang aja..
Time berbuka duduk la kau jauh sana jangan makan dengan orang puasa tau..
pengalaman sendirik tau huk...
Harap nanti dapat didik tariq puasa cam cara arwah abah aku..

Ok la, tu je nak bebel..kesian tengok blog dah bersawang..
Dugaan hari pertama puasa, dan-dan malam tadi sakit tekak..
sekarang tekak rasa sangat kering dan perit ya amat..
Sabar la wahai tekak, baru pukul 12 tengah ari nih.. huh.. 


Terima kasih sudi baca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...