Thursday, January 10, 2013

:: cenkering a.k.a chicken pox ::

Assalamualaikum..

Hari ni umur Tariq dah setahun 5 ari..tak sempat nak buat entry masa birthday tariq, 05012023..sebabnya Tariq demam cenkering time tu huhu..tak sangka sekejap je anak mama ni dah setahun..rasa macam baru semalam je bersalin..dah besar anak bujang ni..dah dapat kaki ni lagi la, dah tak nak berdukung sangat..

pagi jumaat lepas dah perasan ada biji-biji merah kat badan dia..tapi hantar jugak la pergi taska..tapi dah pesan kat cikgu, kalau nampak makin teruk, terus call..dalam pukul 10 am cikgu tariq call bagitau biji merah tu dah berair..so time rehat pegi la amek tariq..nak pgi klinik tapi kena tunggu hubby, lepas solat jumaat baru datang.so tariq lepak2 dulu kat ofis mama.memang ada kes 2 3 orang budak dah kena..so mende alah ni jangkit berjangkit la kat budak-budak taska..kesian kot, kecik-kecik dah kena chicken pox.

Dalam pukul 2 lebih hubby sampai..dah cakap kat hubby, pegi KK presint 9 je, tapi hubby gatai pegi hospital putrajaya..alih-alih diorang kat sana suruh pegi KK presint 9 jugak..(okeh last year pun datang hospital putrajaya 4 jan jugak hehe..).sampai KK P9 daftar, amek nombor and jumpa doktor..so doktor nanti akan keluar lagi banyak..memang takde ubat, doktor just bagi calamine lotion untuk hilangkan rasa gatal and ubat demam je..cuma doktor pesan cepat bawa pergi hospital kalau baby sesak nafas.kena pantang makan yang gatal2..

sabtu, 5 jan, tak dapat nak celebrate birthday..takde potong kek bagai okeh..tariq tak boleh makan telur sebab telur tu gatal..dalam kek ada telur kan hewhew..mama lagi suka kalau tak bagi tariq makan kek..manis ok, no good, nanti sugar rush pulak..time ni tak demam lagi..masih melasak, sepah-sepahkan rumah..petang tu jugak maklong tariq (my SIL) datang..saja nak jumpa tariq, bagi jersi Harimau Malaya..dah malam baru la badan tariq panas..punya la susah nak bagi makan ubat..okeh ikut perangai mama tak suka makan ubat huu..

wajah di hari jadi

Chicken pox ni makan masa nak baik..selagi biji2 air kat badan tak kering, selagi tu la tariq tak bole pegi sekolah..maka dengan terpaksa la mama amek cuti seminngu..demi menjaga anak yang sakit.kesian sangat kat tariq, asyik menangis aje..nak tidur pun susah..ye la dengan badan gatal merenyam, mana nak tido lena..sampaikan terpaksa berbuai..padahal dah 2 bulan buai tu tak berusik.kejap-kejap menangis..sampai mama pun nangis sama sebab tak tahan tengok tariq macam tu..sampai mama pun dah tak tau nak buat apa bila tariq nangis..nasib baik abah ada..kadang-kadang terpaksa la gosok2 badan tariq supaya rasa gatal tu lega sikit..

3 hari tariq tak nak minum susu botol, dari pagi isnin sampai la petang rabu..maybe mulut and lidah dia sakit..chicken pox sampai dalam mulut okeh..selama 3 ari tu tariq cuma DF susu mama.minum air masak and susu FM mama suap guna sudu..nak makan pun kurang..selalunya nasi semangkuk tu boleh habis, ni separuh pun susah nak habis..sepatutnya hari selasa tariq ada check up and MMR injection..tapi terpaksa postpone sampai sihat..nasib baik abah sorang je pegi KK inform tariq kena chicken pox..kalau angkut tariq sekali, mesti kena bebel dengan nurse, takut berjangkit kat orang lain huhu..

Tapi hari ni dah ok si tariq ni..dah tak menangis, tak merengek lagi..susu botol pun dah banyak dia minum, tidur pun lama jugak..nak cover balik kot hari yang tak minum botol and hari yang tak cukup tidur tu..cuma chicken pox belum kering betul lagi..nextweek la baru pegi sekolah..tu pun cikgu dah mesej mama, tanya keadaan tariq..rindu tariq la tu hihi..dah kembali melasak, sepah-sepahkan rumah, panjat sana sini hadoi..paling tak tahan bila mama baring sibuk nak naik atas perut..bila mama lapik bantal, siap alihkan.kalau tak bagi, pura-pura menangis..anak oh anak..Alhamdulillah, lega hati mama, sayang mama ni dah ceria kembali.maybe dapat keluar petang semalam, so tariq dah tak mogok botol susu kot hehe..

time sakit

ok la tu je nak bebel petang-petang ni..

terima kasih sudi..

p/s - ada satu lagi kisah nak story..tunggu lain kali..satu permulaan yang baik untuk kami di tahun ini, alhamdulillah..

2 comments:

  1. alahai kesian nye.. dia tak merengek sakit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau nye tak merengek..sakit sampai tak boleh tido huhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...